Sunday 20 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 04 : Marina Water Park

Marina Water Park dari tingkat 10 Marina Cove !

Bila gambar gambir Marina Water Park aku transfer dari Nikon D3100 ke komputer, kemudian aku touch up sana-sini, tiba-tiba nampak cantik la pulok.

Face to face nampak burok dan usang, dalam PC aku tiba-tiba nampak marbeles.

Marbeles tak cara aku amek gambar ?

Marbeles tak cara aku touch up gambar ?

Ok, tak perlu jawab pun tak pe ha ha ha !

Sesape yang menginap di Marina Cove dan Marina Height jika di bawah pengurusan yang sama akan diberi complimentary voucher untuk masuk Marina Water Park.

Bilangan vouchers mengikut jenis bilik. Macam aku, booking bilik superior, cuma dapat 2 vouchers. Makin besar bilik yang ko booking, maka makin banyak complimentary vouchers yang ko dapat.

Mudah kata ikut kapasiti bilik yang kita booking !

Kalau ahli rombongan lebih ramai dari complimentary vouchers, tak perlu risau. Boleh beli di kaunter tiket Marina Water Park.

Macam aku ari tu, ada 2 complimentary vouchers sahaja. Kena beli satu lagi dengan harga 7 ringgit untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Dewasa aku tidak pasti berapa pula harga tiket.

Class 1 - under 12 years old and height 3 ft and below ! Kata website, tinggi lebih dari itu consider adult !

Kalau ikut info yang ditampal, water park ini hanya dibuka Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja !

Marina Water Park ini cuma bersebelahan sahaja dengan Marina Cove. Dekat sangat dengan swimming pool dan coffee house Marina Cove.

eh ! Jap !

Aku mushkil dengan hari-hari water park ini dibuka. Pada kaunter tertampal info yang water park ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad.

Kalau datang weekdays Isnin hingga Khamis bagaimana pula ?

Harga bilik Marina Cove akan sedikit murah sebab tiada complimentary voucher untuk masuk Marina Water Park ?

Boleh sesapa bagi pencerahan ?

Children playground dalam secoet !

Gelongsor !

Marina Water Park tidak lah besar mana. Balik-balik pusing tang situ juga.

Malahan hanya separuh sahaja yang dibuka. Separuh lagi macam tidak diisi air. Cetek sangat, sampai boleh nampak pasir.

Pool di Marina Water Park memang sengaja diisi pasir. Katanya sebab itu air nampak keruh dan kadang kala kehijauan.

Disamping kolam air tawar, ada satu lagi kolam air masin yang agak besar saiznya.

Sewaktu mula-mula skodeng dari tingkat 10 Marina Cove, aku ingatkan kolam pancing.

Rupanya masa sembang dengan ahkak yang jaga cafe, ia kolam air masin dan boleh bermandi-mandian.

Tapi pada hari tersebut, ia tidak dapat digunakan kerana air masin masih belum penuh. Jenuh nak pam tapi air tak masuk-masuk juga.

Entah tersumbat kat mana !

Tiada orang ! Air sampai ke sudah belum penuh !

Cerita pasal ahkak cafe di Marina Water.

Ahkak tersebut bermurah hati untuk beri minuman percuma berupa secawan milo ais.

Puncanya tersalah bancuh ! aku order nescafe air tapi dia bancuh milo ais.

Sodoqoh katanya, lagi pun dah nak tutup kedai.

Nak pulangkan balik pun anak aku awal-awal lagi dah hirup, nak testing katanya.

Aku nak bayar pun dia tak nak.

Alhamdulillah dan terima kasih, moga rezeki ahkak makin murah dan diberkati Allah.

Skodeng ahkak cafe !

Cafe beliau tak banyak barang jualan, at least apa yang aku lihat.

Cuma ada minum-minuman dan kudap-kudapan. Paling heavy pun maggie cup !

Tak tahulah kalau sebelah pagi dan tengah hari banyak barang jualan. Aku masuk pun dah lewat petang. Nak tutup kedai dah pun !

Berbalik pada cerita Marina Water Park, aku rasa perlu major make over. Maklumlah dengan usia yang dah agak lanjut, kemudahan di sini bagi aku sedikit out dated.

Tapi masih ok dengan harga tiket. 7 ringgit je pun. Tak tahu lah kalau dah make over harga tiket jadi mahal !

Anak-anak aku tak lama pun mandi-manda di Marina Water Park.

Sebab aku tak berapa berkenan dengan air yang keruh dan kehijauan. Bini aku pun duk sibuk WA kencing tikus la apa la bla bla bla !

Anak-anak aku kata boleh bau klorin yang agak kuat ! Entah betul atau tidak. Tak pula aku pergi menghidu untuk confirmation.

Setengah jam ke kut, kemudian angkut anak-anak aku mandi di swimming pool Marina Cove pula.

Air lebih jernih, dan orang pun tak ramai.

Dolphin tersadai sendirian ! Ini depan pintu masuk water park.

Complimentary vouchers untuk hari ke 2 pun aku tak guna. Hibah saja pada bebudak dua beradik yang aku jumpa kat swimming pool.

Hope bebudak tu enjoy seadanya ! dan selamat seadanya. 

Terima kasih juga pada bebudak dua beradik tersebut, siap beli bola getah harga 8 ringgit, kemudian hibah kat anak-anak aku.

Aku betul-betul konpius dan tak faham !

- Ketam Batu -

1 comment: