Monday, 17 August 2015

SToRY MoRY RaYa 2015 : FuN FaiR KaMPuNG


Pestaim dalam hidup ambe, musim raya bawa anak-anak layan fun fair. Fun fair kampung je pun, tak adalah secanggih fun fair kat key el nun. Tapi cukuplah untuk menghiburkan hati anak-anak di kawasan pedalaman.

Boleh tahan juga jumlah umat yang keluar berlibur, kira penuh sesak jugalah tapak fun fair. Umat dari segenap pelusuk Kemabong semua keluar. Ye, nama tempat ini adalah Kemabong di pedalaman Sabah nun.

Ride dan game tak banyak, roller coaster memang sah2 tak de. yang ada cuma kuda yang pusing2, keretapi tut tut dan game tikam2. 

Game tikam2 tu apa?

Ala yang main teka nombor, baling gelung rotan dan sebagainya. Kalau kena dapat hadiah, kalau tak kena melopong hilang duit. Yang ambe peratikan, ramai yang habis duit, hadiahnya langsung tak terusik. akhirnya tokey fun fair jugak yang kenyang makan hasil.

'Abah, nak main!!!'.... kata si bongsu.

Abang dan sepupu sepapat yang lain pun turut sama tersengih-sengih nak main sama.

Ok, kita pergi beli tiket dulu.

Kiutmiut jugak sumandak yang jual tiket ni hahahaha!!! Dik bagi tiket sebakul hehehehe. Huh! 4 hengget satu tiket? Apa mahal sangat ni yunk, eh! dik.

Seriyes, untuk fun fair tahap kampung, kena bayar 4 hengget untuk satu ride amatlah cekik darah. Jangan banding dengan kita kat key el ye. Ambe sembang pasal fun fair di Kemabong nun, hulu gile dengan penduduk cuma menyara kehidupan dengan bercucuk tanam.

4 hengget teramatlah mahal dan cekik darah (sila ulang phrase ini 1000x).

Apalah naseb orang kampung, sesekali keluar berhibur terus kering poket, lagi2 jika anak berduyun-duyun.

p/s: mesti ada yang kata, kalau dah sengkek apa ke he layan fun fair, baik duk umah. tak kena batang hidung ko, kencang le  ko sembang bro!!!!

Tiket untuk mary-go-round tapi boleh main ride lain juga. Mana-mana ride, kena huluq 4 hengget untuk satu kepala. Kalau ada 10 orang anak?

Mula-mula layan kapal layar berpusing. Tersengih-sengih dapat naik ride, kesian la pulak. Lebih2 lagi mana yang tak mampu, menengok je kat tepi.

Ini pula keretapi. Masa ni ada budak mana ntah, lalu depan si bongsu kemudian sound 'hoi budak gemuk!!!'. Bukan sekali tu tapi tiga pat kali dok sound, apa kena budak ni? Si bongsu macam biasa, sengih-sengih blur kena sound budak gemuk hahahaha!!!

Mary-go-round fun fair kampung. Anak2 nak naik tapi ambe tak berkenan. Nampak macam besi buruk berpusing je pun, siap ada sound effects kruk kruk kriuk!

Gilo ko, dibuatnya besi patah kat mana-mana habis berterabur budak2. Tak apalah nak, kita gi Lost World of Tambun je nanti, tak pun repeat Sunway Lagoon.

Kena dengan timing, masa push button kamera henpon, lampu biru mengelip keluar. Dari jauh nampak cantik, bila dekat sah2 besi buruk.

Mana-mana fun fair mesti ada rumah hantu. Fun fair Kemabong, rumah hantunya dipanggil hantu pisang. Hantu suka makan pisang kut!!!

Ini yang ambe kata game tikam2 tadi. Cabut dan teka nombor apa ntah, mana yang joint tak de sorang pun kena. Senyum lebar tokey fun fair 'manyak untung, manyak bodo ini olang'.

To be continued.... klik


No comments:

Post a Comment