Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi Daerah Larut, Matang dan Selama, juga ibu negeri Perak sehinggalah tahun 1937. Nama asal Taiping adalah Klian Pauh yang mana Klian bermaksud lombong manakala pauh pula merujuk pada buah mangga kecil.
Pada zaman kolonial, Taiping atau pada masa itu lebih dikenali sebagai Jajahan Larut amat terkenal sebagai pusat penghasilan bijih timah. Justeru itu penjajah British telah membangunkan pelbagai hasil binaan dan kemudahan yang mana sebahagiannya masih kekal sehingga kini menjadi monumen sejarah.
Rujukan: Wikipedia
Itu dia serba sedikit sejarah dan tanda kenal Bandar Taiping yang terletak dalam daerah yang paling lembap di Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan sekitar 4000 mm setahun menyumbang kepada keunikkan tumbuhan yang hidup subur terutamanya di sekitar Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Ini ditambah lagi dengan tinggalan sejarah kolonial yang menjadikan Taiping dan kawasan sekitarnya menjadi salah satu destinasi wajib kunjung.
Kunjungan ke Taiping kali ini merupakan kali kedua bagi ambo dan HM, kali pertama dulu purely for vacation manakala pada kali ini lebih kepada official field visit. Official field visit pun cuba juga curi-curi masa untuk bersantai dan berwisata kerana bila hujung minggu pun kena kerja, terpaksalah curi tulang sesekali untuk merehatkan badan serta minda.
Kebetulan field visit ambo ke Taiping bertepatan dengan musim cuti sekolah, nak dapatkan tempat penginapan sedikit sukar malahan dengan surcharge yang sedikit tinggi. As usual, sebagai spontaneous traveller, ambo cuma contact pihak hotel untuk tempahan bilik sejurus sebelum bergerak ke Taiping..... memang kerja last minute.... hehehehe. Natijahnya, kebanyakkan hotel idaman hati dan menepati isi poket ambo telah fully-booked.... padan muko den......
Ekcelli, ambo dah list down a few hotels yang sememangnya cucuk dengan kelayakkan ambo tapi pagi nak bertolak baru gegeh nak call hotel idaman qolbu. Akhirnya dapat juga booked Flemington Hotel untuk semalaman, bilik superior dengan kadar RM148 semalaman. Ambo amatlah berpuas hati dengan kondisi hotel yang masih baru, lokasinya pula amat strategik iaitu bertentangan dengan Taman Tasik Taiping. Cuma malangnya bilik superior di Flemington Hotel only available for one nite, the next day yang ada cuma suite pada kadar RM310 semalaman. Memang kopak kalau masuk suite.... pilihan yang ada pindah hotel lain pada hari kedua.
Nak tak nak masa dok lepak-lepak di Flemington Hotel, terpaksa gegeh kembali buka website Agoda untuk cari bilik. Banyak hotel sekitar Taiping sebenarnya cuma nak kena dekat dengan tempat field work dan paling penting kena dengan bajet kompeni. Nanti bukan boleh claimed pun kalau over budget. Pilih punya pilih, terbooked Vistana Micassa Hotel, bilik superior with window dengan kadar RM180 semalaman. Hotel tak sebagus Flemington Hotel tapi harga lebih mahal sebab surcharge untuk weekend plus public holidays.
Ralat juga bila terpaksa downgrade penginapan.... patutnya upgrade baru seronok bekerja sambil bercuti. Tapi tak dapek den nak nolong, spontaneous traveller ye tak? Hehehehe....
Nanti ambo akan buat entry berkaitan untuk review dan berkongsi maklumat mengenai Flemington Hotel dan Hotel Vistana Micassa. Entry yang ini kita sembang-sembang dan kongsi-kongsi catatan perjalanan ambo dan HM ke Taiping buat kali kedua.
Ok kita rewind balik kenangan sejurus sebelum ambo dan HM meninggalkan rumah menuju Taiping.....
Jumaat (29 Nov 2013)
Usai solat Jumaat baru kami tinggalkan rumah menuju Taiping. Itu pun selepas make a phone call untuk booking Flemington Hotel. Bergerak dengan Vios menuju utara (kesian Vios, patut dah kena hantar service, tapi tangguh dulu lah sebab tak sempat), perjalanan agak lancar sebab masih belum banyak kereta.
Masa nak masuk highway dari rumah tadi, gabra juga sebab ada sekatan jalan raya sempena Ops Cantas Trafik.... ambo memang ada 11 saman tertunggak tapi masa lalu depan sekatan.... angkat tangan bagi salam.... dan brader misai dengan senang hati bagi signal untuk ambo teruskan perjalanan. Alhamdulillah..... tak sangkut.....
Ekoran memang dah tak tertanggung dengan beban saman tertunggak maka ambo dengan berhemahnya memandu secara santai. Tak ada apa-apa cerita yang hendak dikongsikan sepanjang perjalanan, cuma bila sampai Hentian Rehat Sg Perak arah utara kami berhenti sekejap for lunch.
Kenderaan yang berhenti memang banyak, terpaksalah tercari-cari tempat parking. Alhamdulillah jumpa satu.... cepat-cepat masuk parking dan berlarian ke rest room sebab dah rasa nak terkucil sangat dah ni. Bila masing-masing dah tertunai hajat baru gerak ke gerai-gerai untuk mencari sesuap nasi buat alas perut.
Hentian Rehat Sungai Perak arah utara memang selesa, cukup kemudahan dan banyak gerai makan. Cuma kualiti makanan macam tak berapa nak jadi.... dah banyak kali ambo dan HM singgah sini tapi memang tiap kali ambil makanan dapat nasi mentah. Patah selera makan.... lepas dua tiga suap terus tak ada rasa nak makan dah. Memang lepas daripada ini ambo akan banned terus gerai makan di Hentian Rehat Sg Perak arah utara. Kalau singgah pun sekadar untuk solat dan melegakan pundi kencing.
Masing-masing tengah termenung berfikir nak makan apa. Pilihan lauk pauk memang banyak, pilih saja mengikut selera masing-masing. |
Sayang rezeki.... lauk nampak sedap tapi nasi mentah, terus hilang selera makan. |
Kenyang melihat nasi mentah terbuang begitu sahaja, kami meninggalkan Hentian Rehat Sungai Perak menuju Taiping. Keadaan trafik amat lancar dan berpandukan GPS kami exit melalui susur keluar Changkat Jering.
Dari plaza tol Changkat Jering memang sudah tidak jauh dari bandar Taiping dan disebabkan kami hanya dibenarkan untuk check-in di Flemington Hotel selepas jam 3 petang, kami terus ke site untuk sedikit tugasan. Ambo selesaikan dahulu tugasan rasmi seperti mana yang diarahkan untuk hari tersebut dan hanya check-in di Flemington Hotel sekitar jam 5 petang.
Kondisi hotel dan bilik amatlah memuaskan hati.... bilik masih baru dan amat bersih. Dari bilik hotel boleh nampak Taman Tasik Taiping yang terbentang luas menghijau.
View dari bilik hotel, separuh nampak bangunan dan separuh lagi boleh nampak Taman Tasik Taiping. |
Nampak saja tilam empuk kami terus melenakan diri sekejap.... sekadar untuk re-charge tenaga. Selepas waktu Maghrib kami bergerak ke Taiping Central Mall untuk makan malam dan cuci mata.
Flemington Hotel ke Taiping Central Mall tidak jauh mana cuma keadaan jalan yang sedikit sesak melambatkan perjalanan. Agaknya Taiping Central Mall adalah pusat membeli belah utama di Taiping, sebelahnya adalah pasaraya Tesco.
Malas nak cari tempat makan lain, kami dinner sahaja di tingkat paling atas Taiping Central Mall. Ada satu gerai tomyam namanya, Restoran Thai Village One.
Thai Village... selain Thai Village ada juga tempat makan lain di Taiping Central Mall seperti Mekdi or Kepsi (lupa yang mana satu...), Starbucko etc. |
Staff Thai Village.... dari belakang ingatkan jantan rupanya pompuan. |
Rezeki kami untuk malam tersebut.... Alhamdulillah sedap dan harganya berpatutan. |
Pada malam kami kunjungi Taiping Central Mall, kebetulan ada pertandingan karaoke. Selepas makan malam kami lepak-lepak sekejap berhampiran pentas untuk dengar dendangan para peserta. Ada yang suara sumbang mahram tapi tidak kurang juga memiliki suara tahap Power Root..... hehehehe.
Terhibur dengan persembahan para peserta dan tidak kurang juga yang membingitkan anak telinga, kami beransur pulang ke Flemington Hotel untuk mendapatkan rehat yang cukup. Esok awal-awal pagi memang kena keluar untuk selesaikan beberapa tugasan. Perancangannya kalau boleh, siapkan semua tugasan cepat-cepat esok dan masa yang masih berbaki boleh juga jalan-jalan sekitar Taiping.
Bila mana mata hampir terlelap, dapat text message dari rakan sekerja yang mengajak ke Kuala Sepetang, operasi memburu mee udang Mak Jah yang dikatakan tersohor ke saentero Nusantara. Memandangkan kami pun sudah kenyang makan malam di Thai Village tadi, ajakan rakan tadi terpaksa kami tolak. Tapi ada bagusnya juga, sejam kemudian rakan tersebut hantar text message sekali lagi berbunyi....
"bro.... nasib baik ko tak ikut..... mee udang Mak Jah sold out la bro.... dah tiga kedai mee udang aku masuk, semua sold out'....
Tu dia sikit punya laku mee udang Mak Jah, kena pula musim cuti sekolah memang ramai pelanggan yang datang dari segenap pelusuk kota.
Masa baca text message tersebut, mata ambo dah suam-suam kuku nak terlelap.... entah masa bila dalam cuba nak reply text message rakan tersebut mata ambo tiba-tiba kelam dan gelap.
zzzzzZZZZZZZ zzzzz....... dengan itu berakhirnya hari pertama kembara kami ke Taiping.
Nanti kita ketemu lagi dalam entry yang seterusnya.... kita bercerita pula tentang pengalaman kami ke Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Taiping War Cemetery, Muzium Perak dan Kota Ngah Ibrahim.
Sekian.
No comments:
Post a Comment