Saturday, 15 February 2014

V Day..... Valentine's Day atau Vagina's Day?

Saban tahun, sejurus sahaja sambutan Hari Kekasih atau lebih Western dengan panggilan Valentine's Day berakhir maka akan terpampanglah di dada-dada akhbar akan berita pasangan ditangkap khalwat. 

Antaranya adalah.....

Georgetown: Lima wanita dan tiga lelaki berstatus suami dan isteri orang antara sembilan pasangan kekasih dicekup disyaki berkhalwat dalam Ops Jejak Kasih di beberapa hotel di seluruh daerah Seberang Perai awal pagi tadi.

Harian Metro 15 Feb 2014

Kuala Lumpur: Ten including an underage couple were detained for alleged khalwat (close proximity) following a Valentine's Day raid as several hot spots in the city by officers from Department of Federal Territory Islamic Affairs to curb vice among Muslims.

The Star 14 Feb 2014

Itu antara yang tertangkap..... yang terlepas?

Kalau dulu hanya muda-mudi remaja pendek akal yang biasanya tertangkap, kini yang berstatus laki bini orang pun turut sama galak menyambut Valentine's Day bersama kekasih gelap masing-masing.

Lagi parah, ada yang sudah menjangkau usia senja..... rumah kata pergi, kubur kata mari pun tidak mahu kalah ber Valentine's sama sehingga tertangkap oleh pihak berkuasa agama di hotel-hotel murah.

Pihak berkuasa agama sememangnya secara konsisten sejak dari dulu melarang umat Islam menyambut Valentine's Day kerana bertentangan dengan ajaran agama kita.

Memang terbukti pun keburukkan menyambut Valentine's Day dikalangan umat Islam. Dating bersama kekasih terbawa-bawa sehingga ke bilik-bilik hotel. Kononnya untuk lebih privacy..... privacy kepala atuk hang!!!!!

Hotel murahan pula tu....... dah lah sengkek, ada hati nak buat maksiat..... puihhhhhhhhh!!!!!!

Bila jantan betina berdua-duaan di bilik hotel, sudah tentulah akan menjurus kepada aktiviti perj*b*ran. Maka kalau tak kena gaya, sembilan bulan dari sekarang ramailah anak-anak luar nikah bakal dilahirkan (anak-anak itu lahirnya suci tanpa dosa). 

Lebih malang lagi, berapa banyak bayi yang tidak berdosa akan ditemui di mana-mana longkang atau tong sampah pada bulan November 2014 yang akan datang?

Nampak tak antara keburukkan kalau sambut Valentine's Day selain dari sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam?

Ok...... statement ambo ini khusus untuk umat Islam sahaja ye. For non-Muslim, ambo tak mahu campur.

Jadi sama-samalah kita war-warkan..... say NO to Valentine's Day!!!!!

Roger & out.

No comments:

Post a Comment