Wednesday 8 January 2014

Wordless Wednesday - Sesi Uji Bakat Skool of Lawak @ 1Borneo, Kota Kinabalu



As-salam readers DSKB,

Belum terlewat rasanya untuk ambo ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers DSKB yang budiman. 

Lama betul DSKB tidak berupdate.... bukan apa, hujung tahun dan awal tahun memang agak suntuk masanya.... banyak perkara yang perlu diurus dan diselesaikan. 


Perkongsian cerita di DSKB pun banyak yang tertangguh.... antaranya kisah percutian ke Negeri Di Bawah Bayu buat kesekian kalinya. Inshaa Allah jika berkesempatan, akan ambo update percutian kami sekeluarga di sana.

Cuma pada hari ini, ambo nak kongsi sedikit pengalaman ambo mengikuti sesi uji bakat (sebagai penonton ye, bukan peserta.... hehehe) rancangan TV realiti terbaru terbitan Asteruk..... Skool of Lawak. 

Sesi uji bakat tersebut diadakan di 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu.

Kebetulan pada masa itu ambo dan HM sedang ronda-ronda 1Borneo, sementara menunggu kebenaran untuk check-in di Grand Borneo Hotel. 

Jadi selepas penat menjelajah dari satu kedai ke satu kedai yang lain, ambo dan HM rehat sekejap untuk menonton sesi uji bakat Skool of Lawak.

Menonton sambil jadi juri tak bertauliah..... hehehehe. Komen dan ngomel untuk diri sendiri sahaja. Kebanyakkan peserta yang datang untuk uji bakat ok-ok saja, biasalah kan.... first timer.... kira ok lah.

Cuma yang ambo mushkil.... kenapa lately watak Mak Nyah cukup diminati oleh peserta dan sebahagian penonton? 

Salah seorang peserta lelaki siap dressing skirt ketat mendat..... kalau shantek tak apa jugalah.... ini hazab bukan main kekdahnya der.

Ok.... ok.... ambo bukan nak discriminate golongan GAY atau golongan Mak Nyah ye.... cuma mushkil kerana lately watak Nyah macam dah jadi acara wajib untuk setiap rancangan.... dalam Upin dan Ipin pun ada (watak Salleh aka Kak Sally!!!!!), Maharaja Lawak pun ada.... lagi dan lagi.....

IMHO, tak perlu rasanya dipromosikan watak sedemikian.... kita kalau boleh nak kurangkan.... bukan makin dipromosikan secara tidak langsung.... anyway itu cuma pendapat peribadi ambo.

Oppsssss.... Wordless Wednesday tak boleh type banyak-banyak kan.... okies!!!!!

Sekian dulu untuk kali ini, semoga ketemu lagi dalam entry yang seterusnya.

Wassalam.

2 comments:

  1. Wordless tapi tulisannya dah berjela-jela... :d

    Salam perkenalan dan mem follow blog awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah dan follow ^_^..... wordless jadi berjela sebab dan berminggu tak jenguk blog.... hehehe

      Delete