Monday 20 January 2014

Bercuti Ke Sabah 2013/2014: Murut Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Murut)...... Wajib Singgah Kalau Datang Tenom, Sabah!!!

Pusat Kebudayaan Murut letaknya di Kampung Pulong, kira-kira 13 km dari Pekan Tenom. Pembinaannya bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996 dengan kos kira-kira 12 juta ringgit. Menariknya, Pusat Kebudayaan Murut merupakan bangunan terbesar di Borneo yang dibina sepenuhnya daripada kayu Belian iaitu sejenis kayu balak yang keras dan cukup bernilai tinggi di pasaran.

~ dipetik dari The Official Website of Sabah Cultural Board ~


Tu dia.... sedikit kata-kata pengenalan kepada Pusat Kebudayaan Murut yang sempat ambo dan keluarga lawati baru-baru ini. Sebenarnya ini merupakan kunjungan kedua ambo ke Pusat Kebudayaan Murut tapi kunjungan pertama dahulu tidak dapat ambo abadikan untuk tatapan pembaca DSKB kerana pada waktu itu blog DSKB masih belum wujud.... hehehehe.

Mari kita rewind balik lawatan kami sambil kita layan celoteh bergambar ye.....

Sewaktu kunjungan kali pertama ke Pusat Kebudayaan Murut pada tahun 2007, pintu gerbang ini masih belum siap kalau tak silap ambo. Jika anda menuju pekan Tenom dari arah Keningau, pintu gerbang ini akan berada di sebelah kiri anda. Cukup dekat dengan jalan utama, anda pasti tak akan terlepas simpang masuk ke sini.

Pusat Kebudayaan Murut ditutup pada hari Isnin dan Selasa serta pada hari kelepasan am. Kesian anda kalau drive jauh-jauh.... bila sampai ditutup rupanya. Jadi jangan lupa semak masa beroperasi Pusat Kebudayaan Murut terlebih dahulu sebelum datang.

Tidak jauh dari pintu gerbang masuk ke Pusat Kebudayaan Murut ada pondok pengawal cum pondok tiket. Kena berhenti dan beli tiket dulu ye. Tak mahal, anggap saja sumbangan kecil membantu kos maintenance tarikan pelancongan di Tenom ini.

Bagi pelancong tempatan, harga tiket dewasa adalah RM5 manakala kanak-kanak pula hanyalah RM3. Murah kan.... amat berbaloi dengan manafaat yang akan anda perolehi nanti.
Kita tinjau dulu persekitaran Pusat Kebudayaan Murut.

Tersergam indah, dibina dari kayu Belian yang bernilai tinggi..... Pusat Kebudayaan Murut ini menempatkan ruang pameran, dewan dan juga blok pentadbiran.

Alu-aluan kepada pelancong tempatan juga warga asing.

Entrance..... sila catatkan nama dan alamat anda dalam buku pelawat sebagai rekod.

Memalu gong sebagai pemberitahuan kepada tuan rumah akan kedatangan kami..... hehehe!!!

Kebetulan sewaktu kunjungan kami, Pusat Kebudayaan Murut sedang menganjurkan pameran arca berkaitan gaya hidup dan kebudayaan masyarakat Murut.

Bila kita mengunjungi destinasi pelancongan sebegini, banyak pengetahuan baru yang dapat kita jejaki.

Antara yang ambo baru tahu adalah maksud tersirat disebalik ukiran-ukiran kayu yang sering kita lihat di rumah tradisional masyarakat Murut. 

Murut juga seperti Melayu lama kita, amat berdiplomasi dan berhati-hati dalam berkata-kata. Kadang-kala maksud dilontarkan dengan penuh abstrak. Ada kalanya terlampau abstrak sampai jenuh nak paham.... hehehehe. 

Jika anda juga mahu tahu, ini ambo kongsikan bersama.....

Jika anda terjumpa corak ukiran sebegini, ia bermaksud penduduk setempat hidup secara harmoni. Anda akan disambut mesra jika datang dengan niat baik tapi kalau ada niat buruk.... sendili mau ingat la brader!!!!

Jika ingin merantau, anak-anak muda Murut akan mengukir corak ini dan dipamerkan untuk tatapan jiran tetangga pada hari beliau meninggalkan kampung halaman. Jadi semua orang tahu apa yang berlaku jika tiba-tiba beliau hilang dari pandangan umum.

Kenapa tak whatapps atau viber sahaja akan pemergian beliau? Ini kerana menurut kepercayaan tradisi Murut, niat untuk merantau perlu dirahsiakan untuk mengelakkan malapetaka. Juga sebagai harapan mereka akan selamat kembali ke kampung halaman selepas misi merantau mereka berjaya.

Jika anda terjumpa ukiran yang berwarna merah sebegini, bermaksud pemiliknya sedang berdukacita kerana keperitan hidup sehingga mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman.

Perginya pula pasti tidak kembali kerana mereka mengharapkan sirna baru di tempat baru yang mungkin menjanjikan lebih kesejahteraan.

Ini agak unik.... tanda-tanda bunga dihalaman telah disunting orang. Kalau anda nampak ukiran ini dihadapan rumah ketua kampung, maknanya anak perempuan beliau telah menjadi tunangan orang. Jangan cuba-cuba untuk kacau line kalau tidak mahu kepala bercerai dari badan.... gulp!!!

Sebenarnya ada banyak lagi ukiran-ukiran yang membawa maksud tersirat tapi cuma ini yang mampu ambo kongsikan di sini kerana ruangan entri yang agak terhad. 

Di sini juga ada terowong masa yang menceritakan susur galur dan sejarah masyarakat Murut. Rupanya Murut juga terbahagi kepada beberapa suku bergantung kepada di mana mereka bermastautin.

Fakta lain yang membuatkan ambo seperti ketinggalan komuter adalah kaum Murut juga merupakan head hunter, ambo ingatkan cuma Iban sahaja dikategorikan sebagai head hunter..... ganeh juga depa ni rupanya!!!

Sedikit info berkaitan kaum Murut - Borneo head hunter @ potong kapalak!!!

Ok.... dari cerita potong kepala (tetiba teringat filem Hantu Tok Mudim..... hehehe) kita jenguk pula cara masyarakat setempat berpakaian tapi tidak terhad kepada kaum Murut sahaja. 

Ada banyak contoh pakaian tradisional yang dipamerkan tapi hanya dua ini sahaja ambo teringat untuk capture.....

Pria Murut dari Tenom akan bergaya sakan sebegini terutamanya pada waktu keraian dan perayaan. Wanitanya pula seperti dalam foto yang sebelumnya.

Ini pula busana sumandak kaum Bajau dari Kota Belud.

Bila tengok busana masyarakat setempat..... kagum sungguh. Cukup cantik dan penuh dengan nilai-nilai estetika yang malangnya semakin terkikis sedikit demi sedikit.

Semoga busana sehebat ini tidak pupus seperti mana yang menimpa peralatan tradisional seperti ini.....

Secara fizikal masih wujud tapi berapa ramai yang masih menggunakannya?

Kalau dahulu kita boleh melihat gong dan tajau lama di Pusat Kebudayaan Murut tapi kali ini ambo tak dapat menyaksikannya kerana tingkat paling atas yang menempatkan gong lama dan tajau telah ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Rasanya semua tahu apa itu gong.... tapi tak semua kenal apa itu tajau. Tajau sebenarnya seperti tempayan dalam masyarakat Melayu, ada banyak fungsi seperti untuk menyimpan beras, membuat tuak, atau mungkin saja sebagai hiasan.

Ada juga khabarnya tajau dijadikan tempat persemadian atau lebih tepat lagi sebagai keranda untuk upacara pengebumian kaum Murut dahulu kala. Jadi hati-hati jika tiba-tiba anda tersepak tajau lama sewaktu menjelajah hutan di pedalaman Sabah. Silap-silap bengkak kaki kalau bukan teloq anda yang bengkak..... hehehe!!!

Apa signifikannya tajau dalam masyarakat Murut kini?

Tajau lama yang mungkin berusia ratusan tahun biasanya amat dicari sebagai salah satu barang hantaran untuk majlis perkahwinan. Harganya memang mahal dan kadang kala dilihat sebagai lambang status sesebuah keluarga. 

Semakin banyak koleksi tajau lama dalam simpanan, semakin tinggi status sesebuah keluarga itu. Mereka mungkin miskin dari segi wang ringgit tapi harga sebiji tajau lama kadang kala boleh menjangkau ribuan ringgit.

Inilah namanya tajau - gambar ehsan En. Google Inc.

Anda minat menyumpit tak?

Di Pusat Kebudayaan Murut anda diberikan peluang untuk mengasah bakat sebagai penyumpit profesional..... hehehe. Kena bayaq ye bukan free..... tak mahal mana pun, seringgit untuk 3 kali sumpitan. 

Perlu diingat, sewaktu menyumpit mulut anda sudah tentu perlu diletakkan pada hujung sumpitan untuk meniup. Bila meniup sudah tentu juga berdas-das air liur turut tersembur sama. Imagine.... mulut anda diletakkan pada bahagian yang sudah tersembur dengan air liur pengunjung terdahulu.... hehehe.

Yucksssssss!!!!! Hehehehe.....

Jadi jangan masukkan hujung sumpitan terus ke mulut anda.... ada cara dan kaedahnya yang membolehkan sumpitan anda menjadi berbisa tanpa direct contact di antara mulut anda dan batang sumpitan..... hehehe.

Demo oleh penyumpit terlatih. Kalau anda perhatikan betul-betul, hujung penyumpit tidak dimasukkan ke mulut. Tapi ada penyumpit amatur aka pelancong dengan selamber siap gigit lagi hujung penyumpit.... yuckssssss!!!

Lu sumpit apa brader sampai kena pejam mata?

Kalau tak mahu menyumpit, apa lagi aktiviti yang boleh dibuat?

Ni ha..... cuba main terompah kayu.....

Aktiviti mengimbangkan badan.... cuba berkali-kali tapi kejap ke depan, kejap ke belakang. Sudahnya sampai tertiarap ke lantai.

Selain bangunan induk, komponen Pusat Kebudayaan Murut juga terdiri dari beberapa buah bangunan berasingan yang letaknya berdekatan di antara satu sama lain.

Antaranya sebuah muzium mini yang baru dibina.....

Mini muzium.... agak kecil jadi koleksinya juga agak terhad.

Kebanyakkan bahan pameran di muzium mini ini adalah hasil kraftangan masayarakat Murut.

Generasi terkini kaum Murut sedang menghayati keindahan busana tradisional nenek moyang mereka... hehehe!!!

Satu lagi perkara wajib yang anda patut cuba jika berkunjung ke Pusat Kebudayaan Murut adalah.....

Lansaran..... anda tahu apa itu lansaran?

Replika rumah kebudayaan yang sering ditemui di perkampungan kaum Murut. Bangunan sebegini berfungsi sebagai tempat bersosial sewaktu majlis keraian atau kenduri-kendara.

Lansaran pasti ada dalam setiap rumah kebudayaan kaum Murut.

Asal-usul lansaran. Jadi sekarang anda sudah tahu apa itu lansaran kan?

Inilah lansaran, pelantar yang bila dihentak dengan kaki akan berayun dan mengeluarkan bunyi mengikut rentak tertentu.

Lansaran letaknya di tengah-tengah dewan rumah kebudayaan, penonton akan duduk-duduk ditepi sambil bersembang atau minum-minum.

Jika anda mendongak ke atas dari lansaran, jangan terkejut beruk kalau anda tiba-tiba nampak kaki terjuluq..... hehehe. Kadang kala duit turut digantung, sapa yang paling kuat melantun di atas lansaran dan dapat capai kaki atau duit yang digantung dikira sebagai champion.

Ada dapur untuk memasak.... bila sebahagian penduduk kampung sibuk bermain lansaran manakala yang lainnya lepak-lepak sambil minum tapai, akan ada juga yang akan bertugas sebagai tukang masak untuk menyediakan juadah mereka yang datang untuk berpesta ria.

Mengikut cerita, kaum Murut dahulu kala boleh bersantai bersuka ria berhari-hari lamanya jika ada majlis keraian atau perkahwinan. Satu kampung akan melepak-lepak di rumah kebudayaan untuk menari, main lansaran, minum tapai dan makan-makan.  

Apa machiam?

Seronok tak bila baca aktiviti ambo sekeluarga di Pusat Kebudayaan Murut?

Ambo cadangkan anda masukkan sekali tempat ini dalam senarai wajib kunjung bila bercuti ke Sabah. Banyak ilmu baru akan anda perolehi.

Jadi ambo tinggalkan dulu Pusat Kebudayaan Murut dengan seribu satu kenangan dan pengetahuan.

Next entri kita bersembang aktiviti di Kota Kinabalu pula.... atau pun kalau sempat berkaitan dengan Taman Pertanian Tenom di Lagud Seberang.

Sekian.

6 comments:

  1. jauh ke tempat ni dri pekan tenom?

    ReplyDelete
  2. where is the nearby accommodation?can u give me the link for it?..thank u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkasa Hotel Tenom http://www.perkasahotel.com.my/pht.html

      Orchid Hotel Tenom +6087 - 736 600

      Delete