Diari Si Ketam Batu bersiaran secara langsung dari The Aston Hotel Nilai buat julung kalinya. Apa yang berlaku atau bahasa Tok Ompek Kampung Parit "what happening dude"..... hehehehe. Tok Ompek speaking London.
Tak ada apa la Tok, anak buah di Nilai semata-mata menemani binik yang sedang berkursus di Nilai, menginap pula di The Aston Nilai. Kiranya ini first time anak buah menginap di Nilai, walaupun sebelum ini dah kerap bonar berkunjung ke Nilai 3 untuk shopping barangan rumah.
Jadik, best ke idok tidoq di The Aston Nilai? Habaq mai kat Tok...
Ontahlah Tok, anak buah belum tidoq lagi ni, dok ngadap laptop sambil layan My Extreme Animal Phobia kat TV2.... hehehehe.
Kalau Tok dan hang pa semua nak tahu, The Aston Nilai ini dulunya dikenali sebagai Allson Klana Nilai. Letaknya di Bandar Baru Nilai, lebih tepat lagi Putra Nilai. Kalau dari Plus Highway, kemudian exit tol Nilai. Lepas tol Nilai akan jumpa simpang 3 traffic light, kalau ke kiri kita akan menuju Nilai 3 manakala ke kanan akan menuju Putra Nilai di mana letaknya The Aston Nilai.
Nak mudah lagi, kalau guna Waze, search saja Tesco Nilai atau Giant Nilai. Kalau search for The Aston Nilai tah ke mana-mana Waze bawak kami tadi, pusing punya pusing boleh sampai ke Aeton Hotel. Haaaaa tengok, nama dah dekat-dekat nak sama dah tu Tok. The Aston Hotel, manakala satu lagi Aeton Hotel. The Aston Hotel letaknya di Jalan 1/2E Bandar Baru Nilai manakala Aeton Hotel letaknya di Jalan 1/1 Bandar Baru Nilai.
Selain dari dua hotel tersebut, ada beberapa buah lagi hotel bajet di sekitar Putra Nilai. Agaknya bagi menampung para pengunjung ke Nilai 3 dan juga para penumpang airlines yang sedang transit, atau yang memerlukan penginapan berpatutan sementara menunggu penerbangan mereka. Lagipun KLIA dan KLIA2 tak jauh mana pun dari Putra Nilai.
Kalau hang pa baca review kat TripAdvisor ka, Agoda ka mahupun blog2, memang akan banyak komen negative berkaitan The Aston Hotel berbanding positive. Kalau yang komen tu mat atau minah salleh lagilah buruk benor diceritanya pasal The Aston Nilai.
Disebabkan dah banyak benor baca komen negative ini semua, idok le ambo menaruh harapan tinggi yang amat terhadap hotel ini masa nak datang tadi. Anak-anak yang ikut sama pun separuh happy. Happy sesikit sebab dapat tidoq hotel, tak happy bebanyak sebab The Aston tadak kolam renang. Memang bebudak kan, kalau datang hotel, kolam renanglah yang dicarinya dulu nak berendam. Sekali tadak daaaaaaa.......
Jadi apa kisahnya The Aston Hotel Nilai pada kaca mata owner Diari Si Ketam Batu?
Allamak-manak Tok Ompek, memang betul daaaaaa..... The Aston Hotel Nilai memang hotel buruk daaaaaaa. Rundown hotel kata orang London. Lokasinya pun machiam tak berapa nak menonjol. Bilik pun ada bau hapak, bilik superior agak kechik dan perabot dalam bilik hotel memang dah masuk usia senja dah.
Kalau hang pa tengok website The Aston Hotel, umang aihhhh, hebatnya bilik siap dengan TV flat screen lagi. Tapi yang ambo dok hadap layan My Extreme Animal Phobia, TV model tahun bila ntah, jenama Panasonic yang screen tebal ada la dalam setengah depa..... hahahaha. Kelabu asap lagi tu siaran, nak layan World Cup pun boleh hilang sheikh!!!
Karpet pulak, kat bilik kira acceptable lagilah, tapi karpet kat luar bilik nampak machiam dah lusuh benor (kita sembang stendet hotel ye, bukan rumah tumpangan) dan tak berapa nak bersih. Butang lif pulak susah benor nak tekan, especially untuk naik ke Tingkat 1, agaknya dah kematu sangat dah butang lif sebab hari-hari kena tekan dengan staf hotel dan pengunjung, hehehehe!!!!!
Ngutuk sakan ek, hehehehe!!!!
Bukan ngutuk, sekadar pendapat dari customer yang mengeluarkan sedikit wang hasil dari penat lelah seharian, untuk merasai pengalaman menginap di The Aston.
Pendek kata, hotel ini kira ok untuk penginapan sementara, tapi kalau datang untuk berbulan madu memang silap besor lah. Ia juga bukan hotel untuk keluarga sebab apa yang diingini oleh anak-anak memang tiada. Tapi kalau untuk melelapkan mata setelah seharian berjalan menyoping di Nilai 3, kira bulehlah. Bila penat shopping apa lagi nak berkira pasal hotel ye tak?
Jadi kalau hang pa nak tahu pasal rate dan lain-lain maklumat pasal hotel, hang pa boleh rujuk sini. Rate yang dipaparkan dalam website The Aston memang tak berapa nak berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan. Tapi kalau walk-in atau by phone booking, masih boleh runding lagi, silap-silap dapat rate lagi murah. Kalau staf gomen, cubalah minta rate gomen, belen-belen boleh guna untuk shopping kat Nilai 3, hehehehe!!!!
Online price RM280++ untuk bilik superior, bila kami walk-in dapat dalam RM160++. Banyak beza tu der!!!
Ni bagi address dan no tepon kalau rasa nak booking dan menginap di sini;
The Aston Hotel (Formerly known as Allson Klana Nilai)
PT 7182, Jalan BBN 1/2E,
Putra Nilai, 71800 Nilai, N. Sembilan.
No. Phone: +606-799 8888
No. Fax: +606-799 8999
Email: info@theastonhotel.com.my
Ok lah yu-alls, ambo nak beradu dulu. Review lengkap berkaitan The Aston Hotel beserta picca micca segala akan ambo muatkan dalam entry yang berikutnya.
Sehingga itu, babai yu-alls!!!!
Roger and out.
dah tutup dah hotel nie..
ReplyDeletesebab apa tutup taktau lah..
dah tutup ye? saya pun tak repeat dah.
Delete