Sunday, 19 May 2013

@ Pekan Tapah

Tapah..... letaknya di Daerah Batang Padang, Negeri Perak Darul Ridzuan.

Asal-usul nama Tapah.... katanya ada kaitan dengan peristiwa silam berkaitan ikan Tapah. Apa peristiwanya tidak pula ambo pasti.... nantilah kalau ambo berpeluang bersembang dengan anak jati Tapah, Inshaa Allah ambo buat N3 khusus berkaitan sejarah Tapah.

Nama daerah Batang Padang pula ambo cukup kenal.... bukan kenal apa tapi kalau readers selalui ikuti pengumuman waktu berbuka puasa kat TV, nama daerah Batang Padang memang akan disebut.... 

Telinga ambo memang cepat tangkap nama Batang Padang masa kecik2 dahulu.... mungkin telah ditakdirkan bila ambo dewasa (masa la ni...) ambo akan bermastautin di daerah yang berhampiran Batang Padang.

Apa motip ambo buat N3 kontol kontot ini.... MOTIP?

Motipnya masa pergi UiTM Tapah semalam ambo sempat singgah di Pekan Tapah dan sempat snap a few pixs.... daripada terperap dalam laptop ambo ada baiknya ambo kongsi di sini.

Taman Malaysia Tapah.....


Taman Malaysia Tapah merupakan sebuah taman permainan awam... letaknya di tepi Tapah Road dan bertentangan dengan Pejabat Jurutera Daerah Batang Padang.


Ini pula Pekan Tapah jika dilihat dari arah Taman Malaysia Tapah....


Nampak aman saja kan.... ini sebab weken. Kalau wikdey sesaknya ya ampun!!!!!!

p/s: dari Pekan Tapah tak jauh mana dah kalau nak panjat Cameroon Highland, tapi ahli jemaah tak berminat.....

No comments:

Post a Comment