Pada pendapat ambe, Lampuneon Cafe antara cafe yang wajib dikunjungi di Tg Malim jika anda peminat western food. Ingat western food ingat Lampuneon, iklan mencelah kejap.
Nama Lampuneon Cafe sememangnya telah lama menjadi sebutan dikalangan peminat tegar western food. Google sahaja LAMPUNEON CAFE, nah amek ko berderet-deret bloggers dah buat review.
Ambe gak yang ketinggalan ketapi!!! Hina dina tul muahahahaa!!!
Ketinggalan pun ambe sampai gak akhirnya, selow2 dayung bak kata kitab Tajul Muluk.
Pestaim masuk Lampuneon, ambe dah terkesima sebab cafe ini penuh dengan hantu dan jembalang!!!
Kome jangan pula salah paham, bukan pemilik Lampuneon kaki bela jembalang pelaris tapi jembalang kumpulan rock heavy/black metal.
Rupanya pemilik peminat tegar muzik heavy/black metal. Dinding cafe penuh dengan poster Metallica, Megadeth, Death, Death Sana dan Death Sini - pelik ambe, apesal depa ni suka bebenor letak death kat nama group depa. T-shirt pulak sah2 kaler hitam legam dengan logo tengkorak sana-sini.
Dah jadi machiam muzium muzik metal dah. Tapi kalau diikutkan kata pemilik, memang itulah antara impian beliau. Koleksi items berkaitan muzik metal memang banyak dalam simpanan beliau, kalau dapat buka galeri paling kurang pun kalau bukan muzium memang dah ngam sangat dah tu.
Ambe sempat bersembang dengan pemilik Lampuneon, tapi lupa plak nak tanya nama. Menurut beliau, kesemua items yang dipamerkan seperti poster, t-shirt dan lain2 adalah original dan tiada yang copycat Made in China atau Siam. Semuanya adalah ori dah harganya ada yang mencecah ribuan ringgit.
Amek ko, t-shirt hitam berkerak sehelai boleh cecah harga ribu riban!!! Siap frame lagi tuh, kemudian tepek kat dinding belakang kaunter. Kut hampa ada peluang singgah Lampuneon, cuba2 lah jeling harga t-shirt yang harga ribu riban tuh.
Ini pun katanya baru balik dari UK, layan konsert metal kat sana. Ye lah, nak tunggu ada konsert metal kat Mesia entah bila nak diluluskan oleh pihak berkuasa. Bagi peminat yang loaded macam pemilik no hal untuk ke obersea, peminat cikai duk langu je lah kat kampung, contohnya my brade in law muahahaha!!!
Ok, perut dah lapar, jom kita order makan dulu.
Menu istimewa kat sini sah2 western food tapi bila tengok menu makanan melayu biasa pun ada seperti nasi goreng dan mee goreng.
Tapi kalau ikut pengalaman ambe le kan, kalau gi cafe yang kepakaran dia western food, jangan le kome gatal miang nak order eastern/nusantara food. Memang ke laut rasanya, baik kita order benda yang jadi kepakaran mereka.
So, untuk kunjungan pertama ini, kami sekeluarga & friends order chicken chop dan dimmu burger. Amek ko pelik bebenor nama burger depa, dimmu!!!
Cite je tak best, meh ambe tepek gambor maka hang pa leh tengok machiam mana rupa paras dimmu burger;
Dimmu burger, boleh pilih chicken or beef (RM 6)
Chicken chop with rice (RM 9)
Mango milkshake
Milkshake apa ntah dah lupa, milo kut
Amachiam, menaikkan selera tak?
Presentation biasa2 je kan tapi rasa memang umph. Kekuatan dimmu burger bukan pada roti dan fries tapi pada huruf D. Tanpa D dimmu akan jadi Ummu Jah mahupun emu ostrich muahahaha!
Ok serius, sedap dimmu burger terletak pada sos. Sos yang digunakan, sos apa ntah, memang sedap dan secukup rasa. Well blended kata orang kampung ambe.
Chicken chop anak2 yang makan, jadi ambe tak reti nak komen sedap ke tak. Tapi tengok sampai licin depa bedal, kira sedap le tu kut.
Milkshake toksah cerita le kome, memang inzal dibuatnya bila ku hirup dan ku sedut. Nak lagi dan lagi dibuatnya.
Dah mana pula datangnya char kuey teow special ni?
Kalau nak tahu, sebelah menyebelah dengan Lampuneon Cafe, salah seorang top blogger Malaya iaitu Bro Framestone ada buka gerai char kuey teow.
Memang lazat hasil tangan bro, sampai 2 pinggan ambe bedal. Ramai dah bloggers duk review pasal Bro Char Kuey Teow. Nanti next entri ambe review ye.
Kembali ke Lampuneon, usha2 sekitar jap sambil makan.
Suasana cafe cukup santai dengan kerusi warna garang
Item yang menjadi koleksi peribadi pemilik, bukan untuk dijual katanya
Nampak tak t-shirt hitam berkerak yang dibingkai rapi kat belakang cashier, harga ribu riban tuh!
Jadi, kami sudah anda bila lagi?
Machiam mana untuk ke Lampuneon?
Local tak de masalah kut nak cari. Dekat je dengan Elite Futsal dan stesen ketapi Tg Malim. Kalau outsiders, naik je ETS, turun dari ETS dan keluar dari kawasan stesen, seberang jalan je pun Lampuneon ni.
Info lanjut seperti berikut;
Alamat;
Lampuneon Cafe
Lot 8138 Unit 153D & 153E
Jalan Ketoyong
35900 Tanjong Malim, Perak.
GPS: N/A
Phone: N/A
FB: lampuneon
IG: lampuneoncafe
No comments:
Post a Comment