Salam Aidilfitri buat semua pengunjung belog DSKB, maaf zahir dan batin andai ada terkasar coretan.
Duh, catatan Aidilfitri yang extra lewat, tak apa kita kayuh selow-selow nuh! Ari ni kita sembang open hauss masa raya pertama dulu.
Gegeh nuh, raya pertama dah buat open hauss. Kat kampung biasa nuh, lepas solat raya sahaja berbondong-bondong saudara-mara jiran tetangga bertandang raya.
Tapi tahun ini sudah buat invitation semi-formal sehari awal, my father in law sudah menjelajah setiap pelusuk kampung, menjemput sambil menginformasikan akan open hauss kami bermula jam 4 petang hingga ke malam.
Paginya selepas solat sunat Aidilfitri, semua pakat bergegas buat persiapan untuk open hauss. Pompuan masak apa yang patut, jejans buatlah apa yang patut.
p/s: Gambirun solat raya tiada, gambirun bersama baju raya pun tiada ini tahun.
Relatives yang tak menang tangan menggoreng ayam. Non muslim tapi tetap bersama merayakan hari kemenangan umat Islam. No hal lah, lain agama tapi darah tetap sama.
Pemotong daging, ko putung kicik2, basar2 susah mo empuk! Anak buah dan ipar duai.
Dui na, tidak cukup ayam bandar, ayam kampung kami putung! Buat sup memang marbeles.
Hampir pupus, kampung pun kekadang susah mo cari dapur kayu.
Masih ada anak dara masa kini yang pandai masak nasi guna dapur kayu? Jika ada, sila selak kain!!!
Ekcelli ramai juga saudara mara yang datang menolong, bergotong royong memasak hidangan open hauss nanti. Jika nak diharapkan isi rumah sahaja, memang tak mampulah kederat. Nasib juga ada saudara mara yang masih belum kembali ke fitrah, jadi merekalah yang banyak menolong. Mana yang muslim sibuk pula dengan open hauss mereka sendiri.
Tiba saatnya....
Antara hadirin terawal yang tiba. Beliau ini pangkat ayahanda dalam susur galur keluarga kami, kira machiam Rani Kulop jugalah.
Echecheche sempat menjeling lagi tu, sontot karang. Muslim atau non muslim, semua dijemput hadir untuk memeriahkan open hauss raya.
Dari siang dah membawa ke malam. Kira tak putus-putus saudara mara dan jiran tetangga berkunjung. Satu lagi kebiasaan di sini, mereka akan lepak lama-lama, bersembang panjang-panjang. Ada yang datang petang, malam baru balik.
p/s: ambe layan sambil sengih angguk mana yang perlu, sebab bukan paham pun apa depa duk sembang.
Hitam putih kehidupan, lama tak main function black and white.
Kuih muih hidangan sampingan. Hidangan utama sudah semestinya nasi putih lauk gulai ayam/daging.
In short, buat open hauss memang penat tuan rumah. Penat memasak dan penat melayan tetamu. Tuan rumah ye yang penat, ambe tak dikira tuan rumah sebab fefeeling tetamu yang datang bertandang. Entah pukul berapa depa tutup kedai, ambe jam 10 malam dah masuk tidur. Tak reti nak berjaga malam.
Rupanya tak semua yang dapat hadir masa open hauss, jadi mereka datang on the next day. No hal, lauk pauk masih banyak, bukan recycle tapi opcos masak baru lah.
Sabah style raya, berkunjung satu rumah ke rumah yang lain naik hilux secara berjemaah. Tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
To be continued... Klik
No comments:
Post a Comment