Monday 13 April 2015

TeRoKai KeiNDaHaN HuTaN LiPuR SuNGai BeRNaM & TeRaTaK RiVeRVieW, TaNJuNG MaLiM

As-Salam & Salam Sejahtera,

Tanjung Malim yang terletak dalam daerah Muallim sebelum ini cukup terkenal kerana ujudnya Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kilang Proton. Selain daripada itu, TM sebenarnya turut kaya dengan keindahan alam semulajadi. Ini ditranslasikan oleh kem dan hutan lipur disekitar TM yang sering dikunjungi oleh orang luar mahupun penduduk sekitar.

Teratak Riverview, antara lokasi perkhemahan dan aktiviti lasak yang agak popular di TM. Resort ini sering menjadi tumpuan organisasi kerajaan mahupun korporat untuk mengadakan sesi team building, dan juga sesi gathering yang lain.

Letaknya agak jauh ke dalam, kira-kira 5 km dari jalan besar. Laluan kecil yang menghubungkan Teratak Riverview dengan jalan besar hanya telus untuk satu kenderaan. Jika berselisih, pandai-pandailah untuk bertolak ansur.






Menariknya, tapak resort ini dipisahkan oleh Sungai Bernam, yang juga merupakan titik sempadan di antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Jadi sebahagian resort terletak di Selangor (pejabat, chalet) manakala sebahagian lagi di Perak (tapak perkhemahan dan lain-lain kemudahan).

Kawasan sekitar Teratak Riverview sebenarnya terbuka untuk orang awam. Anda bebas untuk berpicnic disepanjang Sungai Bernam. Orang awam bebas untuk keluar masuk di sekitar resort. Tapi jika menggunakan kemudahan milik mereka, seperti tapak khemah, tandas dan bilik mandi, ada bayaran tertentu. Mungkin anda boleh rujuk blog Teratak Riverview untuk maklumat lanjut.


Pemandangan dari jalan besar. Tepi jalan masuk ke Teratak Riverview biasanya akan penuh dengan peserta yang sedang menunggu kenderaan dan juga bas-bas yang membawa ahli rombongan. Disebabkan jalan masuk hanya muat-muat untuk satu kenderaan sahaja, bas rombongan akan menurunkan penumpang di tepi jalan. Pihak resort akan mengangkut peserta dengan kenderaan milik mereka, berupa van dan 4x4 yang telah diubahsuai.

Makluman juga, disamping Teratak Riverview, ada beberapa lagi operator yang membuka tapak perkhemahan di sepanjang Sungai Bernam. Cuma yang paling popular adalah Teratak Riverview.

Jom follow ambe menerokai laluan disepanjang Sungai Bernam;


Nampak tak, betapa sempitnya laluan. Ngam-ngam muat satu kereta, kena saling bertolak ansur dan memandu penuh berhati-hati terutamanya di kawasan selekoh. 

Keadaan jalan, 2 km pertama masih agak baik tapi untuk 3 km berikutnya sudah pecah-pecah. Malahan dibeberapa kawasan cuma berturapkan tanah merah dan penuh lopak-lopak air. ADV rider memang suka sangat laluan sebegini.


Ini kem pertama yang ambe temui dalam laluan tersebut, Kem Perkhemahan Desa Selesa. Jom kita tinjau dahulu apa kemudahan yang ada di Kem Desa Selesa. Bermula dari sini, kena lalu kebun kelapa sawit dan beberapa buah rumah penduduk setempat. Jarak di antara satu rumah dengan rumah yang lain agak jauh juga.


Tidak jauh dari tempat papan tanda yang menunjukkan laluan ke Kem Desa Selesa, ambe temui satu jambatan gantung. Rupanya Kem Desa Selesa letaknya di seberang sungai sana. Moto sah-sah tak boleh masuk. Jadi kena tinggalkan moto sekejap.


Uzur benar nampaknya tapi masih berfungsi dengan baik. Jangan pula satu rombongan menyeberang pada masa yang sama. Ini buka jambatan konkrit, tapi lebih kepada titi kecil. Kaki ambe ringan sahaja mahu menyeberang, cuma hati sedikit ragu-ragu kerana ini kawasan persendirian. Mana mungkin kita boleh menceroboh sesuka hati. Mata melilau mencari seseorang untuk bertanya atau meminta izin, tapi tiada kelibat manusia kelihatan. Nak ketuk rumah berhampiran, tak sedap pula mengganggu penghuni yang mungkin sedang berehat.


Jika berminat, anda boleh hubungi nombor di atas untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Kem Desa Selesa. Ambe ambil keputusan untuk tidak menjengah masuk ke kem, sebaliknya kembali ke simpang masuk ke Kem Desa Selesa untuk mencari kem-kem yang lain. 


Tidak jauh, ambe temui beberapa papan tanda yang menunjukkan arah ke Teratak Riverview, Tapak Perkhemahan Ismarose dan Warisan Bernam Heritage Agro & Country Resort. Jika anda perasan, laluan agak berpasir menunjukkan kawasan ini kadang kala mungkin digenangi air sewaktu hujan lebat. Again, ADV rider akan suka banget jika berpeluang menunggang dalam keadaan sebegini.


Kiri kanan dipenuhi hutan dan kadang kala dusun milik penduduk setempat. Udara cukup nyaman dan segar, telinga dijamu dengan bunyi unggas dan mergastua. Kadang kala berselisih juga dengan pemilik dusun yang dalam perjalanan ke dusun atau kebun milik mereka. Jika musim buah, durian terutamanya, laluan ini mungkin meriah dengan lori-lori milik pemilik kebun/peraih yang mengangkut buah untuk dipasarkan. 


Rumah tinggal, atau mungkin juga bekas bangsal untuk menunggu durian. Masih ingatkan anda dengan cerita banglo misteri di Bukit Fraser? Kali ini tiada perkara pelik berlaku, Alhamdulillah.


Tiba di satu jambatan kecil yang merentasi Sungai Bernam. Berhenti sekejap untuk bergambirun. Ada beberapa pasangan sedang mandi-manda, tapi apabila ambe mula mengeluarkan kamera, semua bertempiaran lari dan naik ke darat. Apa yang ko takutkan sangat?


Sungai Bernam mengalir lesu, dan anda boleh temui beberapa tempat yang sesuai untuk berpicnic dan mandi manda. Yang kurang seronoknya, sampah sarap bekas makanan serta minuman berselerak di atas tebing. Ada yang baik hati kumpulkan setempat dan cuba bakar. Tapi bukan ke lagi elok jika sampah sarap tersebut pengunjung sendiri yang bawa keluar dan lupuskan sepertimana kita lupuskan domestic rubbish?


Kalau waktu tengah terik tengah hari, memang sedap berendam. Tapi malangnya ambe dalam keadaan full riding gear dan pakaian mandi langsung tak bawa. Jamu mata sajalah, nak rendam kaki pun malas nak buka riding boot. Dikawasan berhampiran, ambe temui group moto dari Rawang. Peramah semuanya, selamat berkenalan dan maaf tak dapat sertai kalian untuk mandi manda.


Setelah meredah laluan sejauh 5 km dari jalan besar, tapak perkhemahan milik Teratak Riverview ambe temui. Pada masa itu, tapak perkhemahan ini dipenuhi oleh group 4x4 dan para pelajar dari beberapa buah institusi pendidikan.


Ikut perancangan, ambe mahu meneroka lebih jauh ke dalam tapi tersekat dengan jambatan rosak. Kalau bawa kapchai boleh lepas, tapi moto ambe pasti sangkut di bahagian sampan. Boleh adjust sebenarnya tapi kena buat betul-betul.


Kapchai boleh lepas tak kan FZ boleh sangkut kut? Pada masa ini, ambe belum tahu sebenarnya ada satu laluan alternative jika tidak mahu menyeberang menggunakan titi sementara tersebut. Jadi ambe batalkan hasrat untuk maju ke depan !


Chalet milik Bernam Heritage. Selain chalet, ada juga blok asrama. Kepada yang lebih adventure, pacak sahaja khemah.


Dewan makan, operator tidak dapat dipastikan siapa. Atasnya adalah tapak mendarat untuk aktiviti musang terbang.


Rehat sejenak bersama kit kat. Lepak-lepak tepi tebing sungai. Ini milik persendirian tapi orang awam dibenarkan masuk. Cuma diminta menjaga kebersihan. Rizab sungai dibenarkan untuk dijadikan kawasan persendirian ke? Statusnya sama dengan pantai yang kini diprivatekan oleh sesetengah pengusaha hotel dan chalet.


Layan deruan air, nak rendam kaki malas nak buka kasut.


Lepak-lepak tepi Sungai Bernam sambil pekena eskrim harga seringgit. Daripada baiya inilah ambe dapat tahu laluan alternative jika tidak mahu menyeberang guna titi uzur tadi. Depan sikit je lagi ada laluan baru. Ambe tanya apa lagi ada kat dalam, katanya rumah orang kampung saja. Jadi malaslah ambe nak masuk, harap betul la kata baiya eskrim ni.


Terkandid la pulak. Laluan ini menghubungkan bahagian resort di Selangor dan bahagian resort yang letaknya di negeri Perak. Nampak gaya untu pejalan kaki sahaja, tapi ada juga moto yang menyeberang. Sebagai bukan orang tempatan dan bukan peserta, ambe terjah masuk guna kaki sajalah. Sebelah kiri adalah dapur dan pejabat, manakala kanan adalah dewan makan.


Suasana di dewan makan, penuh dengan papan tanda organisasi yang pernah menjalankan program di Teratak Riverview. Masa ambil gambar ini tercium bau kari ayam, sedap giler bau dia hehehee.


Pemandangan pejabat dan resort dari kawasan tapak perkhemahan. Pada masa ini ambe berdiri dalam negeri Perak, manakala view di atas terletak dalam negeri Selangor. Menarik kan?


Pada masa ini pula ambe berdiri di atas tanah milik negeri Selangor dan memerhati ke arah negeri Perak. Bak kata seorang sahabat, dewan makan milik Teratak Riverview terletak di tebing Sungai Bernam milik Selangor, manakal tandasnya di seberang lagi satu milik negeri Perak. Maksudnya, makan di Selangor, nak berak kena berhijrah ke negeri Perak hehehehe. Sahabat yang lebih extreme ada menyebut "separuh kentut di Perak, separuh kentut lagi simpan dan sempat untuk dilepaskan di jajahan Selangor". Extreme sungguh perumpamaan hehehehe.


Kebetulan, ada sekumpulan mahasiswa/siswi bersedia untuk menjalankan aktiviti tubing atau water confident. Kalau air dalam dan arus deras, seronok juga layan tubing. Masa kecil-kecil kat kampung dulu, pantang musim hujan, mulalah cari tube kereta atau lori terpakai untuk dibuat pelampung. Kemudian hanyutkan diri dari hulu ke hilir sungai sambil memukat ikan. 


Ada yang tersangkut, air terlampau cetek atau empunya badan terlalu berat?


Nasihat yang cukup bernas. Papan tanda ini ambe temui dalam perjalanan balik. Sepatutnya ini yang dijadikan pegangan dan amalan jika berkunjung ke mana-mana hutan lipur.


Nampak senapang yang dihunus? Seronok pun jangan sampai menceroboh kebun orang ye.

Hampir setengah hari juga ambe di Teratak Riverview. Jika tidak kerana ada urusan pada petang tersebut, mahu saja ambe bawa anda ke satu lagi hutan lipur berdekatan iaitu Hutan Lipur Sungai Inki. 

Inshaa Allah, jika berkesempatan, ambe bawa anda semua meneroka Sungai Inki pula.

Sekian.

8 comments:

  1. Assalam ketam,
    he3
    berat kot tu sangkut he3

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, saya ingin meminta tolong pihak tuan untuk menukar info gambar chalet dan tempat makan kerana chalet tersebut dikawasan chalet bernam heritage dan bukan chalet trv. Harap pihak tuan dapat membantu kami menukarnya untuk mengelak kekeliruan pelanggan kami. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan, mohon maaf di atas kesilapan info. Maklumat berkenaan telah diperbetulkan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Tak sabarnyaaa nak pergi khamis jumpa nanti ketam

    ReplyDelete