As-Salam dan Salam Sejahtera readers DSKB yang dihormati,
Bertemu lagi kita di bahagian terakhir catatan perjalanan ambo dan HM ke bumi Taiping. Catatan ini berkisar kepada aktiviti kami pada hari ketiga... lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang, Kota Ngah Ibrahim @ Muzium Matang dan makan-makan di Mee Udang Batu 6 Simpang/Changkat Jering.
Mari kita sama-sama rewind kenangan kami pada hari ketiga...
Ahad (1 Disember 2013)
Mengikut perancangan rakan-rakan sekerja dan anak buah, kami perlu berkumpul di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut pada pukul 8 pagi. Jadi selepas Subuh, masih ada banyak masa untuk mencari sarapan sekitar Pekan Taiping.
Bilik yang kami tempah di Hotel Vistana Micassa melalui Agoda tidak menyediakan voucher sarapan pagi, jadi selepas check-out cadangnya kami cuma cari mana-mana restoran berdekatan untuk bersarapan.
Urusan check-out memang pantas kerana kami satu-satunya pelanggan yang berurusan pada pagi tersebut. Petugas pun cuma seorang di kaunter. Lepas kami serahkan kunci untuk check-out, kami kena tunggu petugas yang sama yang akan naik ke bilik untuk inspection.... takut kami bawa balik tuala hotel agaknya.... hehehehe.
Masa berurusan tersebut ambo cuba minta resit hotel tapi tak dapat. Memang menjadi kelaziman agaknya pihak hotel tidak akan mengeluarkan resit bayaran penginapan jika membuat tempahan melalui Agoda.
Kali pertama dulu semasa menginap di Kuching, hotel tersebut juga enggan mengeluarkan resit bayaran penginapan kerana katanya bayaran dibuat melalui Agoda, perantara kepada pelanggan dengan pihak hotel. Masalah juga kalau staf finance kompeni tak mahu terima voucher Agoda sebagai bukti bayaran penginapan.
Update terkini (10/12/13)... tak ada masalah sebenarnya kalau guna Agoda. Boleh minta Agoda hantar resit pengesahan bayaran hotel melalui email.
Caranya;
a) Masuk ke laman web Agoda
b) Pergi ke ruangan Agoda self-service atau manage my bookings
c) Click pada bahagian Get my receipt
d) Isi butiran yang diperlukan seperti nama, email dan alamat.
e) Tidak sampai seminit kemudiannya, anda akan menerima resit bukti pembayaran melalui email daripada Agoda.
Mudah kan?
Back to the story, selepas check out kami ke Restoran Arahman untuk bersarapan. Restoran ini cuma diseberang jalan dengan Hotel Vistana Micassa dan bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Caranya;
a) Masuk ke laman web Agoda
b) Pergi ke ruangan Agoda self-service atau manage my bookings
c) Click pada bahagian Get my receipt
d) Isi butiran yang diperlukan seperti nama, email dan alamat.
e) Tidak sampai seminit kemudiannya, anda akan menerima resit bukti pembayaran melalui email daripada Agoda.
Mudah kan?
Back to the story, selepas check out kami ke Restoran Arahman untuk bersarapan. Restoran ini cuma diseberang jalan dengan Hotel Vistana Micassa dan bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.
Bersarapan ala kadar dengan segelas teh tarik, roti telur dan maggie goreng, kami kemudiannya bergerak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang.
Lokasinya kira-kira 10 km dari bandar Taiping dan terletak dalam Hutan Simpan Jebong. Hutan Paya Larut Matang mempunyai keluasan kira-kira 101,877 hektar termasuklah 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.
Antara tarikan utama Hutan Paya Larut Matang adalah kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, hutan simpanan dara dan Pusat Eko Pelajaran yang akan kami kunjungi pada hari ini. Hutan Paya Larut Matang dibuka kepada umum untuk aktiviti seperti memancing, berkhemah malahan penyelidikkan hutan paya bakau.
Masuk adalah percuma dan dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Tiada khidmat jurupandu tapi pengunjung boleh menikmati keindahan Hutan Paya Larut Matang dengan berjalan melalui titian kayu sejauh kira-kira 1 km.... Inshaa Allah selamat.
Kepada yang berminat, boleh juga menginap di sini kerana kemudahan chalet turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Manakala kemudahan jeti bot membolehkan pengunjung menyusuri muara dan melawat lokasi pembiakan kelip-kelip.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan chalet dan pengangkutan bot, anda boleh berhubung secara terus dengan;
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang
34000 Taiping, Perak.
Tel: +605-8072 672
Fax: +605-8067 743
Rombongan dari mana-mana institusi pendidikan juga amatlah dialu-alukan. Jadi anda hanya perlu berhubung dengan pejabat hutan jika memerlukan bantuan berkaitan dengan lawatan anda.
Papan tanda yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Hutan Paya Larut Matang. Lengkap dengan maklumat berkaitan Hutan Paya Larut Matang. |
Titian kayu sejauh lebih 1 km ini membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat keunikkan hutan paya bakau. Ia bermula dari galeri perhutanan dan berakhir di jeti milik Jabatan Perhutanan. |
Salah sebuah chalet untuk kemudahan pengunjung. Berkaitan harga dan tempahan, sila berhubung secara terus dengan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang. |
Anda boleh menyewa bot untuk menyusuri muara yang terdapat di Hutan Paya Larut Matang. |
Hasil kayu bakau dari Hutan Paya Larut Matang biasanya dituai untuk industri pembuatan kayu arang dan kebanyakkannya dieksport ke Jepun. Kayu arang ini digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kosmetik dan juga pharmaceuticals.
Kalau ada masa dan berminat, anda boleh kunjungi kilang kayu arang berdekatan. Kami tiada kesempatan dan juga tiada minat... hehehe.
Untuk pengetahuan juga, kedai Mee Udang Mak Jah hanya 20 meter dari pintu masuk ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang. Tiada rezeki untuk kami mencuba kelazatan mee udang Mak Jah kerana khabarnya ia hanya dibuka lewat tengah hari, tapi bila dirujuk blog berkaitan jam 11 pagi dah buka.... mana satu betul ni?
Persinggahan terakhir kami sebelum bergerak pulang adalah Kota Ngah Ibrahim ataupun Muzium Matang. Kota Ngah Ibrahim asalnya dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim Bin Jaafar pada tahun 1854. Kota ini dibina sebagai pusat pentadbiran bagi daerah Larut, kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan juga pusat pengumpulan hasil bijih timah.
Kota Ngah Ibrahim dengan tembok batu sepanjang 131 meter dan 110 meter lebar, pernah diduduki oleh Kapten Tristam Speedy iaitu Penolong Residen Perak setelah Ngah Ibrahim dihukum buang negeri kerana menentang campur tangan Inggeris di Perak sesudah Perjanjian Pangkor 1874.
Kota ini juga menjadi lokasi kepada perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor atas tuduhan membunuh Residen British yang pertama di Perak, J.W.W Birch. Malahan di depan kota inilah kedua mereka dihukum gantung sampai mati pada 21 Januari 1877.
Kemudiannya Kota Ngah Ibrahim ini pernah menjadi kampus Maktab Perguruan Melayu pada tahun 1913. Manakala pada zaman pendudukkan Jepun, ia menjadi ibupejabat Pentadbiran Tentera Jepun.
Pada tahun 1985 Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti untuk dipulihara sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang.
Antara yang anda boleh lihat dan pelajari dari Kota Ngah Ibrahim @ Kompleks Sejarah Matang...
Perkarangan masuk ke Kota Ngah Ibrahim atau kini dikenali juga sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang. Masuk adalah percuma. |
Kota Ngah Ibrahim turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Negara. |
Salah satu ruangan dalam Kompleks Sejarah Matang ada menceritakan persengkataan dua kumpulan kongsi gelap Cina, Ghee Hin dan Hai San yang membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II, dan III. |
Kamar milik Ngah Ibrahim, tempat beliau beradu dan melelapkan mata. |
Ruang pejabat Ngah Ibrahim. |
Sewaktu penjajahan Jepun, Kota Ngah Ibrahim dijadikan ibupejabat pentadbiran tentera Jepun. |
Banyak sejarah yang kita boleh perolehi dan jadikan iktibar dengan mengunjungi lokasi seperti Kota Ngah Ibrahim. Bagaimana sebuah daerah yang maju dan kaya akhirnya dikuasai oleh orang luar setelah pembesar tempatan bersengketa dan berebut kuasa sesama sendiri. Sejarah mungkin berulang..... hanya Allah Maha Mengetahui...
Kota Ngah Ibrahim merupakan destinasi terakhir lawatan kami.... seterusnya saya dan HM bergerak menuju ke highway untuk beransur pulang. Sebelum tiba ke plaza tol Changkat Jering, kami singgah di satu warung, Mee Udang Batu 6, letaknya di sempadan Simpang dan Changkat Jering.
Disamping mee udang, warung ini turut menyediakan masakan Melayu yang lain. Terpesona dengan lauk-pauk yang kelihatan lazat, ambo dan HM makan tengah hari dengan nasi campur... tapi sempat tapau juga mee udang special untuk makan malam nanti. Harga amat berpatutan untuk nasi dan lauk pauk. Mee udang biasa berharga RM7 dan mee udang special RM10.
Selesai makan tengah hari, kami terus masuk ke susur tol Changkat Jering untuk pulang ke rumah yang sudah 3 hari ditinggalkan. Perjalanan pulang Alhamdulillah amat lancar dan kami selamat tiba menjelang petang.... Alhamdulillah.
Oleh itu berakhirnya sesi bekerja sambil bercuti ambo dan HM ke Taiping.
Insya Allah kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya.... ambo akan review hotel-hotel yang sempat kami inap semasa ke Taiping.
Sekian.
No comments:
Post a Comment