Thursday 9 May 2013

Goa Inn Hotel, Gua Musang - Superior Double


Goa Inn Hotel
PT 8402-8404 
Taman Wangsa Mewangi
Jalan Persiaran Jaya
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel: +609-912 0730
Fax: +609-912 0733
Rates: Superior Twin or Double (RM85), Family Room (RM125)


Review berkaitan Goa Inn ini berasaskan pengalaman peribadi saya sekeluarga sewaktu menginap di sana pada 3/5/2013.

Intro.... Goa Inn merupakan sebuah hotel bajet yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Gua Musang. Lokasinya hanya ditepi jalan utama dan amat hampir dengan segala kemudahan seperti masjid, stesyen minyak, bank dan juga tempat makan (jika anda berkenderaan sendiri amatlah membantu). Bagi sesetengah pelawat ke Taman Negara Merapoh, mereka akan bermalam di Goa Inn & hotel2 lain disekitar Gua Musang kerana jarak di antara GM-Taman Negara Merapoh tidaklah terlalu jauh.


Ruang beristi-rehat @ lounge kata ketua kampung kami - cuma bersebelah dengan front desk. Empuk sofa layan tido best juga - kena charge tak?


Tangga menuju aras 1.... licin berkilat tu!!!!


Naik tangga tadi pusing kiri jumpa ruang tamu @ lounge  ini - selesa banget nak melepak tapi kosong sebab semua dah berdengkur kepenatan kat bilik.


Hujung laluan menuju lounge - tepi tiang tu ada tempat ambil air panas kerana setiap bilik tidak dibekalkan dengan cerek untuk memasak air.

Harga bilik & sarapan.... Kami menginap di bilik superior double dengar harga RM85. Tapi disebabkan kami meminta extra-bed caj tambahan sebanyak RM20 telah dikenakan. Harga hanya untuk penginapan kerana sarapan tidak disediakan untuk pengunjung. Tapi jangan risau terdapat banyak kedai makan disekitar lokasi hotel.


Harga bilik bagi tahun 2013 - Family room (RM125), Superior double or twin (RM85), Superior double + single (RM105) & extra bed (RM20).

Check-in, check-out & staff hotel.... Proses daftar masuk dan keluar amat ringkas & cepat. Staff hotel pun macam dah penat nak senyum, sebab telah lewat malam + pengunjung yang bertali arus.


Akak kita ni tengah check bilik yang masih available.... senyum sikit kak.....
  
Superior double..... Bilik agak kecil memuatkan satu queen bed. Selesa jika anda hanya berdua tapi bagi kami yang seramai 3 orang dewasa + 2 kanak2 amatlah tidak selesa - tapi penat punya pasal lena juga.


Bila letak extra bed terus jadi sesak... keluarga kecil bolehlah tapi kalau satu kereta macam kami kompem kena amik Family Room - tapi fully booked la pulak....


Key chain Goa Inn masih dengan citarasa klasiknya.... design seperti ***tutttttt***


TV pun dah pecah2.... Astro ada rasanya tapi kami tak layan sangat sebab penat + mengantuk.


Adushhh terpusing pula pix ni.... gula + teh + nescafe diletakkan dalam  tupperware kecil. Air panas boleh ambil dari lobi dan ruang tamu aras satu hotel. Kopi jantan (paket kuning) tu saya bawa dari rumah!!!!!

Kebersihan dan kerapian bilik.... berpuas hati dan tak banyak yang nak dirungutkan. Bilik + bilik air bersih dan kemas. Cuma masa kami check-in ada kotoran berlonggok depan pintu masuk bilik kami - ala yang macam rerambut etc, agaknya housekeeping lepas kemaskan bilik kami lupa nak sapu kotoran yang ditinggalkan kat depan pintu - pelanggan bertali arus, housekeeping pun tak menang tangan agaknya. Satu lagi towel kami ada tompok2.......


Nampak tak tompok2 kuning pada towel.... pada cadar pun ada. Staff hotel kata kesan karat disebabkan kualiti air yang dibekalkan oleh Air Kelantan - bila nak selesai isu air ye?

Fasiliti..... free WiFi, air panas diruang lobi, ruang tamu dengan TV LCD 43' dan parkir untuk pelanggan.

Akhir kata.... saya rekomen anda menginap di sini jika berkunjung ke Gua Musang @ Taman Negara Merapoh.

No comments:

Post a Comment