Flashback terakhir memori Aidilfitri 2013. Lama betul nak siapkan N3 berkaitan.... biarlah piccas do a talking on behalf of Ketam Batu.
Ini masa dah sampai Kota Kinabalu dari kampung.... ngam2 lunch hour. Menapak naik Centre Point untuk lunch.... AT opted for Heng's Chicken Rice.
Nasi goreng Pattaya untuk Ketam Batu..... sedap juga. Uniknya di Sabah, apa jua hidangan akan datang bersama semangkuk kecil sup. Tanpa sup, hidangan tidak cukup lengkap bagi anak jati Sabah. Bak kata Bung Mokhtar, MP Kinabatangan cum Muntri di Jabatan Perdana Muntri... 'tidak lancar bah makan nasik jika tiada sup'......
Nasi dah turun ke perut kita jenguk pula Pasar Philippines untuk cari sobenier buat membeli jiwa boss dan rakan2 seopis. Kuat juga pengaruh Pilak di Sabah.... ini kes Meenachi punya susu Ramachandran dapat nama.....
Tak semua peniaga di Pasar Philippines adalah pendatang Pilak.... ada juga warga tempatan. Tapi pendatang Pilak dengan IC Malaysia kira produk lokal juga la kan......
Antara yang diborong buat santapan jiwa rakan2 seopis....
Aneka ragam sobenier yang boleh diborong selain daripada mutiara.
Kueh-mueh tempatan yang sering dijadikan buah tangan balik ke Semenanjung.
Sabah memang terkenal dengan makanan laut.... bersebelahan Pasar Philippines ada medan selera untuk pengunjung menjamu selera dengan makanan laut yang masih segar.
Cumi atau sotong bakar.... fresh dari laut.... sedap menjilat kaki bila dimakan bersama sos dan nasi panas.
Ikan bakar pelbagai species.... menunggu masa untuk dilahap penuh nafsu.
"Ikan bakar 5 hengget bang..... murah2 masih fresh baru turun dari bot".... laung adik cumil.... cumil ke? Hehehehe.....
Kalau ada alahan dengan makanan laut boleh beralih kepada kepak bakar atau montot bakar..... sedap juga bila dicicah dengan sos.... enak di makan begitu saja.....
Para pengunjung yang turut sama memeriahkan suasana petang di medan selera ikan bakar Pasar Philippines. Satu lagi lokasi medan selera hidangan laut di Kota Kinabalu yang berbaloi untuk disinggah adalah di Tanjong Aru.
Esoknya kami bertolak balik ke KL dengan Penerbangan Malaysia, direct flite tak perlu transit di Miri lagi dah.
Naik flite memang tak sah kalau Ketam Batu tak capture ragam anak kapal. Berbanding Air Asia.... cabin crew MAS sedikit berusia tapi masih..... apakah?
Peace yawww kata QM.... ini masa pesawat mendaki ruang udara Kota Kinabalu..... awan tebal tapi penerbangan agak lancar.
Mee goreng di awan biru.... memang sedap yaww......
Bila sampai saja di KLIA, ambo dan QM bergegas ambil bas Airport Liner menuju LCCT..... sebabnya kami parking kereta sebelah Tune Hotel, lebih murah berbanding dengan parking di KLIA. Sehari kena caj RM16, kira murah dah tu.... nak murah lagi boleh parking di Putrajaya Sentral, RM7 sehari tetapi kena usung beg dan anak2 naik ERL pula.
Tambang bas LCCT-KLIA adalah RM2.50 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak2. Tapi uncle driver bermurah hati untuk beri tempat duduk percuma buat QM sebab baru umur 5 tahun.... hehehehe..... bagus uncle India yang drive shuttle LCCT-KLIA.... sopan santun dan mesra dengan penumpang. Mat Salleh backpackers dan cheapskate pun ramai yang guna perkhidmatan shuttle LCCT-KLIA.... jauh lebih murah berbanding naik teksi.
Masa sampai LCCT sempat capture moments cabin crew Air Asia tengah tunggu boipren/hubby datang jemput.... baru abis duty agaknya. Boipren/hubby Meenachi cabin crew AA ini mamat Melayu.... bakal menghasilkan generasi 1Malaysia ni..... bagus2.... hehehe.....
Cukup2 dengan flash sana flash sini.... ambo dan QM pergi pick up kereta dan bergegas ke KLIA kembali untuk jemput AT dan MHD.
With that bak kata ketua kampung mertua ambo..... berakhirnya pengembaraan kami sekeluarga ke bumi Sabah untuk menyambut Aidilfitri..... apakah?
Ariyos!!!!!
No comments:
Post a Comment