Thursday 6 February 2014

Cyclone Car Wash and Auto Spa Tanjong Malim.....

Mamat Bangla yang kerja kat sini memang kaki upsale. Machiam peluru mereka pakat promote perkhidmatan yang ada, lepas kita setuju satu mereka push suruh ambil package yang lain pula.....

Antara package yang ada di Cyclone Car Wash adalah.....

Manis mulut boleh runding kasi rendah harga. Kompem cair hati abang Bangla dengan pujuk rayu, kalau jantan biasa dema tak bape nak layan.... hehehehe.


Kalau singgah sini make sure hati kena kering, silap-silap tergoda nak ambil semua package. Lagi-lagi kalau yang jenis anggap kereta sebagai binik nombor 2.

Ambo pun terkena juga sebenarnya, maklumlah sayang kereta. Dari asalnya cuma nak wax terbabas kepada package-package yang lain. Tapi tawar menawar tetap ada....... bolehlah kurang sikit harga.

Antara yang ambo buat adalah....

Polish dan wax, 2 buah kereta = RM150 x 2 = RM300
Cuci kusyen, 2 buah kereta = RM110 + RM130 = RM240
Polish cermin,  2 buah kereta = RM120 x 2 = RM240
Anti-bacteria treatment, 1 buah kereta = RM25

Total = RM805

Selain dapat kurangkan harga yang tak seberapa, dapat perkhidmatan percuma untuk.....

Cuci enjin kereta, satu kereta RM15..... FOC untuk kedua-dua buah kereta.

Anti-bacteria treatment, satu kereta RM25..... FOC untuk sebuah kereta.

Ranap sebahagian duit bonus semata-mata nak jaga kereta..... sayang kereta punya pasal nak buat machiam mana ye tak.

Machiam mana dengan kualiti kerja?

IMHO..... memang ok, kira puas hati jugalah. 

Berkilat-kilat kereta lepas kena polish, kusyen pun sudah bebas habuk..... 8 tahun guna kereta sekali pun tak pernah bersihkan tempat duduk.

Polish macha jangan tak polish!!!

Cubalah ke Cyclone kalau berkesempatan, tapi kalau buat sendiri kat rumah pun boleh, kena rajinlah. Selain keluar peluh, duit pun dapat jimat kalau buat sendiri. Cuma ambo ni pemalas..... hehehehe.

Lupa nak habaq..... Cyclone Car Wash ini letaknya dibelakang BHP petrol station, Jalan Besar Slim.   

Roger & out.

No comments:

Post a Comment