Thursday, 29 October 2015

ReSToRaN GaRDeN SeaFooD TaNJoNG MaLiM - HiDaNGaN CiNa MuSLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Kita mulakan entri ini dengan trivia bunguk, apa beza seabrass dengan groper fish?

Guna pakai intonasi cikgu inggelish berbangsa yindia;

Dey thamby, seabrass itu nama malayu dia ikan siakap, groper itu ikan kerapu. Itu pun tara tau ka cheet poodah!!!

Adeh hina dina betul rasanya, nak makan ikan siakap tapi terorder ikan kerapu sebab salah paham. Ku hingatkan groper tu siakap rupanya kerapu.

Buduh sombong punya pasal, ade je pun menu bahasa melayu, nak jugak tengok menu berbahasa inggelish, cheet poodah!!!

Insiden tak boleh belah ini berlaku masa ambe sekeluarga keluar untuk dinner semalam. Dinner dekat2 rumah je pun, Garden Seafood Tanjong Malim.

A few years back (speaking nak back up tak reti beza seabrass dengan groper fish), ambe dan wife antara pelanggan setia Garden Seafood. Then lepas ada anak dan pindah randah sana-sini kami langsung tak jengah Garden Seafood.

Tetiba semalam terpanggil semula untuk ke sini semula. Garden Seafood ini merupakan salah satu resto yang menyajikan hidangan Cina Muslim di Tanjong Malim.

Satu resto lagi adalaha Garden Deli, kira depa ni adik beradik sama bapak sama mamak. Kedua-duanya ada sijil halal tertempek di belakang meja cashier.

Deko dalaman kedai.

Jika tidak silap, owner Garden Seafood/Garden Deli berketurunan baba nyonya Melaka (maaf jika ambe tersilap), jadi dekorasi dalaman dihias indah dengan gajet2 lama.

Antaranya jam2 lama, seterika arang dan banyak lagi sebenarnya kalau diikutkan lima atau enam tahun lepas. Kini banyak yang telah tiada, mungkin disimpan sementara kerana kedai seperti dalam proses renovasi.

Uncle yang entertained kami memang peramah dan fasih berbahasa melayu. Tapi kerek gak ambe nak sebut makanan dalam bahasa inggelish sampai tersilap order, hamek ko!!!

Menu-menuan, daging rusa pun hado!

Antara yang kami order adalah sweet and sour groper fish. Memang target nak makan ikan dah dari tadi, ikan siakap tapi bukan ikan kerapu!!

Tamak punya pasal kami order juga honey squid, home made tauhu, telur dadar tak boleh tinggal dan salted kailan. Asal nak makan kangkung goreng belacan tapi stok kangkung uncle kata sudah habis walau belacan masih banyak kat dapur.

Minuman berbagai ragam, segelas air tembikai, segelas fresh orange, segelas lychee dan segelas teh ais.

Sementara menunggu makanan sampai, ambe main2 snap gambar sikit nak tayang kat hang pa.

Lagi dalaman Garden Seafood.

Koleksi jam antik tertempek kemas pada dinding.

Ini pula koleksi seterika arang. Teringat dulu kat kampung pun ada satu tapi dah kena curik. Lahanat sungguh pencurik itu.

Masa kami datang orang tak ramai jadi belum panas montot kat kerusi makanan yang kami order telah sampai. Memang sejak dari dulu, tak pernah makanan lambat sampai. Pendek kata ngam2 dia punya timing.

Fresh watermelon@RM3.80, fresh orange@RM3.80, lychee@RM5 dan teh ais@RM3.50

Adeh lapo punya pasal sampai lupa nak snap gambar. Dah kenyang sambil meratah ikan baru teringat belum petik kamera.

Sweet and sour groper fish @ RM47 for small size. Pestaim rasanya makan ikan kerapu ni, sedap tapi tak sesedap ikan siakap. For me, daging siakap lebih lazat dan manis berbanding kerapu. Unfair nak komen lebih sebab ambe memang tak suka kerapu!!!

Home made tauhu @ RM9 untuk pinggan kecil. Ini memang sodap, dia punya sos dan kekacang (kacang ke apa ntah, tauchu kut!) memang kami jilat pinggan sampai licin. Memang marbeles kesedapannya. Next time kalau datang pasti akan order lagi.

Honey squid @ RM12 hidangan pinggan kecil, sos dia sedap dan sotong digoreng garing. Anak sulung tak suka makan sebab liat tapi ambe dan anak bongsu bedal habis. Tak lah marbeles tapi sedap jugalah. Namun kesedapan dia tak lah next time datang ada rasa nak order sekali lagi.

Telur dadar @ RM8 also for small portion tapi boleh makan berempat. Ini memang peberet sekeluarga. Pergi makan mana pun mesti order telur dadar.

Nasi putih @ RM1.50 sepinggan. Rasa macam nasi putih kat tempat lain gak la. Kalau pelahap memang tak cukup, tapi kami slow and steady ratah lauk sahaja, jadi no hal portion nasi sikit.

Total damage RM116.71 termasuk 6 peratus GST.

Berbaloi untuk sesekali makan malam bersama keluarga. Tapi kalau hari2 mau kopak duit bapak nak oiiii!!!!

Alamat;
Restoran Garden Seafood
(Garden Seafood Cuisine)
7-8 & 9A Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa, 35900 Tanjong Malim, Perak.

GPS : N/A

Telefon : +605-458 3398 @ +6017-870 3398

Facebook : Garden Seafood


No comments:

Post a Comment