Pusat Kebudayaan Murut letaknya di Kampung Pulong, kira-kira 13 km dari Pekan Tenom. Pembinaannya bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996 dengan kos kira-kira 12 juta ringgit. Menariknya, Pusat Kebudayaan Murut merupakan bangunan terbesar di Borneo yang dibina sepenuhnya daripada kayu Belian iaitu sejenis kayu balak yang keras dan cukup bernilai tinggi di pasaran.
~ dipetik dari The Official Website of Sabah Cultural Board ~
Tu dia.... sedikit kata-kata pengenalan kepada Pusat Kebudayaan Murut yang sempat ambo dan keluarga lawati baru-baru ini. Sebenarnya ini merupakan kunjungan kedua ambo ke Pusat Kebudayaan Murut tapi kunjungan pertama dahulu tidak dapat ambo abadikan untuk tatapan pembaca DSKB kerana pada waktu itu blog DSKB masih belum wujud.... hehehehe.
Mari kita rewind balik lawatan kami sambil kita layan celoteh bergambar ye.....
Bagi pelancong tempatan, harga tiket dewasa adalah RM5 manakala kanak-kanak pula hanyalah RM3. Murah kan.... amat berbaloi dengan manafaat yang akan anda perolehi nanti. |
Kita tinjau dulu persekitaran Pusat Kebudayaan Murut. |
Tersergam indah, dibina dari kayu Belian yang bernilai tinggi..... Pusat Kebudayaan Murut ini menempatkan ruang pameran, dewan dan juga blok pentadbiran. |
Alu-aluan kepada pelancong tempatan juga warga asing. |
Entrance..... sila catatkan nama dan alamat anda dalam buku pelawat sebagai rekod. |
Memalu gong sebagai pemberitahuan kepada tuan rumah akan kedatangan kami..... hehehe!!! |
Kebetulan sewaktu kunjungan kami, Pusat Kebudayaan Murut sedang menganjurkan pameran arca berkaitan gaya hidup dan kebudayaan masyarakat Murut. |
Bila kita mengunjungi destinasi pelancongan sebegini, banyak pengetahuan baru yang dapat kita jejaki.
Antara yang ambo baru tahu adalah maksud tersirat disebalik ukiran-ukiran kayu yang sering kita lihat di rumah tradisional masyarakat Murut.
Murut juga seperti Melayu lama kita, amat berdiplomasi dan berhati-hati dalam berkata-kata. Kadang-kala maksud dilontarkan dengan penuh abstrak. Ada kalanya terlampau abstrak sampai jenuh nak paham.... hehehehe.
Jika anda juga mahu tahu, ini ambo kongsikan bersama.....
Sebenarnya ada banyak lagi ukiran-ukiran yang membawa maksud tersirat tapi cuma ini yang mampu ambo kongsikan di sini kerana ruangan entri yang agak terhad.
Di sini juga ada terowong masa yang menceritakan susur galur dan sejarah masyarakat Murut. Rupanya Murut juga terbahagi kepada beberapa suku bergantung kepada di mana mereka bermastautin.
Fakta lain yang membuatkan ambo seperti ketinggalan komuter adalah kaum Murut juga merupakan head hunter, ambo ingatkan cuma Iban sahaja dikategorikan sebagai head hunter..... ganeh juga depa ni rupanya!!!
Sedikit info berkaitan kaum Murut - Borneo head hunter @ potong kapalak!!! |
Ok.... dari cerita potong kepala (tetiba teringat filem Hantu Tok Mudim..... hehehe) kita jenguk pula cara masyarakat setempat berpakaian tapi tidak terhad kepada kaum Murut sahaja.
Ada banyak contoh pakaian tradisional yang dipamerkan tapi hanya dua ini sahaja ambo teringat untuk capture.....
Pria Murut dari Tenom akan bergaya sakan sebegini terutamanya pada waktu keraian dan perayaan. Wanitanya pula seperti dalam foto yang sebelumnya. |
Ini pula busana sumandak kaum Bajau dari Kota Belud. |
Bila tengok busana masyarakat setempat..... kagum sungguh. Cukup cantik dan penuh dengan nilai-nilai estetika yang malangnya semakin terkikis sedikit demi sedikit.
Semoga busana sehebat ini tidak pupus seperti mana yang menimpa peralatan tradisional seperti ini.....
Secara fizikal masih wujud tapi berapa ramai yang masih menggunakannya? |
Kalau dahulu kita boleh melihat gong dan tajau lama di Pusat Kebudayaan Murut tapi kali ini ambo tak dapat menyaksikannya kerana tingkat paling atas yang menempatkan gong lama dan tajau telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Rasanya semua tahu apa itu gong.... tapi tak semua kenal apa itu tajau. Tajau sebenarnya seperti tempayan dalam masyarakat Melayu, ada banyak fungsi seperti untuk menyimpan beras, membuat tuak, atau mungkin saja sebagai hiasan.
Ada juga khabarnya tajau dijadikan tempat persemadian atau lebih tepat lagi sebagai keranda untuk upacara pengebumian kaum Murut dahulu kala. Jadi hati-hati jika tiba-tiba anda tersepak tajau lama sewaktu menjelajah hutan di pedalaman Sabah. Silap-silap bengkak kaki kalau bukan teloq anda yang bengkak..... hehehe!!!
Apa signifikannya tajau dalam masyarakat Murut kini?
Tajau lama yang mungkin berusia ratusan tahun biasanya amat dicari sebagai salah satu barang hantaran untuk majlis perkahwinan. Harganya memang mahal dan kadang kala dilihat sebagai lambang status sesebuah keluarga.
Semakin banyak koleksi tajau lama dalam simpanan, semakin tinggi status sesebuah keluarga itu. Mereka mungkin miskin dari segi wang ringgit tapi harga sebiji tajau lama kadang kala boleh menjangkau ribuan ringgit.
Inilah namanya tajau - gambar ehsan En. Google Inc. |
Anda minat menyumpit tak?
Di Pusat Kebudayaan Murut anda diberikan peluang untuk mengasah bakat sebagai penyumpit profesional..... hehehe. Kena bayaq ye bukan free..... tak mahal mana pun, seringgit untuk 3 kali sumpitan.
Perlu diingat, sewaktu menyumpit mulut anda sudah tentu perlu diletakkan pada hujung sumpitan untuk meniup. Bila meniup sudah tentu juga berdas-das air liur turut tersembur sama. Imagine.... mulut anda diletakkan pada bahagian yang sudah tersembur dengan air liur pengunjung terdahulu.... hehehe.
Yucksssssss!!!!! Hehehehe.....
Jadi jangan masukkan hujung sumpitan terus ke mulut anda.... ada cara dan kaedahnya yang membolehkan sumpitan anda menjadi berbisa tanpa direct contact di antara mulut anda dan batang sumpitan..... hehehe.
Lu sumpit apa brader sampai kena pejam mata? |
Kalau tak mahu menyumpit, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat?
Ni ha..... cuba main terompah kayu.....
Aktiviti mengimbangkan badan.... cuba berkali-kali tapi kejap ke depan, kejap ke belakang. Sudahnya sampai tertiarap ke lantai. |
Selain bangunan induk, komponen Pusat Kebudayaan Murut juga terdiri dari beberapa buah bangunan berasingan yang letaknya berdekatan di antara satu sama lain.
Antaranya sebuah muzium mini yang baru dibina.....
Mini muzium.... agak kecil jadi koleksinya juga agak terhad. |
Kebanyakkan bahan pameran di muzium mini ini adalah hasil kraftangan masayarakat Murut. |
Generasi terkini kaum Murut sedang menghayati keindahan busana tradisional nenek moyang mereka... hehehe!!! |
Satu lagi perkara wajib yang anda patut cuba jika berkunjung ke Pusat Kebudayaan Murut adalah.....
Lansaran..... anda tahu apa itu lansaran?
Replika rumah kebudayaan yang sering ditemui di perkampungan kaum Murut. Bangunan sebegini berfungsi sebagai tempat bersosial sewaktu majlis keraian atau kenduri-kendara. |
Lansaran pasti ada dalam setiap rumah kebudayaan kaum Murut. |
Asal-usul lansaran. Jadi sekarang anda sudah tahu apa itu lansaran kan? |
Inilah lansaran, pelantar yang bila dihentak dengan kaki akan berayun dan mengeluarkan bunyi mengikut rentak tertentu. |
Lansaran letaknya di tengah-tengah dewan rumah kebudayaan, penonton akan duduk-duduk ditepi sambil bersembang atau minum-minum. |
Apa machiam?
Seronok tak bila baca aktiviti ambo sekeluarga di Pusat Kebudayaan Murut?
Ambo cadangkan anda masukkan sekali tempat ini dalam senarai wajib kunjung bila bercuti ke Sabah. Banyak ilmu baru akan anda perolehi.
Jadi ambo tinggalkan dulu Pusat Kebudayaan Murut dengan seribu satu kenangan dan pengetahuan.
Next entri kita bersembang aktiviti di Kota Kinabalu pula.... atau pun kalau sempat berkaitan dengan Taman Pertanian Tenom di Lagud Seberang.
Sekian.
jauh ke tempat ni dri pekan tenom?
ReplyDeletetak jauh, kalau drive dalam 10 minit.
Deletebetul2 tepi jalan besar menuju tenom
Deletewhere is the nearby accommodation?can u give me the link for it?..thank u
ReplyDeletePerkasa Hotel Tenom http://www.perkasahotel.com.my/pht.html
DeleteOrchid Hotel Tenom +6087 - 736 600
Ada penginapan kah disana ...
Delete