Tuesday 14 May 2013

GPS Garmin - Model nuvi52LM 2013

Sumber Foto: Google

Garmin memperkenalkan produk terbarunya bagi tahun 2013, nuvi52LM dengan harga mampu milik. Produk terbaru dari Garmin ini amat sesuai bagi mereka yang memerlukan GPS bersaiz 5" yang tidak terlalu kompleks (bagi sesetengah pemilik, fungsi penunjuk arah lebih dari mencukupi). 

Spesifikasi Fizikal Garmin nuvi52LM
Dimensi: 5.5" x 3.4" x 0.8" @ 13.9 x 8.6 x 2.0 cm)
Saiz skrin: 4.4" x 2.5" @ 11.1 x 6.3 cm)
Resolusi paparan: 480 x 273 piksel
Berat: 180.1 g
Bateri: Lithium-ion
Jangka hayat bateri: 2 jam

Maps & memory
Preloaded street map: Available
Lifetime maps update: Available
3D terrain view: N/A
3D buildings & landmarks view: N/A

Menariknya pada fungsi Where Am I - boleh tentukan dimana sebenarnya anda berada disamping maklumat sekitaran seperti hospital terdekat, balai polis, stesyen minyak dan lain-lain.

Bagaimana pula dengan harga - kebanyakkan pengiklan online meletakkan nuvi52LM dengan tanda harga diantara RM499 - RM500++. Agak murah bagi GPS dengan paparan 5".

Tapi anda perlu sedia maklum, pada harga ini beberapa spesifikasi telah diturun taraf - sebagai contoh teknologi bluetooth dan wireless telah dibuang pada versi ini. Begitu juga paparan 3D (terrain view, buildings & landmarks) pun ditiadakan.

Namun kekurangan ini langsung tidak mencacatkan fungsi sebenar nuvi52LM - sebagai penunjuk arah yang bakal membantu anda sampai ke destinasi melalui laluan yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment