Showing posts with label Paka Terengganu. Rumbia Resort Villa Paka. Show all posts
Showing posts with label Paka Terengganu. Rumbia Resort Villa Paka. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Rumbia Resort Villa Paka, Terengganu


Rumbia Resort Villa
Lot 3573 Kampung Gong Gemia
23100 Paka, Terengganu
Tel: 09-827 2020
Rate: RM231/nite without breakfast for 3 bedrooms semi-detached villa

Sebaik sahaja anda memasuki perkarangan 'resort' akan kelihatan deretan rumah berkembar setingkat persis taman perumahan. Resort ini menawarkan penginapan yang terdiri daripada 35 unit banglo dan 57 unit villa berkembar. 

Perkarangan Rumbia Villa Resort.

Sekilas pandang anda sudah boleh menduga 'resort' ini sedang dimamah usia dan perlukan pengubahsuaian yang ekstrem untuk kembali ke puncak kegemilangannya. Tidak pasti bagaimana keadaan banglo tapi review saya ini berdasarkan pengalaman menginap selama 2 malam di villa berkembar Rumbia Resort.

Bagusnya proses daftar masuk dan juga daftar keluar amat pantas. Sekelip mata kunci penginapan sudah berada di tangan saya. Villa yang saya duduki mempunyai 3 bilik, cukup luas dan selesa untuk 6 orang dewasa. 

Daftar masuk cukup pantas, mungkin juga kerana bukan waktu puncak.

Ruang tamu dengan kemudahan lengkap tapi usang.

Keadaan villa dan juga perabot sedang meniti usia senja. Lantai separa bersih, ada tompok2 hitam mungkin kesan daripada pekerja mengalihkan perabot dan sebagainya. Helaian rambut pengunjung terdahulu masih kelihatan menunjukkan staff housekeeping tidak menjalankan tugas sepertimana sepatutnya.

MHD menunjukkan bantal tanpa sarung. Terpaksa hubungi housekeeping untuk meminta sarung bantal dan juga tuala mandi.

Lengkap tapi jelas dimamah usia.

Setiap bilik ada penyaman udara manakala ruang tamu hanya kipas syiling. Hanya satu remote control penyaman udara disediakan jadi setiap bilik perlu bergilir-gilir menggunakannya. Keadaan penyaman udara masih baik tapi di villa lain yang ditempah oleh keluarga saya tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Saya difahamkan kemudahan memasak ada tapi perlu diminta dari pihak housekeeping.

Beralih ke dapur, disediakan satu peti sejuk tua tapi masih berfungsi. Peralatan dapur yang disediakan hanyalah 6 biji mug dan 6 botol air mineral. Saya dapati air mineral tidak dibekalkan untuk hari berikutnya. Bermakna sekiranya anda menginap di Rumbia untuk beberapa malam, hanya 6 botol air mineral dibekalkan untuk sepanjang penginapan anda.

Memuaskan, semuanya masih berfungsi kecuali bekalan air panas di bilik air master bedroom.

Menjenguk ke bilik air, tampak bersih walau agak berusia. Pam tandas masih berfungsi. Air panas hanya ada untuk bilik air utama manakala sistem air panas dalam master bedroom tidak berfungsi atau mungkin langsung tiada.

Bagaimana pula dengan kemudahan beriadah dan rekreasi? Pusat spa wujud sepertimana yang diiklankan, tapi tidak pasti pula dengan mutu perkhidmatan kerana kami tidak berpeluang untuk mencuba.

CT de Aura Beauty Saloon & Spa

MHD merenung kolam renang yang tidak seperti kebiasaan.

Kolam renang amatlah kecil, dengan kedalaman berbeza-beza di antara 3 hingga 5 kaki. Tiada perkhidmatan lifeguard jadi amat berbahaya untuk kanak2 yang mandi tanpa pengawasan orang dewasa dan juga dengan orang dewasa yang tiada kemahiran berenang.

Kami juga tidak berkesempatan untuk mencuba menu di Rumbia Coffe House kerana penginapan kami tanpa sarapan. Kami difahamkan pakej sarapan untuk dewasa adalah RM17 dan RM11 untuk kanak2.

Insiden lucu pada hari kedua kami di Rumbia Resprt Villa: Kami meminta staff bertugas untuk menukar cadar pada hari kedua penginapan. Namun disebabkan masalah komunikasi dengan staff berbangsa Bangladesh, bukan cadar yang ditukar tetapi beliau datang dengan membawa 2 sejadah. 

Tidak pasti kenapa staff housekeeping tidak mengemaskan villa kami pada hari kedua penginapan. Daily housekeeping sepatutnya perkhidmatan wajib untuk setiap hotel atau resort.

Keseluruhannya penginapan di Rumbia Resort Viilla bagi kami agak ok. Ini pengalaman peribadi kami sahaja. Mungkin pengalaman anda berbeza.

Trip To Paka, Terengganu: Day 3 - Masa Untuk Kembali

As-Salam....

Hari terakhir di Paka, Terengganu.... saat untuk pulang ke Cape Malim membawa seribu satu kenangan.... hehehehe.

Sementara FIL & MIL sibuk kemaskan villa... which saya tak faham kenapa? Saya dan anak2 meninjau2 persekitaran villa buat kali terakhir... ternyata villa di sini agak usang dan perlukan pengubahsuaian segera.

Sewaktu daftar keluar, staff bertugas tak semesra sewaktu kami daftar masuk. Masih marah dengan insiden dua hari lalu barang kali... hehehe. Nasib baik kesemua wang deposit masih dipulangkan tanpa sebarang pemotongan.... Alhamdulillah.

Saya merencanakan perjalanan pulang yang santai... bermakna kami akan singgah di beberapa tempat dan tak perlu bergegas untuk sampai. Tak jauh dari Rumbia Villa Resort, kami singgah seketika di Pantai Kemasik, salah satu kawasan rekreasi berhampiran Paka. Tampak masih baru, paling dipuji adalah kebersihan tandas... dijaga cukup baik.

Pantai yang indah, cukup hening dan mendamaikan di waktu pagi tapi amat berbahaya untuk aktiviti renang sepertimana pantai2 yang lain disepanjang rangkaian pantai di sebelah Kelantan/Terengganu.

Di Pantai Kemasik kami menikmati kelembutan bayu pagi sambil menikmati keindahan pantai yang masih belum tercemar. MHD dan QM juga sibuk mempraktiskan skills mengambil pix.... tak lama lagi bolehkan serahkan tugas sebagai photog kepada mereka.

Teruskan perjalanan sehinggalah QM mengadu lapar sebab belum sarapan. Banyak gerai disepanjang jalan tapi tak menepati selera MHD dan QM... sarapan mereka kena ada ayam.... huhuhuhu

Jadinya kami singgah di satu kedai makan berhampiran pekan Kemaman... D' Taya Corner nama kedainya. Letaknya betul2 di tepi jalan menuju Kemaman, alamat tepat tidak saya pasti. Makanan biasa2 sahaja tapi sikit punya cekik darah.... makan tak seberapa tapi kena sampai RM29 hengget.... cekik darah pun ramai juga yang datang..... apa rahsianya?

Harapkan pelayan saja comel-comel tapi harga yang dikenakan sikit punya cekik darah. Masakan pun biasa2 sahaja tiada yang marbeles. Pompuan gemuk di atas bukan pelayan kedai tapi cashier yang cekik darah kami hampir kering. Kompen kami tak jejak kaki lagi ke sini... Hampeh ko D' Taya Corner.

Kecewa dengan harga cekik darah tuan punya D' Taya Corner kami berlalu dengan muka mencuka.... huhuhuhu. Ubati kekecewaan dan kepahitan dicekik darah dengan singgah di KM 50 Jalan Kuantan-Kemaman untuk membeli keropok lekor sebagai ole2 dari T-gainu. Asalnya nak singgah juga di Cherating dan Teluk Chempedak tapi tak jadi sebab hujan makin melebat. Next time rasanya nak repeat bercuti di Cherating pula.... Legend Resort macam memanggil-manggil je.....

Deretan kedai2 menjual keropok di KM 50 Jalan Kuantan-Kemaman.

Ahkak baju kaler hijau menunjukkan skills menggentel kopok lekor sebelum direbus.

Antara produk yang dijual di kedai Ahkak Baju Hijau.

Ini makanan ringan kegemaran saya sewaktu muda remaja dahulu.... terimbau kenangan lama sewaktu mengunjungi kedai Ahkak Baju Hijau.

Setiap kedai yang menjual kopok lekor ada benda ni bergantungan termasuklah di kedai Ahkak Baju Hijau. Meroyan MHD dan QM minta beli, berbuih kereta kami sepanjang perjalanan balik Cape Malim.

Sepanjang perjalanan kami diiringi oleh hujan renyai2.... kemalangan pun banyak di kiri kanan LPT.... Alhamdulillah kami selamat tiba di Cape Malim tanpa sebarang musibah kira2 jam 4 petang. 

Trip To Paka, Terengganu: Day 2 Part 2 - Jalan2 Cari Makan

As-Salam....

Sejurus ahli keluarga yang lain bertolak balik ke Kelantan, kami sekeluarga kembali ke Rumbia Villa Resort untuk berehat. Cuaca masih mendung dan sesekali hujan renyai2. Reda sahaja hujan, saya dan AT bawa MHD dan QM untuk mandi kolam... agenda utama budak tecik berdua itu kalau bercuti. Ini juga peluang AT untuk cuba try test baju renang baru dia... hehehehe

Sejurus kami terjun tiruk ke dalam kolam, sekali hujan lebat datang daaaa... berlarian kami ke bawah payung dan kerusi di tepi kolam untuk berlindung dari hujan. Mujur tiada kilat petir segala. Pada masa itu hanya kami di kolam renang, pengunjung lain agaknya seronok berselimut di villa masing2.

Ini satu je kolam renang yang ada... ini lah untuk dewasa dan ini jugalah untuk kanak2. Kedalaman satu hujung sekitar 3 kaki dan makin dalam menuju ke tengah, maksimum 5 kaki.

Pastikan anda sebagai ibubapa ada kebolehan untuk berenang, kalau terjadi apa2 pada anak2 kes naya sebab tiada lifeguard.

Hujan hanya seketika, reda atau seghek uje kala orang Kelantan, kami kembali terjun tiruk di kolam mandi. Seronok sebab air kolam terasa hangat.... MHD dan QM masih terkial2 untuk belajar berenang, sesekali terbabas ke kawasan orang dewasa.... jenuh tertelan air kelemasan.

Kolam kat Rumbia Villa Resort ini agak kecil dan kedalamannya berbeza2 di antara 3 hingga 5 kaki. Tiada kolam khusus untuk anak2 kecil jadi ibubapa perlu berwaspada. Kalau parents pun tak tahu berenang tak payah lah bagi anak2 mandi kolam, nanti jadi apa2 susahkan diri saja... lifeguard pun tiada....

Puas mandi kolam.... actually tak puas @ happy mana pun.... pujuk anak2 balik villa sebab cadangnya nak bersiar-siar disekitar pantai Paka sambil cari tempat untuk makan malam. Sebelum ke pantai, singgah sekejap kat Pekan Paka sebab AT dan MIL nak shopping barang sedikit.... sudahnya tangan kosong juga sebab tiada yang berkenan di hati dan tidak banyak pilihan.

Kami menyusuri Pantai Paka dari satu hujung ke hujung menggunakan jalan pantai. Trauma dengan kejadian semalam, MHD dan QM tak mahu turun dari kereta, kami hanya meninjau2 dari luar akan keindahan Pantai Paka. Sambil2 itu sempat catit sedikit maklumat tempat penginapan di Paka untuk ditulis dalam blog nanti.

Memadu kasih di Pantai Paka... hep tangan diminta sopan ye... hehehehe

Antara penginapan bajet di Pantai Paka.

Disepanjang pantai kelihatan gerai2 kecil menjual makanan dan minuman. Sudahnya kami singgah di satu kedai ikan bakar untuk makan malam. Nama sahaja kedai ikan bakar... tapi ikan bakarnya tiada.... hehehehe. Nak pergi cari kedai lain malas.... 

Untuk makan malam kami order nasi putih berlaukkan tomyam campur + sup ekor + kailan ikan masing + ayam masak kicap + ikan masak 3 rasa serta meehun goreng untuk MHD. Tak sedap mana tapi meehun goreng memang marbeles. Dari segi harga masih berpatutan....

Lupa nak bagi taw, asalnya kami bercadang makan malam di Restoran Nasi Kukus Paka... kedai makan ni memang femes kat Paka. Tapi AT tak taw yang kat sini hanya hidang nasi dengan ayam... dan tiada hidangan yang lain..... ekekeke cantik dah parking depan restoran terus dia kensel minta pergi tempat lain.

Tomyam + kailan ikan masin + ayam masak kicap

Ikan masak 3 rasa + sup ekor

Malamnya cuma menghabiskan masa di villa dan berkemas sebab esoknya kami akan pulang ke Cape Malim.

~Nite~

Trip To Paka, Terengganu: Day 2 Part 1 - Selamat Pengantin Baru

As-Salam....

Hari yang mendebarkan bakal pengantin baru tiba juga... juga mengimbau kenangan bagi kami pengantin lama.... hehehehe. Awal pagi semua sudah bangun bersiap. MHD dan QM bukan main segak dengan baju Selangor @ baju melayu kaler maroon.... bersempena tema pengantin kaler maroon. 

Tapi kan.... family yang belah Kelantan semua belum siap, sebabnya masing2 berebut tandas kena serang cirit birit.... huhuhuhu. Pengantin pun sama, dah berbelas kali masuk jamban, kalau tercirit masa akad nikah nanti memang kes naya... huhuhuhu. Nasib baik ada pil Chi Kit Teck Aun sebagai penyelamat. Legaaaaaa..... kecuali yang sorang tu takut makan ubat, sudahnya terceret sepanjang hari.... hahahaha

Sesi menyolek kereta... tampal segala jenis bunga ribbon kat kereta sebagai tanda pengenalan... kami ini rombongan pengantin > kot ada yang nak taw...

Sebelum bertolak ke rumah pengantin, daftar keluar dahulu sebab lepas sesi bersanding petang nanti family dari Kelantan terus bertolak balik. Hanya saya sekeluarga yang akan bermalam semalaman lagi di Rumbia. Muncung je mulut staff resort masa anak buah saya daftar keluar... apa taknya 5 buah kereta sumbat dalam satu villa.... huhuhuhu

Perjalanan ke Felda Kerteh 4 cukup mendamaikan... dengan pemandangan kelapa sawit dan pepohon getah yang subur menghijau.... seronok FIL aka pakar pokok getah melihat kesuburan pokok2 getah di Felda Kerteh. 

Akad nikah dijalankan di rumah pengantin perempuan dan bukannya di masjid. Kami disambut mesra oleh keluarga pengantin perempuan, juga oleh bau gulai yang cukup menyelerakan. Tok Imam yang bertugas pun cukup mesra, kelakar dan sempoi orangnya. Geli hati kami dengan celoteh beliau.... hehehehe

Bagus dapat Tok Imam sempoi sebegini... pengantin pun hilang debar, tetamu pun senang hati bergelak ceria.

Teringat gelagat Tok Imam dan para saksi sewaktu pernikahan adik lelaki bongsu saya dahulu di Gua Musang... Tok Imamnya skema sangat... langsung tak boleh bertolak ansur, tersalah tulis alamat pada borang pun boleh jadi isu besar. Hanya pendapat peribadi saya, itu semua hanya masalah kecil dan bukan masalah hukum... jadi kenapa perlu diperbesarkan?

Kembali ke upacara akad nikah anak buah saya, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dengan sekali lafaz kedua mempelai rasmi menjadi pasangan suami isteri yang sah dari hukum syara' Alhamdulillah. 

Masa ini bau gulai makin mencengkam... tanpa menunggu lama.... lagipun mempelai sibuk bergambar, kami yang lain terus terjah khemah untuk sarapan. Pihak tuan rumah cukup bermurah hati menyediakan sarapan untuk rombongan kami, sarapan cara pantai timur. Nasi putih dan lauk pauk.... gulai daging memang sedap menyelerakan. Daging segar ditambah pula dengan kehebatan tukang masaknya mengadun rempah segala.... QM pun siap makan bertambah dua tiga pinggan.

Selesai upacara akad nikah dan makan2 sekitar jam 10.30 pagi, jadi kami ke Masjid Felda Kerteh 4 dahulu untuk rehat2 memandangkan acara persandingan hanya akan bermula sekitar jam 12 tgh hari. Mana yang masih ceret terus berulang alik ke tandas.... huhuhuhu

Menjelang tengah hari tiba2 hujan turun agak lebat... hujan rahmat barang kali. Mujur hujan cepat reda bila tiba saat kami menuju rumah pengantin perempuan untuk upacara berarak dan bersanding. Pengantin lelaki pun segak dengan baju melayu kaler hijau dengan bahunya bersulam songket kaler merah jambu... persis wira matador dari negara Sepanyol.... hehehehe

Masalah timbul bila rombongan kami tidak cukup ahli wanita untuk membawa barang hantaran. Sudahnya seorang ahli rombongan lelaki iaitu adik bongsu kepada bapa pengantin terpaksa membawa satu barang hantaran... agak janggal sebab biasanya perempuan yang bawa.... hehehehe

Pelamin bertemakan kaler merah putih.

Salah satu hidangan pengantin langsung tak terusik... last2 lalat yang hinggap.

Para tetamu menjamu selera... siap ada ikan masin... kecur air liur sebab khemah kami tiada ikan masin.... huhuhu

Tukang bancuh air sirap dan cendol... tengah mengah tu.

Seperti belah paginya.... upacara belah petang pun berjalan lancar. Upacara bersanding, makan beradat dan juga upacara mengenal. Upacara mengenal bagi masyarakat Kelantan adalah mengenalkan pengantin perempuan kepada setiap ahli keluarga pengantin lelaki yang hadir... bukan setakat berkenalan tapi pihak keluarga lelaki kenalah hulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit... bergantung kepada kemampuan masing2.

Makan2 pun sedap juga... gulai daging memang mengancam... sampai lupa saya nak snap pix untuk tatapan semua... hehehehe. Seperti biasa meja makan pengantin penuh dengan makanan.... pengantin dan ibu pengantin masing2 seperti tak berselera nak makan.... huhuhu.... geram je tengok ayam golek yang langsung tak terusik.

Menjelang petang, rombongan lelaki meminta diri untuk mengundurkan diri... maklumlah perlu terus memandu pulang ke Kelantan. Kami kembali ke Masjid Felda Kerteh 4 untuk mandi menyegarkan diri dan menyalin pakaian. Sementara yang lain terus bertolak ke Kelantan kemudiannya, saya sekeluarga kembali ke Rumbia Villa Resort kerana kami akan bermalam di situ semalaman lagi.