Saturday 14 September 2013

Trip Santai Ke Rawang

Misi utama - melawat kedai2 moto berhampiran rumah & sekitar Rawang..... Apakah?

Yup.... selepas lebih 10 tahun ambo bersara dari arena permotoran setelah motor Honda NX105 kesayangan ambo kena rembat dengan drug addict... kini hati ambo terbuka kembali untuk merempit..... hehehehe. 

Merempit bukan suka-suki tapi untuk ulang-alik pergi kerja. Bila dibajet2 ambo terpaksa belanjakan kira2 RM500 sebulan untuk kos minyak kereta, itu belum kira kos tol dan maintenance kereta. Pendek kata campur semua lebih seribu hengget kos travel sebulan.... hukalloh!!!!! banyak tu.....

Kena pulak RON 95 pun dah naik harga.... huhuhu. Memang kena masanya untuk ambo beralih angin. 

"Daripada hang dok buang duit bayar tol bagai, baik hang guna duit tu buat bayar installment motor.... ada gak nampak hasil"..... ini kata2 beracun technician kat tempat kerja ambo. Dia ni memang bikers kental, weekend saja ride satu Malaya dengan Kawa Z1000SX.

Ambo termakan juga kata2 technician ambo..... cuma kadang kala hati tak berapa nak kering bila teringatkan risiko ulang alik kerja naik motor ni.... orang langgar kita sakit, kita yang melanggar pun dapat sakit..... tapi hidup mati kita di tangan Yang Maha Kuasa ye tak? Paling kuat kita boleh buat bawa motor dengan berhemah....


Masa balik kampung ari tu, ambo ternampak bangkai motor Yamaha CDi milik arwah ayahanda ambo..... dengan motor inilah ambo mengasah bakat sebagai rempit kampung. Asal petang saja pulas minyak keliling kampung. Ada sekali tu hampir2 kena gilis dengan lori getah sekerap gara2 tukar lane tak bagi signal..... hahaha.... nasib baik masih panjang umur. Tu belum lagi maki hamun orang kampung sebab memekak pulas minyak tak tentu masa...... kenangan..... kenangan......


Ambo sebenarnya cukup berminat dengan naked bike macam Z800 atau ER6N. Touring bike macam Versys pun buat ambo merembes juga. Kalau masuk kedai motor, model2 itulah yang ambo ngorat dulu. 

Tapi satu kedai yang ambo masuk, dekat sajapun dengan rumah ambo.... poyo sungguh Apek yang ada dalam kedai masa tu. Nak tak nak ajo jawab soklan ambo yang masih naif dengan dunia bike besar ni. Tanya sepatah jawab sepatah.... mata lak dok pandang tempat lain..... puihhhhhh dasar pendatang tak sedor diri. Mentang2 ambo dressing t-shirt + short pant (weken maaaaa!!!!!) lu ingat ambo tak mampu bayar down payment ka? Prtffffffffffffff..... terus ambo chow, tak hingin ambo nak labur duit kat kedai yang tak reti nak entertain customer.



Masa nak carik kedai lain ternampak ada ahkak dok test drive Suprima S. Cun juga design Suprima S, kalau belum ada kereta memang ambo rembat......

Next kedai motor yang ambo cari Benelli Keeway.... tapi silap maklumat daaaaaa. Pusing punya pusing gua tersasar ke kilang pemasangan dan bukannya show room.



Kilang pemasangan Benelli Keeway ini terletak agak tersembunyi di area Bukit Beruntung. Untuk pengetahuan Keeway ini jenama dari China. Manakala Benelli pula pembuat motor dari Italy tapi telah diambilalih oleh gergasi permotoran China. Ambo sebetulnya agak skeptikal dengan barangan ada chop Made in China, cuma bila diiingatkan Benelli asalnya pure Made in Italy..... negara yang sememangnya pakar dalam pembinaan motor berprestasi tinggi membuatkan ambo terbuka hati untuk mengorat model2 Benelli terutamanya tour bike.

Misi belum selesai dah ada yang mengadu lapar. Biasalah keluar dengan bebudak kenit..... makan adalah agenda wajib.


  
Bawa masuk Wendy's..... sebab ada yang nak makan burger. Ambo sendiri tak pernah masuk pun Wendy's..... sebab tak berapa sangat dengan fast food, paling kuat pun layan KFC jejarang sekali.



Layan dulu selera perut bebudak ni.... lahap dok pekena burger dengan ayam goreng. Anak2 dah selesai turn mak bapak budak pula melayan nafsu perut.





Lama betul tak merasa Starbuck..... bukan nak pekena coffee tapi hot chocolate. Fuhhhhhhh!!!!! Nyaman rasanya bila titisan2 hot choc merentasi batang tengkuk ambo...... hehehehe. Hot choc kat Starbuck Rawang lepas ISO ambo jadi boleh repeat dalam masa terdekat. Lepak2 sekejap kat Starbuck then masa untuk balik ke sarang.





Ini masa on da way nak sampai rumah..... terserempak dengan Waja tersadai tepi jalan lepas terbabas sendiri. Drebar mengantuk agaknya, siap ambulan bagai datang.... hope tak teruk mana injury drebar tu.

Okies.... sekian laporan misi hujung minggu yang belum tercapai.

Cheers

No comments:

Post a Comment