Tuesday 3 June 2014

Kos Guaman Pembelian Hartanah Proton City - Part I

As-Salam dan Salam Sejahtera, 

Memula nak habaq mai, ari ni birthday ambo yang ke dot dot dan juga ulangtahun perkahwinan ambo dan Mrs Ketam Batu yang ke dot dot.

Happy birthday to me, happy birthday to me and happy birthday to meeeeeeeeee. Hehehehe wish sesorang kat opis. Juga selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan buat Mr and Mrs Ketam Batu..... yeeeehaaaaaaaaaa!!!

Juga pada hari yang berbahagia ini juga ambo menerima satu bil iaitu..... bil guaman. Nerbes bukan apa, nak tahu berapa ribu riban yang bakal melayang untuk kos guaman bagi pembelian hartanah berupa sebuah rumah cluster 2 tingkat di Proton City baru-baru ini.

Bila dibuka sahaja bil tersebut, tertera angka RM4856.20!!!!!!

Legaaaaaaa...... murah sangat BUT wait a seken..... pehal tak sampai RM10k ni? Dulu lawyer pernah pesan suruh stand-by dalam RM12k. 

Terus baca dengan lebih teliti dan berkali-kali..... omputeh kata again and again.

Huwaaaaaaa!!!!! Rupanya ini baru kos guaman di antara peminjam iaitu ambo dengan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, belum masuk lagi kos guaman di antara ambo selaku pembeli dengan Proton City sebagai pemaju.

Huk huk huk!!!! Terus tajuk entry ditambah kepada Part I. Part II bakal menyusul selepas ambo menerima bil guaman yang keseterusnya.

Untuk nota sendiri dan panduan readers semua, disenaraikan details kos guaman di antara peminjam dan Perbendaharaan Malaysia untuk hartanah berharga RM340k.

Lain syarikat guaman mungkin berbeza dia punya charge tapi rasanya tak lari jauh. Jadi apa yang ambo tulis kat sini mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan.

Antaranya.....

1. Property Sale Agreement - RM3212.30
2. Property Purchase Agreement - RM321.30
3. Deed of assignment - RM321.30
4. Service Tax (6%) For Items 1,2 and 3 - RM231.30

Total - RM4086.20

Kemudian ditambah lagi dengan segala machiam disbursements,

1. Land Search & CTC - RM120.00
2. Bankrupcy Search - RM50.00
3. Transport & Incidental - RM350.00
4. Miscelllaneous Expenses - RM250.00

Total - RM770.00

Jadiknya keseluruhan kos guaman untuk perjanjian diantara peminjam dan Perbendaharaan Malaysia adalah RM4856.20

Sedihnya nak kena huluq RM4k lebih kepada lawyer, hehehehe. Machiam yang ambo sebut dalam entry terdahulu, memang kena ada sedikit simpanan tunai bagi melunaskan bayaran guaman sebab sesetengah pemaju memang tak masukkan kos guaman ke dalam harga rumah. Tak ada tunai kalu, terpaksalah gunakan kad kredit.

Tapi biasanya kita masih boleh kowtim, slow talk dengan firma guaman untuk buat bayaran ansuran dan juga minta sedikit pengurangan. 

Sat gi nak cuba call lawyer kot ada rezeki boleh dapat discount, dapat kurang 50 hengget pun jadilah buat isi minyak motor hehehehe!!!

Oklah setakat ini dulu. Next time kita sembang lagi pasal kos guaman bila bil seterusnya ambo terima.

Roger and out.

2 comments:

  1. Hehehehehe... last time ada jugak plan nak beli rumah kat Proton City tu... kat area tasik tu... last2 tak jadi sebab bertugas kat KL...

    Setiap bulan bila balik Tanjong Malim, selalu dok usya rumah tu... tengah dok fikir... kalau teman pasang dua, leh la beli satu lagi rumah kat sini.... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..... Tuan, pasang dua tiga pun boleh. Lagipun harga hartanah di Tg Malim masih murah berbanding KL, maskawen sorang sebiji rumah hehehehe!!!

      Delete