Saturday 7 September 2013

Trip Raya Ke Sabah 2013 Part 4 - Indahnya Beraya Di Desa

Raya kat mana2 pun sama.... ada lebih dan ada kurang..... yang penting budaya kunjung mengunjungi dan bermaaf-maafan tidak dilupakan. Makan minum sudah menjadi perkara sekunder.... tapi ada juga yang utamakan makan minum..... hehehehe **** ini tak payah cerita lebih lanjut le kot...... hehehehe......

Uniknya beraya di Sabah, suasana 1Malaysia cukup dirasai.... lebih2 lagi keluarga belah mertua ambo yang terdiri dari pelbagai agama dan kaum. Hanya agama yang berbeda tapi darah kekeluargaan tetap utuh terjalin. Jadi Aidilfitri turut disambut meriah oleh ahli keluarga yang bukan beragama Islam.

Bak kata ketua kampung mertua ambo.... lets piccas do the talking..... **** sebetulnya dah tak larat nak menulis, banyak sangat overdue N3 yang kena buat..... ngeeeeeeeeeeee!!!!!!


Meriah dengan minuman berbagai kaler..... hehehehe


Perkampungan di pedalaman Sabah - Tenom. Penduduknya mungkin hanya dari satu kaum - Murut tapi berbilang agama - Muslim, Katolik, SIB etc. Dikampung inilah kami datang beraya pada hari raya kedua.


Bagi yang tak biasa - macam ambo dahulu kala - mesti rasa janggal bila tengah kusyuk makan kuih raya tetiba ada anjing melintas. Jirannya non-muslim bah..... hehehehe


Namun Aidilfitri tetap disambut secara harmoni oleh tetangga yang berlainan agama - kena ada toleransi bah!!!!!


Makan dan terus makan - ini kampung yang lain pula. Kampung ini majoritinya penduduk Muslim tapi non-muslim turut dijemput untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri.


Dodol sebagai hidangan istimewa.... lain2 ambo lupa nak snap.


Sepupu sepapat berlainan agama - tapi itu bukan halangan untuk sama2 menyambut Aidilfitri..... masing2 awal pagi dah tadah tangan minta duit raya..... hehehehe

**** Belated Salam Aidilfitri untuk readers Diari Si Ketam Batu

Ariyos!!!

No comments:

Post a Comment