Monday, 3 February 2014

Trip Ke The Mines Seri Kembangan

Bila muncul saja hujung minggu yang panjang, kepaler mulalah terpikiaq nak gi mana. Kalau ikutkan isi poket, malas nak keluaq sebenarnya. Faham sajalah, rate hotel for sure mencanak naik, itu belum lagi kena redah kesesakkan jalan raya. Tapi bila difikirkan anak-anak yang merengek nak berjalan, redho sajalah.

Kami tak gi jauh mana pun sebenarnya, cuma ke The Mines Seri Kembangan. Kalau diikutkan, kali terakhir kami ke sini pada tahun 2008. Masa masih belajar dulu, The Mines memang tempat ambo dan HM lepak-lepak dan berpoya-poya. Bila dah pindah ke TGM sebab kerja, memang kami tak jejak kaki dah ke The Mines.

Oklah, bawa anak-anak berjalan sambil mengimbau kenangan lama hehehe.

Kami keluar dari rumah kira-kira jam 9ish gitu, laluan menuju selatan memang lancar tapi menghala utara agak sibuk. Dengan keadaan jalan yang clear menuju selatan, dalam sejam setengah saja kami sudah terpacak depan The Mines. Itu pun sebab terbabas masuk ke lebuhraya Silk. Maklum dah lama tak ke Seri Kembangan, dah lupa laluan masuk ke The Mines.

Motip picca ini? Nak bagi mudah ingat laluan ke tempat kami parking kereta..... hehehe. Ambo memang ambil berat benda-benda simple sebegini, sebab kekadang boleh terlupa kat mana letak kereta.

Kami tiba agak awal sebenarnya, lagi pula banyak kedai tutup sempena Chinese New Year.

Ini amoi mesti kena paksa kerja oleh majikan.... kesian!!!
Tapi tak apa, kedai banyak tutup pun ok sebab kami bukan ke sini untuk shopping tapi nak bawa anak-anak merasa naik benda ni!!!

Nak gi Venice entah bila rezekinya. The Mines pun jadilah ye anak-anak!!!

Ambo pernah naik benda ni bersama HM, masa tu masih belum kawen. Mertua pun ada sama, a few years later bawa anak-anak pula untuk merasai angin sepui-sepui bahasa The Mines Lakes.

Jadi berapa harga tiket untuk naik The Mines Cruise?

Ada banyak options..... pada ambo yang golongan marhain ini, agak mahal juga harga tiketnya tapi mengenangkan kegembiraan anak-anak, pejam mata sajalah.

Antara pakej yang ada adalah;

Amazing Cruise menyusuri Tasik Utara dan Tasik Selatan selama 50 minit. Harga dewasa adalah RM33 manakala kanak-kanak pula adalah RM24.

Discovery Cruise menyusuri hanya Tasik Utara selama  40 minit. Harga tiket RM27 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak.

Greenery Cruise menyusuri Tasik Selatan selama  15 minit. Harga tiket dewasa adalah RM22 dan kanak-kanak RM17.

Amazing Cruise for 2 adults + 2 kids, total RM114. Berbaloi atau tidak.... bergantung. For kids memang priceless sebab pengalaman baru. Kita tengok anak-anak happy, kita pun happy. Tapi for myself as an adult, rasa membazir pun ada sebab terusan di The Mines macam dah tak terjaga, sampah sarap berapungan. Apa hal ni der? 

Ada pakej-pakej lain juga seperti Splash Tour. Splash Tour ini menerokai The Mines Lakes dengan menaiki kenderaan amfibia, kenderaan yang boleh bergerak di daratan juga di air. Kami tak berminat dengan Splash Tour sebab dah buat masa di Langkawi dulu.

Jangan lupa beli makanan ikan sama sebab nanti bot akan berhenti di dua lokasi untuk beri ikan makan. Kanak-kanak memang suka.

Jangan lupa juga beli minuman dan makanan ringan buat alas perut. Memang pada tiket ada tulis tak boleh bawa minuman dan makanan. Gilo ko!!! Kita bukan kat Europe musim luruh ke hapa, tapi kat Seri Kembangan je pun, panas bukan main. Dekat sejam atas bot mahu meroyan anak korang kehausan & kelaparan. Operator bot tak check dan tak kisah pun sebenarnya, tapi kaver-kaver la sikit.

Nak naik cruise ada masa tertentu ikut jadual, biasanya setiap satu jam. Kalau terlalu awal, korang boleh jalan-jalan dulu, kalau dah dekat masa bot berlepas, korang boleh lepak-lepak tepi terusan The Mines. Dulu banyak ikan keli besar-besar lengan, sekarang pun ada tapi sampah pun banyak juga. Sedih ambo tengok!!!

Ini ada picca sikit, kita tengok picca sambil bercerita k;

Satu cruise dengan kami ada satu family Arab. Ambo kekadang skeptikal sikit dengan peel kaum Arab ni, tapi yang ni kira ok sebab jenis tak banyak kerenah.

Lupa nak cerita, masa menunggu bot kami berlepas, ambo nampak ada dua budak kecik ni dalam usia anak-anak ambo jugalah. Menyelinap beberapa kali ke tempat bot ditambat. Ambo faham, budak-budak, itu cara dia bagitahu parents dia yang dia berminat nak naik bot machiam orang lain.

Sedih pula ambo tengok, banyak kali bapak dia panggil. Tapi dia balik-balik menyelinap masuk ke tempat bot. Bapak dia dah naik angin agaknya, terus tarik budak tu keluar. Mungkin bapak dia rasa machiam tak berbaloi agaknya, lagipun bukan murah tiket nak naik. RM20 pun dah mahal bagi golongan miskin bandar machiam ambo sekeluarga, jadi ambo faham sangat kenapa bapak budak tu tak kasi anak-anak dia naik bot.

Tapi kan, rasa buduh dan tertipu pun ada. Tetiba rasa bapak budak tadi lagi cerdik. Bukan apa, lepas cruise berlepas dan menyusuri terusan, apa yang ambo nampak cuma sampah sarap yang berapungan. Kita bayaq mahal-mahal sebab nak nikmati keindahan, bukan nak sakitkan mata dengan sampah sarap. Tak ada inisiatif ke nak kasi bersih?

Bila mata tertoleh pada tebing terusan pula, nampak arca dan replika yang dah lusuh. Bunga-bungaan pun hidup segan mati tak mau. Langsung tak kena pulihara, bayaq mahal-mahal tak kan ini yang kita nak tengok ye tak? Kalau duit berkepuq-kepuq tak der hal kot, tapi bagi ambo yang belanja duit yang tak seberapa untuk kegembiraan anak-anak, memang ada rasa tak puas hati. Kalau korang tak tahulah.

Ini dalam kunci air yang memisahkan terusan dengan tasik. Machiam kat Europe tu, bot dari arah terusan kena masuk ke kawasan kunci air kemudian paras air akan turun sedikit demi sedikit supaya sama dengan paras air tasik. Tak reti nak explain lebih-lebih la der..... hehehe.

Sedikit info & trivia berkaitan The Mines. Rupanya The Mines bekas lombong yang dipulihara sebagai tempat rekreasi. Korang bacalah sementara tunggu paras air terusan turun menyamai paras air tasik. Agak lama juga dalam kunci air ni, patutlah Amazing Cruise kena ambil masa sampai 50 minit.  

Ok anak-anak, pintu kunci air sebelah tasik sudah terbuka..... jom kita pakat-pakat cruising tengok keindahan tasik The Mines. Ambo tak sabor nak keluar dari kunci air bukan apa, tak tahan dengan bau hanyir!!!!

Seronok tak naik bot menyusuri Tasik The Mines?

Anak-anak memanglah seronok sebab pengalaman baru tapi ambo sebagai parents memang rasa sedikit kachewa lepas nampak sampah sarap dalam terusan tadi dan arca yang terbiar tanpa jagaan sempurna.

Lagi pun tak ada apa sangat nak dilihat, cuma padang golf di persisiran Tasik Utara, dan beberapa buah bangunan komersial.

Di Tasik Utara, cruise akan berhenti sekejap berhampiran dengan lokasi Palace of The Golden Horses, untuk aktiviti memberi ikan makan.

Palace of Golden Horses..... gah pada nama dan saiz bangunan. Pernahkan anda menginap di sini? Ambo belom!!!

Mula-mula ambo konpius..... ini aktiviti beri ikan makan ke aktiviti beri burung merpati makan? Burung-burung ini sudah terbiasa rupanya, asal ada bot yang datang mereka pun tumpang menyibuk..... sibuk mahu makan makanan ikan.

Lepas campak dedak ikan ke tasik baru berbondong-bondong ikan keli timbul. Besar-besar, lebih besar dari lengan ambo!!!

Lepas bagi ikan makan, cruise bergerak lagi untuk cuci mata sekitar Tasik Utara, sebelum kembali ke The Mines untuk terokai Tasik Selatan pula. Untuk ke Tasik Selatan kena masuk kunci air sekali lagi.

Pemandangan Tasik Utara!!!

Kunci terusan.

Captain bot pun kebosanan sebab memang ambil masa untuk memastikan aras air dalam kunci air menyamai kedalaman terusan. Agak-agaknya dalam kunci air pun dah dekat-dekat 15 minit - nak masuk ke Tasik Utara dan kembali ke The Mines.

Okies.... hampir naik ke terusan. Sabor ye anak-anak!!!

Boleh baca benda ni buat isi masa - memang ambo rasa lama betul dalam kunci air, dah lah dengan bau hanyir dan sampah sarap yang terperangkap. Langsung tak ada fefeeling kat obersea.

Mana-mana penumpang yang tak ambil pakej Amazing Cruise akan diturunkan di The Mines. Manakala yang lain akan meneruskan perjalanan ke Tasik Selatan. Tak sebesar Tasik Utara, dan tak ada benda untuk dilihat pun kecuali kediaman mewah golongan yang dah tak tahu nak buang duit ke mana.

Kaya raya betul depa ni, depan rumah berderet BMW, belakang rumah pula siap parking bot mewah. Ada satu bot nama Syazean, owner dia Malay bertahap billionaires agaknya, ambo tumpang bangga bila tengok orang kita dah mampu jadi kaya raya seperti bangsa asing.

Kat Tasik Utara pun ada aktiviti bagi ikan makan, tak de aktiviti lain ke der?

Berduyun-duyun depa mai makan. 
Angsa pun mai tumpang makan sama.

Pemilik banglo tepi tasik siap ternak angsa.... hitam ada putih pun ada.

Ambo yang belum sejam ni dah rasa busan, mamat Bangla yang jadi kapitan ini lagilah agaknya.... hari-hari dok bawa bot pergi tempat sama.

Itu sajalah aktiviti Amazing Cruise, mengelilingi Tasik Utara dan Tasik Selatan sambil bagi ikan keli makan. 

Amachiam?

Rasa berbaloi tak, hehehehehe.

IMHO, ini pada pendapat ambo sajalah. The Mines Cruise memang dah sama tahap dengan I-City kat Shah Alam. Sama tahap dari segi mengenakan charge yang melampau. Setiap sen yang dikeluarkan tak sama level dengan apa yang ditawarkan oleh pihak pengendali.

Oklah, bunyi machiam tak best tapi demi kegembiraan anak-anak, machiam ambo cakap awal-awal tadi, pejam mata sudahlah.

Kembali untuk kali yang seterusnya, tak akan dan tak mungkin.

Naik bot sudah, apa pula anak-anak?

Main games? Biaso ko nih.......

Kat rumah dah ada PS II dan i-Pad kan..... buat apa masuk sini? Pusat hiburan keluarga kunun, ambo rasa ini tempat seisi keluarga menghabiskan duit poket yang tak seberapa.

Time untuk makan-makan!!!

Di food court The Mines dulu ada seorang uncle yang cukup handal memasak claypot chicken rice dan sizzling noodles. Tapi uncle tu dah pencen, dia punya kiosk pun orang lain dah ambil alih.

Sizzling chicken with mushroom yee mee and egg. Nampak sama machiam dulu tapi rasa memang out, machiam ada yang kureng.

Alang-alang sudah sampai The Mines, ambo order jugalah sizzling noodles walaupun pemiliknya sudah bertukar tangan. Tapi rasanya dah tak sesedap dulu, machiam kurang ingredients pula. Hampa..... hampa...... mana nak cari sizzling noodles yang shodap ye?

Cadang lepas The Mines nak pergi jalan-jalan sekitar Bangi dan Kajang tapi rasa machiam tak cukup masa pula. Sempat singgah Hentian Kajang sekejap sekadar untuk mengimbau kenangan lama, kemudian terus masuk highway untuk balik ke TGM.

Tempat jatuh lagi dikenang, ini pula tempat ambo tidur lena dimalam hari selepas seharian berpenat lelah di kampus.

Laluan Plus menuju utara memang happening, banyak kereta wei tapi masih lancar. Cuma bila nak masuk tol ke TGM, banyak giler kereta sampai kena beratur panjang. Ada member yang balik lewat sikit dari ambo, kena beratur dekat sejam untuk lepasi plaza tol. Mana urang mahu pigi, mau makan pau Yik Mun ka?

Sesekali dalam setahun merasa kami penduduk TGM terperangkat dalam kesesakkan trafik di plaza tol TGM.

Masing-masing jejak rumah terus pengsan sampai ke Maghrib. Hekelleh...... machiam korang yang drive hehehe.

Roger & out.

3 comments:

  1. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

    Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

    Muzium Anatomi Haiwan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

    Ladang Putra Dairy Farm
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

    Galeri Serdang
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

    Muzium Anatomi Manusia
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

    Taman Konservatori UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

    Pusat Ekuin UPM
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386

    ReplyDelete