Wednesday, 15 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: Destinasi Wajib Kunjung Bila Bercuti Ke Tenom, Sabah.

Tenom.... jarang sekali kita dapat baca pengalaman bloggers yang berkesempatan untuk bercuti di Tenom.

Agaknya sebab ramai yang tidak berapa arif dengan destinasi pelancongan di Tenom, jadi Tenom terus dipadamkan dari aturcara lawatan mereka yang bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu.

Selain daripada itu, jaraknya yang agak jauh dari Kota Kinabalu menyebabkan tidak ramai yang sempat untuk melawat Tenom. Jika memandu, ia akan mengambil masa di antara 2 setengah hingga 3 jam untuk sampai, sama ada melalui jalan Tambunan, Kimanis ataupun Sipitang. 

Sebenarnya memandu sambil menikmati sumandak keindahan alam dan kampung tradisional di pedalaman negeri Sabah memang mengujakan. Tiga jam pemanduan sememangnya tidak terasa.

Malahan anda boleh singgah sejenak di puncak banjaran Crocker jika menggunakan laluan Tambunan. Pemandangan di kiri dan kanan jalan memang marbeles, terutamanya kepada pencinta wanita alam semulajadi.

Selain daripada itu anda boleh saja menggunakan perkhidmatan bas ekspress untuk sampai ke Tenom dari Kota Kinabalu jika tidak mahu memandu sendiri. 

Jadi apa daya tarikan utama di Tenom terutamanya kepada pelancong tempatan mahupun asing?

Antaranya.....

Pekan Tenom - bila sampai Tenom kenalah lepak-lepak di Pekan Tenom. Di pekan ini anda boleh saksikan gelagat penduduk tempatan dalam urusan harian mereka. Jangan harapkan something yang marbeles di sini, Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan kecil, sekadar cukup untuk keperluan penduduk sekitar.

Pusat Kebudayaan Murut @ Murut Cultural Centre - di bawah kelolaan Lembaga Kebudayaan Sabah. Murut merupakan suku kaum utama di daerah Tenom. Pusat Kebudayaan Murut merupakan lokasi paling sesuai kalau anda mahu mengenali sejarah dan perkembangan kaum Murut dengan lebih dekat.

Taman Pertanian Tenom, Lagud Seberang - bumi Tenom khasnya, dan Sabah secara amnya cukup subur. Campak saja benih pasti bercambah dan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Taman Pertanian Tenom diwujudkan khusus untuk merancakkan aktiviti pertanian di Tenom. Ianya dibuka untuk lawatan orang awam, sekadar melawat atau pun jika berminat, boleh membeli benih-benih tanaman yang menarik perhatian anda. Malahan khidmat nasihat pun turut diberikan kepada mereka yang berminat.

Kilang Kopi Tenom - ada beberapa pengilang kopi di Tenom. Kilang mereka sebenarnya tidak dibuka untuk lawatan awam tapi anda boleh mengunjungi kilang mereka untuk membeli kopi Tenom secara terus dari pengilang. Kopi Tenom yang original memang ada umphhh!!! dan menjadi buruan penggila kopi.

Setiap entri yang seterusnya akan ambo perkenalkan setiap destinasi di atas dengan lebih details dan kongsi pengalaman ambo semasa bercuti di Tenom, Sabah baru-baru ini. Entri yang ini ambo perkenalkan dulu pekan Tenom dan cara untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu - jika anda menggunakan kenderaan awam. 

Jadi di mana kita boleh ambil teksi atau bas ekspress untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu?

Anda boleh dapatkan teksi atau bas ekspress di Hentian Bas Bandaran. Jika anda ambil teksi di airport, beritahu saja anda mahu ke stesen bas Bandaran. 

Tambang teksi ambo tidak pasti berapa tapi tiket bas hanyalah RM20 sehala. Ada dua syarikat bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan, Tung Ma Nui Luk (KK-Keningau-Tenom) dan Ekspress Bumiputera (KK-Keningau sahaja).


Jadual perjalanan bas ekspress Kota Kinabalu-Keningau-Tenom.

Sebenarnya lebih seronok memandu sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Bas ekspress biasanya akan menggunakan laluan Kimanis jadi anda akan terlepas pemandangan indah di kemuncak banjaran Crocker. Bagusnya, anda boleh relax atau tidur saja, sedar-sedar sudah sampai Tenom.

Di pertengahan perjalanan jika menggunakan bas ekspress, bas akan berhenti seketika untuk kemudahan mereka yang mahu ke tandas mahupun untuk meneguk minuman ringan.


Bas berhenti tidak lama. Ngam-ngam untuk penumpang menyelesaikan urusan peribadi masing-masing.

Jangan pula anda imagine perhentian di pedalaman Sabah sepertimana RnR di Plus Highway. Hentian rehat ini hanyalah deretan kedai kecil dan tandas yang tak seberapa.


Di Semenanjung tandas dijaga oleh Indon, tapi di pedalaman Sabah oleh Mat Salleh.... hehehe.

Penumpang beragama Islam kalau sekadar membeli makanan ringan dalam paket bolehlah.... tapi elakkan makanan panas kerana pemilik kedai di hentian rehat kebanyakkannya adalah non-muslim.

Update 16/01/2017 - My latest escapades to Tenom : Teksi sewa berhenti di RnR milik pengusaha Muslim. Yes, untuk menjawab persoalan ada atau tidak gerai milik Muslim di sekitar Ulu Kimanis.

Sebelum sampai di Tenom, bas akan berhenti dulu di Pekan Keningau, hanya untuk seketika. Jika anda berminat untuk menjelajah Keningau dahulu pun boleh, ada banyak hotel untuk anda menginap. Kemudian ambil saja teksi untuk ke Tenom yang jaraknya cuma 30 hingga 40 minit pemanduan.


Pekan Tenom, van hitam dan putih dalam gambar di atas adalah teksi tanpa permit yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada penduduk tempatan.

Terminal bas ekspress di Pekan Tenom letaknya betul-betul di depan stesen keretapi dan padang awam Tenom. Dari sini terpulang kepada anda apa perancangan seterusnya. Nak bermalam boleh, ada beberapa buah hotel antaranya Hotel Perkasa dan Orchid Hotel. Jika mahu kemana-mana boleh gunakan saja perkhidmatan teksi.


Terminal bas ekspress yang hanyalah sebuah kabin kecil.


Padang awam milik Majlis Daerah Tenom. Lepak-lepak sini sambil menghirup udara segar pun seronok juga.


Sebenarnya kalau anda berjiwa adventure, boleh saja ambil keretapi dari KK ke Tenom. Pemandangan dalam perjalanan memang marbeles tapi ambil masa lama, mahu kematu kulit montot dibuatnya. 


Mercu tanda pekan Tenom.

Apa yang kita boleh buat di Pekan Tenom?

Hmmmm..... jalan-jalan cuci mata dan jalan-jalan cari makan. Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan koboi tapi cukup lengkap untuk keperluan penduduk setempat.

Ada beberapa blok bangunan kedai, bank, hospital, balai bomba dan masjid. Hehehehe..... macam tak ada apa-apa kan? Memang pekan Tenom biasa-biasa saja, tapi jika anda berjiwa kembara atau berjiwa petualang bak kata orang Indonesia, setiap destinasi baru sebenarnya menjanjikan satu pengalaman baru.

Mungkin anda akan perolehi pengalaman baru dengan bergaul dengan penduduk tempatan berketurunan Murut. Paling kurang melalui pemerhatian, anda boleh melihat cara hidup mereka seharian. 

Penduduk setempat juga sebenarnya peramah dan suka membantu orang luar yang bertandang ke tempat mereka. Jangan takut untuk dipotong kepala kerana Murut sudah lama meninggalkan adat resam tersebut.

Jika anda menghadapi masalah atau sesat arah, jangan malu-malu untuk bertanya penduduk tempatan. Mereka akan sedaya upaya akan cuba membantu anda.


Ini masa saya jalan-jalan di Pekan Tenom, harga pakaian agak murah. Tidaklah trendy tapi bolehlah untuk kegunaan harian.


Di antara pasar basah dan Pasaraya Besta Mart, ada banyak kiosk yang menjual goreng pisang dan kuih-muih. Memang ambo suka datang sini walau sekadar untuk beli goreng pisang.


Ada cerita sebenarnya disebalik gambar ini. Kotak minuman MILO ini dibuang sembarangan oleh anak ambo di kaki lima kedai. Belum sempat ambo kutip untuk buang ke dalam tong sampah, tiba-tiba datang dua orang anak kecil dan terus kutip kotak minuman MILO tersebut dan...... Ambo ingatkan dia nak minum sisa dari kotak minuman MILO tersebut, nyaris ambo jerit sebab benda dah kena buang kan. Rupanya dia nak tiup bagi kembang kotak tersebut kemudian pijak kuat-kuat. Malatop bunyi dia machiam mercun.... hehehehe. Anda pernah buat? Ambo pernah masa kechik-kechik dulu..... hehehehe.

Update 16/01/2017 - Foto dikeluarkan atas permintaan. Tetapi caption di bawah akan dikekalkan (ada yang sentap dan melenting bila baca, IMHO tak ada salah pun ayat di bawah ! cuba baca betul2 - aku ada menghina kah ?)

Fenomena ibu muda memang ketara terutamanya di pedalaman Sabah. Kalau remaja perempuan di Semenanjung dalam usia belasan tahun masih geli-geli di tangga apartment, remaja di pedalaman Sabah seawal usia tersebut sudah beranak pinak berumah tangga. Nenek yang masih muda dan vogue pun ramai, machiam dalam gambar di atas.... hehehe.




Disebabkan sudah ramai penduduk setempat yang memeluk agama Islam, makanan halal bukanlah satu masalah besar. Anda boleh jumpa kedai yang menjual makanan halal dimana-mana. Kadang kala agak tricky juga sebab tak ada sijil halal dan pemiliknya pula non-muslim.... tapi jika pekerjanya bertudung dan ada pelanggan muslim makan di situ, kira halal le tu.... hehehe.


Hidangan tengah hari kami di Restoran Rasa Sayang, Tenom.


KFC pun ada.... peminat KFC kompem tak akan kebuluq.... hehehe.

Jadi inilah sedikit sebanyak pengenalan kepada Pekan Tenom. Inshaa Allah dalam entri yang seterusnya akan ambo kongsi pula saat-saat kami berkunjung ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom.

Sekian, berjumpa lagi di lain siaran.

13 comments:

  1. Nice post bro thanks. Sy plan jln2 ke tenom in Feb by train. Looking forward!

    ReplyDelete
    Replies
    1. good choice bro..... kalau mengembara tanpa anak kecil, naik keretapi ke Tenom memang menyeronokkan.

      Delete
  2. thanks for the info..jemput follow blog saya plak..;)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah sini. Inshaa Allah.....

      Delete
    2. baru singgah ur blog tadi, very informative.....

      Delete
  3. best ke tenom?ade bnyk kedai ke?xpnhg lg.smpt g kk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenom pekan lama, sekadar memenuhi keperluan penduduk setempat.

      Delete
    2. ohh..mgkin Februari ni sye akan ke kmpung kwn sye kg bunut..ade Salun ke di pekan tenom?

      Delete
    3. A few, tapi salun bandar kecil. mungkin tak up to date tapi ok la kut.

      Delete
  4. best ke tenom?ade bnyk kedai ke?xpnhg lg.smpt g kk je

    ReplyDelete
  5. jom pi taman pertanian lagud seberang..taman pertanian ke-2 terbesar slps taman pertanian upm kat serdang..

    ReplyDelete
  6. jom pi taman pertanian lagud seberang..taman pertanian ke-2 terbesar slps taman pertanian upm kat serdang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sampai sakali, and for sure akan repeat lagi sebab dah lama tak ke sana.

      Delete