Thursday 14 February 2013

Rumbia Resort Villa Paka, Terengganu


Rumbia Resort Villa
Lot 3573 Kampung Gong Gemia
23100 Paka, Terengganu
Tel: 09-827 2020
Rate: RM231/nite without breakfast for 3 bedrooms semi-detached villa

Sebaik sahaja anda memasuki perkarangan 'resort' akan kelihatan deretan rumah berkembar setingkat persis taman perumahan. Resort ini menawarkan penginapan yang terdiri daripada 35 unit banglo dan 57 unit villa berkembar. 

Perkarangan Rumbia Villa Resort.

Sekilas pandang anda sudah boleh menduga 'resort' ini sedang dimamah usia dan perlukan pengubahsuaian yang ekstrem untuk kembali ke puncak kegemilangannya. Tidak pasti bagaimana keadaan banglo tapi review saya ini berdasarkan pengalaman menginap selama 2 malam di villa berkembar Rumbia Resort.

Bagusnya proses daftar masuk dan juga daftar keluar amat pantas. Sekelip mata kunci penginapan sudah berada di tangan saya. Villa yang saya duduki mempunyai 3 bilik, cukup luas dan selesa untuk 6 orang dewasa. 

Daftar masuk cukup pantas, mungkin juga kerana bukan waktu puncak.

Ruang tamu dengan kemudahan lengkap tapi usang.

Keadaan villa dan juga perabot sedang meniti usia senja. Lantai separa bersih, ada tompok2 hitam mungkin kesan daripada pekerja mengalihkan perabot dan sebagainya. Helaian rambut pengunjung terdahulu masih kelihatan menunjukkan staff housekeeping tidak menjalankan tugas sepertimana sepatutnya.

MHD menunjukkan bantal tanpa sarung. Terpaksa hubungi housekeeping untuk meminta sarung bantal dan juga tuala mandi.

Lengkap tapi jelas dimamah usia.

Setiap bilik ada penyaman udara manakala ruang tamu hanya kipas syiling. Hanya satu remote control penyaman udara disediakan jadi setiap bilik perlu bergilir-gilir menggunakannya. Keadaan penyaman udara masih baik tapi di villa lain yang ditempah oleh keluarga saya tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Saya difahamkan kemudahan memasak ada tapi perlu diminta dari pihak housekeeping.

Beralih ke dapur, disediakan satu peti sejuk tua tapi masih berfungsi. Peralatan dapur yang disediakan hanyalah 6 biji mug dan 6 botol air mineral. Saya dapati air mineral tidak dibekalkan untuk hari berikutnya. Bermakna sekiranya anda menginap di Rumbia untuk beberapa malam, hanya 6 botol air mineral dibekalkan untuk sepanjang penginapan anda.

Memuaskan, semuanya masih berfungsi kecuali bekalan air panas di bilik air master bedroom.

Menjenguk ke bilik air, tampak bersih walau agak berusia. Pam tandas masih berfungsi. Air panas hanya ada untuk bilik air utama manakala sistem air panas dalam master bedroom tidak berfungsi atau mungkin langsung tiada.

Bagaimana pula dengan kemudahan beriadah dan rekreasi? Pusat spa wujud sepertimana yang diiklankan, tapi tidak pasti pula dengan mutu perkhidmatan kerana kami tidak berpeluang untuk mencuba.

CT de Aura Beauty Saloon & Spa

MHD merenung kolam renang yang tidak seperti kebiasaan.

Kolam renang amatlah kecil, dengan kedalaman berbeza-beza di antara 3 hingga 5 kaki. Tiada perkhidmatan lifeguard jadi amat berbahaya untuk kanak2 yang mandi tanpa pengawasan orang dewasa dan juga dengan orang dewasa yang tiada kemahiran berenang.

Kami juga tidak berkesempatan untuk mencuba menu di Rumbia Coffe House kerana penginapan kami tanpa sarapan. Kami difahamkan pakej sarapan untuk dewasa adalah RM17 dan RM11 untuk kanak2.

Insiden lucu pada hari kedua kami di Rumbia Resprt Villa: Kami meminta staff bertugas untuk menukar cadar pada hari kedua penginapan. Namun disebabkan masalah komunikasi dengan staff berbangsa Bangladesh, bukan cadar yang ditukar tetapi beliau datang dengan membawa 2 sejadah. 

Tidak pasti kenapa staff housekeeping tidak mengemaskan villa kami pada hari kedua penginapan. Daily housekeeping sepatutnya perkhidmatan wajib untuk setiap hotel atau resort.

Keseluruhannya penginapan di Rumbia Resort Viilla bagi kami agak ok. Ini pengalaman peribadi kami sahaja. Mungkin pengalaman anda berbeza.

5 comments:

  1. Tq for the review. Baru ingat nak book. So tak jadi lah.. Trima kasih banyak2.

    ReplyDelete
  2. Tq..baru nak book..Tapi the qamar nampak mcm lagi ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review saya tahun 2013, 5 tahun yang lepas. Mungkin mereka telah upgrade kemudahan, cuba tuan google kalau ada yang terkini.

      Delete
  3. Alamak dah terbook baru baca ni.. ades

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review 5 tahun lepas. Mungkin depa dah upgrade..... selamat bercuti.

      Delete