Thursday, 9 January 2014

JoM MaKaN - Mak Jah Beriani, Seksyen 7 Shah Alam | Tapi Kami Order Nasi Goreng Kerabu Je!!!

Lewat petang minggu terakhir 2013 yang lalu, ambo dan HM ke PPUM untuk melawat seorang sahabat yang baru saja menjalani operation. Kesian dia der, kena abai dengan family.... sakit tenat macam mana pun sendiri-sendiri pergi hospital. Bila kena operation tak de satu pun family members yang mai melawat. Nasib baik ada kawan-kawan yang masih sudi memberi sokongan moral dan pati ikan haruan.... opssss!!!!

Inilah donia.... machiam-machiam.

Alkisahnya juga, keesokkan harinya kami kena terbang ke Kota Kinabalu, Sabah. Jadi selepas melawat sahabat kami di PPUM, kami tidak terus pulang ke rumah di TGM tapi sebaliknya mengambil keputusan untuk bermalam saja di SA. 

Susur sahaja keluar dari Fed Highway, ambo terus mandu kereta ke Seksyen 7 Shah Alam untuk cari kedai makan dan juga hotel. Seksyen 7 ini memang tersohor sebagai area untuk menjamu selera dan terdapat beberapa buah budget hotel. I-City pun area-area sini juga.

Kebanyakkan kedai makan di Seksyen 7 memang sesak dengan pelajar-pelajar UiTM terutamanya, yang datang untuk menjamu selera.

Ambo terpaksa berpusing-pusing beberapa kali untuk mencari restoran yang kurang pelanggan. Malas untuk menunggu lama sebenarnya, juga mudah untuk mendapatkan tempat duduk.

Sehinggalah terjumpa Mak Jah Beriani.... nampak tidak ramai customer. Jadi ambo terus parkir kereta disebelah restoran dan menapak masuk. Memang agak lengang.... cuma dua tiga meja saja ada pelanggan. Adakah kerana masakannya tidak sedap, atau.....?

Kerusi makan style kopitiam. Banyak meja-meja yang masih kosong masa kami sampai.

Gamble sajalah.... janji perut terisi sebelum melelapkan mata. 

Apabila waitress hulurkan menu........ pelbagai hidangan ada dan tidak terhad kepada nasi beriyani semata rupanya.

Capture menu siap dengan address sekali bagi memudahkan readers yang berminat untuk ke sana.

Pilih saja mana-mana yang menepati selera. Harga pun agak berpatutan.

Menu separa berat menjadi pilihan kami.... nasi goreng kerabu dan segelas teh ais. Nak makan nasi beriani rasanya terlalu heavy.... dan takut datang rasa muak sebab badan agak kepenatan dan mata mula mengantuk.

Nampak simple tapi serious..... sedap!!!!

Makanan simple tapi mengenyangkan..... nak pula sedap. Sup dia nampak berminyak tapi sodap!!!!

Harga pun tak mahal mana.... jadi tak rugi singgah sini untuk makan-makan.

Waitress pun cute mute..... hehehehe..... opsssss!!!!

Tadi ada habaq kami akan bermalam di SA kan? 

Jadi lepas makan malam alas perut sekadarnya, kami gerak untuk cari hotel. Budget hotel je pun, nak tidur di Concorde atau Grand Bluewave tak berbaloi sebab sebelum Subuh dah nak kena gerak ke LCCT.

Hotel yang menjadi pilihan kami.... bukan di Seksyen 7 tapi di Seksyen 25 Shah Alam..... Panmour Villa. 

Hotel ini ada banyak kenangan sebenarnya, Inshaa Allah ambo akan review dalam entry yang seterusnya.     

Sekian dan sehingga ketemu lagi.

No comments:

Post a Comment