Sunday 15 September 2013

Trip Kerja Ke Segamat/Batu Pahat

Bila namanya trip kerja, memang tidak banyak pengalaman baru yang ambo boleh coretkan di sini..... hehehehe..... first time guna word 'coretkan'.... skema pulop bunyinya..... hehehe.

Tapi nak juga kongsi kisah ambo dan opismate ke Segamat dan Batu Pahat. Tugasan rasmi kami adalah di Segamat tapi disebabkan salah seorang ahli rombongan berasal dari Batu Pahat, dijemputnya kami meneroka bandar kelahirannya dahulu. Keesokkan harinya baru kami bertolak ke Segamat seawal pagi, tak jauh mana pun jarak di antara Batu Pahat ke Segamat, kira2 satu jam perjalanan sahaja.

Apa ada di Batu Pahat? Tidak banyak yang dapat kami terokai kerana sampai Batu Pahat pun dah hampir lewat petang. Opismate orang Batu Pahat cuma bawa kami pusing2 bandar Batu Pahat sahaja, nak ke pantai berdekatan hari hampir gelap. Nak masuk waterpark..... lupa pula nama waterpark..... macam tak kena sebab kami bukan bawa famili pun.  



Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail..... sempat snap picca bangunan ini sewaktu menghampiri pusat bandar Batu Pahat. Kalau tak silap menempatkan agensi2 kerajaan di Batu Pahat. 

Bandar Batu Pahat tidaklah besar mana.... tapi agak padat juga dengan bangunan2 komersial dan perumahan.


Masa pusing2 ternampak pasar malam berhampiran Pinetree Hotel. Singgah dululah sebab kami dah hilang tujuan nak ke mana lagi.... opismate yang ajak singgah Batu Pahat tadi pun nama saja asal Batu Pahat..... bila tanya mana tempat bagus untuk lepak, asyik terkial-kial garu kepala. Jenuhlah jadi bahan untuk petang tersebut.


Pasar malam kat pekan Batu Pahat..... tak ada bezanya dengan pasar malam kat tempat2 lain. Agak besar dan meriah juga dengan pelbagai jualan. Paling banyak ambo nampak gerai makanan dan pakaian. Masa lalu depan gerai jual CD haram kena approach dengan apek penjual CD....

Apek: Boss beli CD boss..... manyak murah......
Kami: (Hanya senyum2 sambil buat2 pilih CD)
Apek: Pilih saja boss..... mau CD kongkek pun ada..... tapi kena tunggu sekejap, wa punya budak pergi ambil kalau boss mahu...
Kami: Hahahahaha..... (pakat2 gelak malaun.... motip?)

***Been there, done that..... hahahaha


Selesai sketsa bersama apek penjual CD haram, kami tercium aroma yang cukur menyegarkan.... aroma kopi segar yang baru dikisar. Fuhhhhhh..... dia punya aroma punyalah mencengkam qolbu. Terus ambo beli dalam 5 hengget buat beli jiwa binik kat rumah..... hehehehe. Selain dari kopi kisar, beli jugalah pedal goreng dalam 2 hengget buat pengalas perut.

Tawaf pasar malam dua tiga kali.... perut pula minta diisi. Nak makan di pasar malam, boleh aje bukan tak boleh tapi alang2 dah sampai Batu Pahat kenalah pekena makanan istimewa tempatan.

Terus kami rujuk opismate yang kununnya anak jati Batu Pahat.... kalau tak tahu juga makanan istimewa Batu Pahat memang harus jadi bahan sepanjang tahun. Nasib baik jawapan yang diberi amat meyakinkan.... katanya mee racun atau nasi beriyani Batu Pahat.

Nasi beriyani macam dah biasa sangat tapi mee racun..... amat luar biasa bunyinya. Jemaah sepakat sebulat suara untuk menchoba kehebatan mee racun..... member tadi terus tunjukkan satu gerai mee racun betul2 seberang jalan dari Pinetree Hotel Batu Pahat.


Jadi apa kejadahnya mee racun? Inilah dia rupanya......


Ada iras2 mee bandung cuma kuahnya tidaklah banyak mcm mee bandung. Rasa pun hampir sama cuma tak pedas, ada rasa manis2 sos cili. Boleh pilih sama ada mahu mee racun biasa, mee racun ayam atau mee racun daging. Harganya tak mahal mana, secara tepatnya sudah lupa sebab opismate orang Batu Pahat yang bermurah hati nak belanja. Nak kaver line agaknya sebab tak nak jadi bahan.... hahahaha.

Makan sudah..... hari pun sudah menjelang malam. Masing2 dok termenung nak teruskan perjalanan ke Segamat atau bermalam saja di Batu Pahat. Tanpa menunggu jawapan yang lain, ambo sebagai drebar menggunakan sepenuhnya kuasa veto untuk bermalam saja di Batu Pahat. Sebab utama ambo memang bermasalah nak drive malam, lebih2 lagi kalau tak biasa dengan keadaan jalan setempat. Nak suruh member tolong drive.... ambo jarang bagi orang lain drive kereta ambo..... hehehehe.


Pinetree Hotel pun sudah depan mata..... salah seorang dari kami terjah masuk untuk tanya harga. 

Satu malam RM168 untuk bilik superior tanpa breakfast. Bolehlah, masih dalam kadar untuk kami klaim dengan majikan. Ambil bilik sorang satu..... hahahaha.... tamak haloba tak nak kongsi.

Sembang2 sekejap kat lobi..... kemudian sorang demi sorang naik bilik untuk zzzzzZZZZzzzzzzz......

Ariyos!!!!!!

No comments:

Post a Comment