Berita pembunuhan kejam kanak-kanak berusia 2 tahun, Siti Soffea Emelda Abdullah sekali lagi menimbulkan persoalan;
Selamatkan negara kita, Malaysia?
Benarkan indeks jenayah kita masih rendah dan terkawal?
Apo nak dijawab der?
Kita biarkan saja golongan cerdik pandai menjawab persoalan tersebut. Mereka pasti ada justifikasi tertentu untuk mengeluarkan fatwa bahawa keselamatan awam di negara kita masih lagi pada tahap 'terkawal'.
Apa yang ambo ingin luahkan di sini adalah peranan kita sebagai ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak. Bukan setakat anak-anak sendiri, malahan juga anak-anak saudara mara, rakan taulan dan juga jiran tetangga.
Kadang kala sikap 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang' atau 'Jaga Tepi Kain Sendiri' perlu diinterpretasi semula. Ada ibu bapa yang sentap sakan apabila kelakuan anak-anak ditegur sama ada oleh guru, rakan taulan atau jiran tetangga. Maka timbulah keadaan di mana terluahnya kata-kata 'lantak kau lah anak kau, bukan anak aku'.
Semakin hari semakin terkikisnya keprihatinan kita terhadap semangat kejiranan, kita menjadi semakin individualistik. Tak ada lagi yang mahu menegur akan kenakalan anak-anak jiran tetangga ataupun sahabat taulan. Puncanya tidak lain tidak bukan, ibu bapa era millenium kini semakin mudah sentap bila ditegur akan kenakalan anak masing-masing.
Mengimbau kenangan sewaktu membesar di kampung (sekitar 80an sehinggalah 90an), seingat ambo berita kenakalan ambo yang tak seberapa pun boleh sampai ke pengetahuan mak ayah ambo, hasil aduan jiran tetangga. Face to face beb..... masa tu bukan ada henpon untuk Whats App atau WeChat.
Muka mak ayah ambo memang merah padam bila terima aduan, tapi adat orang dulu-dulu yang masih tebal dengan semangat kejiranan, setiap aduan diselidiki tanpa syak wasangka terhadap pengadu. Kadang kala memang terus kena bambu tanpa siasat, asal jejiran mengadu sahaja memang sah petangnya ambo kena sebat.
Kalau zaman la ni adu pasal anak jiran face to face, memang cari nahas. Silap-silap tangan atau kaki hinggap ke muka. Itu yang buat ramai yang malas nak ambik pot.
Kalau zaman la ni adu pasal anak jiran face to face, memang cari nahas. Silap-silap tangan atau kaki hinggap ke muka. Itu yang buat ramai yang malas nak ambik pot.
Satu lagi yang menimbulkan keraguan, bagaimana anak kecil yang baru berusia 2 tahun boleh ditinggalkan sendirian semata-mata kerana ibunya mahu melunaskan hajat peribadi di tandas. Pudu Sentral atau dulunya dikenali sebagai Pudu Raya memang terkenal sebagai pot golongan 'tak semenggah' untuk melepak. Kutu rayau, pencopet, penagih dadah dan segala machiam kutu.
Jangankan nak tinggalkan anak sendirian, nak ke sana pun ambo rasa machiam tak selamat dan tak selesa (waima Pudu sudah bertukar wajah dan dinaik taraf, golongan 'tak semenggah' ini masih berkampung di sana). Itu yang buat ambo terpikior, apa ke jadahnya Siti Salmy Suib (32 tahun) dengan selambernya biarkan anaknya arwah Siti Soffea Emelda Abdullah (2 tahun) bersendirian di tempat yang sebegitu.
Dakwanya ditinggalkan bersama rakan tetapi mengikut siasatan polis, rakaman CCTV menunjukkan arwah bermain sendirian. Malahan seorang pengawal keselamatan hanya melihat sahaja apabila arwah dibawa pergi oleh suspek. Memang benda dah nak jadi, tapi apa pula peranan pengawal keselamatan tersebut? Melihat sahaja tanpa membuat apa-apa - alasannya kerana arwah sentiasa dilihat dijaga oleh orang yang berlainan - tak tahu den nak kata apo.
Suspek pun semalam dah ditemui lemas. Penjenayah terbabit dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke Sungai Klang selepas perbuatannya menghempap batu ke kepala arwah, dan menyembelih dengan menggunakan serpihan seramik disedari oleh orang awam.
Gambar kecil: Comel saja budaknya. Gambar besar: Pengsan ibunya bila nampak jasad anak tanpa kepala. |
Jasad suspek ditemui terapung di Sungai Klang. |
Ini baru pembalasan duniawi, bukan lagi di akhirat. |
Al-Fatihah untuk adik Siti Soffea Emelda Abdullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
No comments:
Post a Comment