Limau kasturi - kasi perah dalam sirap ais atau teh O ais di kala panas terik. Memang marbeles dia punya kick, kasi hilang haus dan kering tekak.
Depan rumah mak ambo di kampung memang ada tanam limau kasturi dalam 2 pohon. Asal ada kenduri kendara memang jejiran tetangga datang memetik barang sebiji dua (biasanya memang lebih pun..... hehehehe) buat penambah perisa sambal belacan.
Kalau bukan untuk sambal belacan semasa kenduri, hasil dari pepohon kasturi tersebut memang terbuka kepada jejiran dan public. Sesiapa yang berkehendak, memang tiada larangan untuk memetik. Adat tinggal sekampung, mana yang ada pakat dikongsi agar semua dapat merasa.
Lagipun bukan luak mana jika disedekahkan kepada jejiran dan kepada sesiapa yang berkehendak. Pepohon limau kasturi tersebut memang sentiasa berbuah, walau tidak lebat mana tapi memang tak pernah putus buah yang keluar.
Itu cerita di kampung, kita yang di bandar ini pula mana boleh main petik begitu sahaja. Kesemuanya ada harga dan kena beli. Jadi memang ada idea nak tanam sepohon limau kasturi di pinggir rumah tapi bila dikenangkan balik, tanah di sisi rumah sekarang bukanlah luas mana pun. Kalau merimbun nanti silap-silap hidung tercucuk duri kasturi.
Mungkin bila rumah yang satu lagi siap, baru di tanam akan kasturi. Agaknyalah..... hehehehe!!!! Biar masa saja yang menentukannya.
p/s: Terkenang akan drama Cikgu Limau Kasturi.
p/s: Terkenang akan drama Cikgu Limau Kasturi.
Roger and out.
No comments:
Post a Comment