Saturday 6 September 2014

100 Hari Kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah



Jumaat lepas telah diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena genap 100 hari kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah. 

Majlis ini diadakan di masjid2 utama di setiap jajahan dan daerah seluruh negeri Perak. Bagi daerah Batang Padang, majlis tahlil ini telah diadakan di Masjid Jamek Tanjung Malim.

Ambo pun turut sama meluangkan masa bagi menghadiri majlis tersebut di Masjid Jamek Tg Malim. Setiap jemaah yang hadir dibekalkan dengan naskhah Surah Yasin edisi khas - warna kuning, lambang Di Raja.


Bacaan Yasin dan tahlil berlangsung usai solat Maghrib dan dipimpin oleh pegawai agama Daerah Batang Padang.




Kemudian majlis disusuli dengan solat Isha' secara berjemaah, diikuti dengan sedikit jamuan - jamuan ini katanya disumbangkan oleh pihak istana, untuk kira2 500 hadirin bagi setiap masjid yang terlibat.

Pada awalnya.....


Tiba-tiba.....


Panjangnya barisan.....


Akhirnya, Alhamdulillah.....



Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang solehin. 

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment