Friday 3 May 2013

Kapchai kena libas dengan Sang Kancil @ Tg Malim

Tergolek budak kapchai ni kena libas dengan Sang Kancil yang memecut lari. Ini kes keluar simpang bajet lepas tapi nasib tak baik sangkut kat line putih.... budak kapchai ni nak keluar simpang dengan penuh bergaya dan seterusnya membelok ke kanan ala-ala Dani Pedrosa penunggang motor GP.....

Tapi sejurus nak belok ke kanan, datang pula Sang Kancil yang dipandu penuh berhemah ala-ala Ricky Stenhouse Jr pemandu kereta lumba NASCAR. Bedebush ditoronnya kapchai biru tanpa sempat membrek.... adoi penunggang kapchai menjerit kesakitan bila kepala lututnya mencium jalan tar kaler hitam.....

Sang Kancil bila selesai menoron si kapchai.... bak habis madu sepah dibuang terus memecut pergi tanpa sempat berterima kasih dengan muka penuh kepuasan (p/s: imaginasi penulis sahaja.... hehehehe).

Nasib penunggang kapchai.... Alhamdulillah nyawanya masih panjang dan dihantar ke hospital oleh uncle drive kereta Toyota yang cukup prihatin. Nasib pemandu Sang Kancil masih tidak dapat dikesan tapi kalau dapat jadi masak lemak cili api la hang....

Sekian laporan dari tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment