Friday, 30 October 2015

ReVieW HoTeL JeLai HiLLVieW KuaLa LiPiS


Hotel Jelai Hillview
No. 7 Jalan Bukit Bius
27200 Kuala Lipis
Pahang.

Tel : +609-312 3598
Fax : _609-312 1192 
Website : Hotel Jelai

Jaringan Hotel Jelai memang merata sekitar Pahang - Temerloh, Mentakab, Raub dan Kuala Lipis.

Kuala Lipis sahaja ada 3 buah hotel di bawah kelolaan kumpulan Hotel Jelai iaitu Hotel Jelai Hillview, Hotel Jelai Riverside dan Hotel Bestari.

Hotel Jelai yang ambe sekeluarga inap ini namanya Hotel Jelai Hillview, letaknya di Jalan Bukit Bius, Kuala Lipis. Tapi pada signage tiada word Hillview, tulis Hotel Jelai je. Hill mana nak di 'viewed' kan pun kami tak tahu. Tak jumpa bukit sebab check-in waktu malam.

Kami sebenarnya teruja untuk menginap di Hotel Jelai sebab terpegun dengan review salah seorang blogger. Rupanya review tersebut untuk Hotel Jelai di Raub nun, yang masih baru dan glooming.

Hotel Jelai Hillview yang di Kuala Lipis ini rupanya run-down hotel de, hotel lama yang sudah dimamah usia. Nasib badan, tapi ok lah nak tido semalaman je pun.

Rate bilik cukup murah;


Standard room muat 2 orang @ RM58, Deluxe muat 3 orang @ RM80 dan Family room muat 4 orang @ RM90.

Murah giler, mana nak cari bilik murah gitu. Deposit pun mintak RM10 je. Gila kentang murah kalau guna Aussie Dollar. Tetiba terimbau kenangan zaman earning Aussie Dollar.

Keadaan bilik, biarkan gambir gambar berbicara;


Bilik kami di tingkat 1.

Lorong belakang mati menuju ke bilik.

Sebelah bilik nampak benda ni!

Dan juga ini, dah nak runtuh dah pun!

Buka pintu bilik nampak 2 katil sebegini.

Almari untuk mekap-mekapan.

Belum apa2 lagi anak2 dah terkam buka TV, siaran biasa je nak.

Dongak ke langit nampak ada kesan retak sikit, tak runtuh kut!

Ada air mineral free botol besar, haus banget.

Rasa nak terkucil pula, check tandas, ok ada chop SIRIM.

Overall kira ok lah dengan harga dan kedudukan. Sejujurnya hotel ini agak usang dan perlu dibaikpulih untuk keselesaan pengunjung. 

Namun kebersihan boleh dipuji, lama tapi bersih kira oklah dengan harganya. Lantai tidak berpasir, tandas pun tak adalah berlumut bagai, cadar biasalah kaler putih nampak usang tapi tak adalah jumpa rambut ke hape.

WiFi dalam tablet ada nampak signal tapi kena ada password. Malas nak turun ke reception untuk mintak password, kami guna saja data sendirian berhad.

Location wise, dekat dengan satu lagi hotel usang di Kuala Lipis iaitu Centre Point dan dekat juga dengan tapak pasar malam.

Harga murah tapi mana pintu masuk ke Centre Point Hotel, kompius ambe.

Tapak pasar malam depan Hotel Jelai, kami dinner dengan nasi ayam yang dibeli sini je. Air singgah kedai runcit uncle India.

Next time kalau singgah Kuala Lipis lagi mungkin cuba untuk menginap di Hotel Jelai Riverside atau Hotel Bestari pula. Kita cuba try test kesemua adik beradik dia.

Final verdict : Recommended for a nite stay dan kalau bukan jenis cerewet. Kalau nak selesa sikit dengan hotel yang agak baru, check-in sajalah di Plaza Hotel Kuala Lipis. Obviously this hotel not for you kalau jenis cerewet banyak.

Sekian.

No comments:

Post a Comment