Kita kembali ke bahagian kedua catatan kembara kami ke bumi Taiping pada 29 Nov hingga 1 Dis 2013 yang lalu. Entry berkaitan bahagian pertama dulu telah dicoretkan kisah kami bermalam di Flemington Hotel, kemudian jalan-jalan cari makan di Taiping Central Mall.
Pada hari kedua di Taiping, selain perlu menyempurnakan sedikit tugasan yang telah diamanatkan oleh kompeni.... kami sempat juga berjalan-jalan di sekitar kaki Bukit Larut, Taiping War Cemetery, Taman Tasik Taiping dan Muzium Perak.
Bila dihitung, banyak juga tempat menarik yang sempat kami singgah... dah jadi macam bercuti sambil bekerja berbanding bekerja sambil bercuti.... hehehe....
Ok.... mari kita sama-sama rewind apa yang berlaku pada hari ke-2 kami di Taiping...
Sabtu (30 Nov 2013)
Pagi Sabtu kami bermula dengan sarapan pagi di Rain Tree Cafe, Flemington Hotel. Pilihan menu tidaklah banyak mana tapi bagi ambo lebih dari mencukupi. Ada nasi lemak, mee goreng, bread, cereals, telur separuh masak, fruits, manisan etc.
Seronoknya bersarapan di Rain Tree Cafe, sambil kita menjamu selera kita boleh nikmati keindahan Taman Tasik Taiping yang letaknya hanya di seberang jalan. Boleh nampak pengunjung sedang jogging disirami titisan embun dan kadang-kala air hujan.... hehehe. Memang Taiping lembap sungguh.... saban waktu hujan turun.
Antara hidangan yang sempat ambo nikmati sewaktu bersarapan adalah cereals with fresh milk, nasi lemak, telur separuh masak, fruits dan bergelas-gelas fresh orange.... hehehehe. Lebih dari cukup untuk membekalkan tenaga harian.
Seperti yang ambo ceritakan dalam entry terdahulu, ambo cuma berkesempatan untuk menginap di Flemington Hotel cuma semalaman sebab semua bilik fully booked kecuali suite dengan kadar RM310 semalaman. Kalau ikut hati memang tak mahu tinggalkan Flemington Hotel sebab selesa sangat tapi bila diingatkan kena bayar RM300 lebih untuk malam berikutnya, ambo dengan berat hati terpaksa pindah ke hotel lain, Hotel Vistana Micassa kat tengah-tengah bandar Taiping.
HM memang berat hati sungguh nak tinggalkan Flemington Hotel, jadi dia tak ikut ambo untuk site visit. Ambo tinggalkan HM bersendirian di bilik hotel sementara ambo keluar untuk menyelesaikan mana-mana tugasan yang patut. Alhamdulillah semua tugasan berjalan lancar untuk hari tersebut dan menjelang tengah hari ambo kembali ke Flemington Hotel untuk check-out.
Punggah segala barangan ke dalam Vios selepas check-out, dan ambo pula tidak terikat dengan mana-mana tugasan untuk beberapa jam yang berikutnya. Jadi peluang ini kami gunakan untuk meninjau beberapa tempat menarik di sekitar Taiping yang tidak sempat kami lawati masa kunjungan kali pertama dahulu.
Persinggahan pertama kami adalah Taman Tasik Taiping, yang letaknya cuma bertentangan dengan Flemington Hotel. Kalau diikutkan sejarah, Taman Tasik Taiping merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Keluasannya menjangkau 62 hektar, memiliki 10 tasik buatan dan mula dibuka pada tahun 1880 (Sumber: Wikipedia).
Sesuai dengan peranan kini sebagai tapak rekreasi, Taman Tasik Taiping dilengkapi dengan balapan, taman permainan kanak-kanak, arena kasut roda dan kemudahan rekreasi sukan air seperti kayak dan bot.
Lokasi Taman Tasik Taiping cukup hampir dengan Bukit Larut, Zoo Taiping dan Taiping War Cemetery. Jadi para pengunjung dengan mudah boleh mengunjungi kesemua tempat ini pada hari yang sama jika penjelajahan bermula awal pagi.
Kalau tuan-tuan dan puan-puan berminat, boleh kunjungi Ride Cruise Taiping untuk aktiviti riadah air. Anda boleh berkayak dan juga menaiki bot mengelilingi tasik dengan kadar bayaran tertentu. Kalau sekadar singgah untuk minum-minum pun boleh, ada cafe dan convenience store juga di Ride Cruise Taiping.
Seterusnya kami ke Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill. Bukit Larut atau Maxwell Hill merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi di Malaysia yang masih kekal dengan suasana kolonial. Pembangunannya tidak sepesat Cameron Highlands mahupun Genting Highlands.
Dikatakan juga Bukit Larut merupakan pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia dan mula dibuka pada tahun 1884 oleh Penolong Pegawai Residen Negeri Perak, William Edward Maxwell. Pusat peranginan ini dibuka sebagai tempat percutian pegawai-pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu pada masa itu.
Pada awal pembukaannya sekitar 1884, para pegawai British terpaksa berjalan kaki, menaiki kuda ataupun diusung menggunakan kerusi pengusung (kurang ajaq sungguh mat salleh ni!!!) untuk sampai ke puncak Bukit Larut atau The Station.
Sehinggalah pada era Perang Dunia Kedua, tentera-tentera Jepun yang berjaya menakluk seluruh Tanah Melayu telah memaksa prisoners of war (askar British, askar India dan mungkin juga penduduk tempatan) membina jalan raya dari kaki Bukit Larut menuju puncak ataupun The Station (sama saja kurang ajaq askaq Jepun ni!!!). Ini bagi memudahkan pergerakkan pegawai-pegawai Jepun yang turut menjadikan The Station sebagai kediaman rasmi mereka (Sumber: Wikipedia).
Apa tarikan utama di Bukit Larut?
Disebabkan Bukit Larut masih lagi terkawal pembangunannya, keadaan cuaca di puncak Bukit Larut amatlah nyaman (suhunya mungkin sama dengan musim luruh atau spring di negara 4 musim). Flora dan fauna masih belum terganggu sepenuhnya, memang syurga kepada nature lovers and birdwatchers.
Pada hari dengan cuaca elok, pengunjung ke The Station Bukit Larut boleh menikmati panorama bandar Taiping, malahan boleh menjangkau sehingga ke pesisiran pantai Pulau Pangkor dan Pulau Pinang.
Bukit Larut juga pernah terkenal dengan taman tulip yang mula dibuka pada tahun 2009 tapi malangnya projek ini terbengkalai pada 2012. Selain daripada itu Bukit Larut juga terkenal sebagai laluan ke Gunung Hijau yang terletak 1449 dari aras laut.
Malangnya segala keindahan The Station gagal kami nikmati dengan mata kepala kami sendiri kerana tiket Land Rover ke The Station telah sold out. Nak jalan kaki boleh tapi ambil masa tiga hingga lima jam.... tak sanggup den!!!!!
Semasa perjalanan pulang dari kaki Bukit Larut, kami singgah seketika di Taiping War Cemetery. Lokasinya kurang 1 km dari kaki Bukit Larut. Taiping War Cemetery menjadi tempat bersemadinya tentera-tentera bersekutu yang terkorban sewaktu Perang Dunia Kedua. Tempat persemadian ini dibangunkan dan dipulihara oleh Commonwealth War Graves Commission.
Keseluruhannya, kira-kira 850 jasad milik tentera bersekutu yang terkorban dalam era Perang Dunia Kedua bersemadi di sini termasuklah 500 jasad yang masih belum dikenalpasti. Dipercayai sebahagian besarnya milik askar-askar British yang berasal dari benua kecil India, disamping pegawai-pegawai British dan Commonwealth.
Taiping War Cemetery diselia pembinaannya oleh Major J.H. Ingram, seorang pegawai tentera British sejurus tamatnya Perang Dunia Kedua. Beliau diamanatkan untuk mengenalpasti jasad-jasad tentera bersekutu yang gugur dalam medan pertempuran di sekitar Taiping. Tinggalan jasad-jasad mereka ini dikumpulkan dari tapak medan pertempuran dan perkuburan sementara yang berselerak di sekitar Taiping.
Jalan Bukit Larut memisahkan Taiping War Cemetery kepada dua bahagian. Bahagian tenggara menempatkan pusara persemadian tentera-tentera bersekutu beragama Christian manakala bahagian yang satu lagi bersemadinya perajurit-perajurit bersekutu beragama Islam.
Bertakafur seketika sebagai menghormati mereka yang terkorban, kami kemudiannya bergerak pula ke Muzium Perak yang letaknya hanya bertentangan dengan Penjara Taiping, salah satu bangunan tinggalan kolonial.
Muzium Perak merupakan muzium tertua di Malaysia dan diasaskan oleh Sir Hugh Low, Resident British of Perak yang ke empat pada tahun 1883.
Pada awal penubuhannya oleh Sir Hugh Low, Muzium Perak berfungsi untuk mengumpul maklumat berkaitan natural history seperti ethnography (kajian sosio-budaya penduduk setempat), zoology (kajian berkaitan haiwan), botany (kajian berasaskan tumbuhan) dan geology (kajian batu batan).
Kini Muzium Perak menempatkan sisa-sisa tinggalan kolonial, maklumat berkaitan sosio-budaya negeri Perak dan juga sampel-sampel kekayaan alam negeri Perak.
Disebabkan pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam Muzium Perak, tiada foto-foto dalaman Muzium Perak yang dapat ambo kongsi di sini. Tapi ada juga para pengunjung yang curi-curi ambil gambar menggunakan smart phone. Ambo bawa DSLR jadi memang tak ada peluang langsung nak curi-curi ambil gambar, lagipun muzium ini sememangnya dilengkapi dengan CCTV.
Disebelah Muzium Perak ini letaknya sebuah kedai makan, luput pula ingatan ambo akan namanya. Tapi disitulah kami minum-minum sebelum masuk ke Muzium Perak setelah HM tiba-tiba mengadu dugal dan masuk angin.
Sejurus kemudian kami ke Vistana Micassa Hotel pula untuk check-in. Sedih rasanya sebab kena down grade hotel.... hehehe. Bilik superior di Vistana Micassa Hotel jauh lebih kecil berbanding Flemington Hotel. Nak buat macam mana, redho sajalah... spontaneous traveller la katakan.... hehehehe.
Lepak-lepak sekejap kemudian turun semula untuk makan lewat tengah hari. Kembali semula ke kedai makan sebelah Muzium Perak, makanan hampir habis dan kedai pun hampir tutup. Menu yang bersisa cumalah nasi ayam biasa dan nasi ayam penyet.
Mulanya ambo tak faham apa maksud nasi ayam penyet. Ambo ingatkan lauknya ayam penyet macam masakan Indonesia. Rupanya nasi ayam penyet bermaksud, lauknya masih sama cuma nasinya adalah nasi putih biasa. Kalau begitu, kompem nasi ayam biasa jadi pilihan kami berdua.... hehehe.
Kemudian kami kembali semula ke Vistana Micassa Hotel untuk bersihkan diri, solat dan berehat seketika.
Lewat petang kami keluar semula sekadar untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Taiping.
Masa jalan-jalan jumpa Kepsi di tengah pekan Taiping, jadi makan malam kami untuk hari tersebut adalah ayam goreng Kepsi... hehehe.
Orang kata kalau ke Taiping wajib singgah Doli Kuey Teow di Jalan Regat Tupai sebab kuey teow dia memang sedap. Kami ada jumpa tapi masa itu langsung tak ada selera nak makan kuey teow, mungkin lain kali sajalah.
Lihat jam masih ada masa sebelum Maghrib, jadi kami kembali ke Vistana Micassa Hotel dan ambil kereta untuk ke Taman Tasik Taiping sekali lagi. Mujur kesemua tempat ini dekat-dekat, jadi amat memudahkan.
Apa tujuan kami ke Taman Tasik Taiping sekali lagi?
Tiada apa-apa sekadar untuk menghirup udara petang tapi malangnya tak dapat lama-lama kerana hujan mula turun rintik-rintik, kemudian semakin lebat.
Antara aksi pengunjung Taman Tasik Taiping pada petang tersebut...
Nak lama-lama pun dah tak boleh sebab hujan makin lebat. Bergegaslah kami masuk ke kereta dan pulang ke hotel. Malam tersebut tak keluar ke mana-man pun. Cuma lepak-lepak dalam bilik sambil tengok televisyen.
Hampir lewat malam dapat satu text message dari anak-anak buah...
'encik.... malam ni pun mee udang Mak Jah sold out la encik, kempunan kami'
Gegeh betul mereka mencuba nasib untuk merasai kehebatan mee udang Mak Jah... hehehehe.
Maka dengan itu berakhirlah aktiviti kami untuk hari kedua di Taiping.
Esok hari terakhir kami di Taiping dan destinasi untuk hari esok adalah Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Larut Matang milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak serta Muzium Matang @ Kota Ngah Ibrahim.
Sehingga bertemu lagi dalam bahagian terakhir catatan perjalanan ke Taiping.... salam bahagia.

Taman Tasik Taiping banyak ditanam dengan pokok angsana atau golden rains tree. Usianya mungkin sezaman dengan pembukaan Taman Tasik Taiping. |
Dedahan angsana ditumbuhi lumut dan tumbuhan yang lain, mengingatkan ambo kepada keunikkan flora yang ambo temui di Mossy Forest, Cameron Highlands. |
Selain flora, Taman Tasik Taiping juga menjadi habitat monyet. Kelihatan satu keluarga kera sedang picnic di dahan angsana. Ada bapak, ibu dan dua anak... hehehe. |
Di bawah rimbunan angsana pula menjadi lokasi sepasang bakal laki binik berselfie. Mana ambo tahu mereka bakal laki binik? Hehehehe.... |
Penat jalan-jalan sekitar Taman Tasik Taiping, boleh duduk-duduk di bangku yang disediakan sambil minum-minum. |
Kalau tuan-tuan dan puan-puan berminat, boleh kunjungi Ride Cruise Taiping untuk aktiviti riadah air. Anda boleh berkayak dan juga menaiki bot mengelilingi tasik dengan kadar bayaran tertentu. Kalau sekadar singgah untuk minum-minum pun boleh, ada cafe dan convenience store juga di Ride Cruise Taiping.
Seterusnya kami ke Bukit Larut atau dikenali juga sebagai Maxwell Hill. Bukit Larut atau Maxwell Hill merupakan salah satu tempat peranginan tanah tinggi di Malaysia yang masih kekal dengan suasana kolonial. Pembangunannya tidak sepesat Cameron Highlands mahupun Genting Highlands.
Dikatakan juga Bukit Larut merupakan pusat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia dan mula dibuka pada tahun 1884 oleh Penolong Pegawai Residen Negeri Perak, William Edward Maxwell. Pusat peranginan ini dibuka sebagai tempat percutian pegawai-pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu pada masa itu.
Pada awal pembukaannya sekitar 1884, para pegawai British terpaksa berjalan kaki, menaiki kuda ataupun diusung menggunakan kerusi pengusung (kurang ajaq sungguh mat salleh ni!!!) untuk sampai ke puncak Bukit Larut atau The Station.
Sehinggalah pada era Perang Dunia Kedua, tentera-tentera Jepun yang berjaya menakluk seluruh Tanah Melayu telah memaksa prisoners of war (askar British, askar India dan mungkin juga penduduk tempatan) membina jalan raya dari kaki Bukit Larut menuju puncak ataupun The Station (sama saja kurang ajaq askaq Jepun ni!!!). Ini bagi memudahkan pergerakkan pegawai-pegawai Jepun yang turut menjadikan The Station sebagai kediaman rasmi mereka (Sumber: Wikipedia).
Apa tarikan utama di Bukit Larut?
Disebabkan Bukit Larut masih lagi terkawal pembangunannya, keadaan cuaca di puncak Bukit Larut amatlah nyaman (suhunya mungkin sama dengan musim luruh atau spring di negara 4 musim). Flora dan fauna masih belum terganggu sepenuhnya, memang syurga kepada nature lovers and birdwatchers.
Pada hari dengan cuaca elok, pengunjung ke The Station Bukit Larut boleh menikmati panorama bandar Taiping, malahan boleh menjangkau sehingga ke pesisiran pantai Pulau Pangkor dan Pulau Pinang.
Bukit Larut juga pernah terkenal dengan taman tulip yang mula dibuka pada tahun 2009 tapi malangnya projek ini terbengkalai pada 2012. Selain daripada itu Bukit Larut juga terkenal sebagai laluan ke Gunung Hijau yang terletak 1449 dari aras laut.
Malangnya segala keindahan The Station gagal kami nikmati dengan mata kepala kami sendiri kerana tiket Land Rover ke The Station telah sold out. Nak jalan kaki boleh tapi ambil masa tiga hingga lima jam.... tak sanggup den!!!!!
Jadual perjalanan Land Rover 4x4 dan kadar tambang. |
Semasa perjalanan pulang dari kaki Bukit Larut, kami singgah seketika di Taiping War Cemetery. Lokasinya kurang 1 km dari kaki Bukit Larut. Taiping War Cemetery menjadi tempat bersemadinya tentera-tentera bersekutu yang terkorban sewaktu Perang Dunia Kedua. Tempat persemadian ini dibangunkan dan dipulihara oleh Commonwealth War Graves Commission.
Keseluruhannya, kira-kira 850 jasad milik tentera bersekutu yang terkorban dalam era Perang Dunia Kedua bersemadi di sini termasuklah 500 jasad yang masih belum dikenalpasti. Dipercayai sebahagian besarnya milik askar-askar British yang berasal dari benua kecil India, disamping pegawai-pegawai British dan Commonwealth.
Taiping War Cemetery diselia pembinaannya oleh Major J.H. Ingram, seorang pegawai tentera British sejurus tamatnya Perang Dunia Kedua. Beliau diamanatkan untuk mengenalpasti jasad-jasad tentera bersekutu yang gugur dalam medan pertempuran di sekitar Taiping. Tinggalan jasad-jasad mereka ini dikumpulkan dari tapak medan pertempuran dan perkuburan sementara yang berselerak di sekitar Taiping.
Jalan Bukit Larut memisahkan Taiping War Cemetery kepada dua bahagian. Bahagian tenggara menempatkan pusara persemadian tentera-tentera bersekutu beragama Christian manakala bahagian yang satu lagi bersemadinya perajurit-perajurit bersekutu beragama Islam.
Tempat bersemadinya tentera-tentera bersekutu beragama Islam dan kebanyakkannya berasal dari India. Al-Fatihah untuk mereka yang gugur, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. |
Bertakafur seketika sebagai menghormati mereka yang terkorban, kami kemudiannya bergerak pula ke Muzium Perak yang letaknya hanya bertentangan dengan Penjara Taiping, salah satu bangunan tinggalan kolonial.
Muzium Perak merupakan muzium tertua di Malaysia dan diasaskan oleh Sir Hugh Low, Resident British of Perak yang ke empat pada tahun 1883.
Pada awal penubuhannya oleh Sir Hugh Low, Muzium Perak berfungsi untuk mengumpul maklumat berkaitan natural history seperti ethnography (kajian sosio-budaya penduduk setempat), zoology (kajian berkaitan haiwan), botany (kajian berasaskan tumbuhan) dan geology (kajian batu batan).
Kini Muzium Perak menempatkan sisa-sisa tinggalan kolonial, maklumat berkaitan sosio-budaya negeri Perak dan juga sampel-sampel kekayaan alam negeri Perak.
Muzium Perak kini diselia oleh Jabatan Muzium Malaysia. |
Bangunan Muzium Perak bercirikan kolonial. Kedudukkannya hanya setentang dengan satu lagi bangunan tinggalan kolonial iaitu Penjara Taiping yang masih berfungsi sehingga kini. |
Tiket masuk cuma RM2 untuk dewasa warganegara Malaysia. |
Antara koleksi Muzium Perak. |
Disebabkan pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam Muzium Perak, tiada foto-foto dalaman Muzium Perak yang dapat ambo kongsi di sini. Tapi ada juga para pengunjung yang curi-curi ambil gambar menggunakan smart phone. Ambo bawa DSLR jadi memang tak ada peluang langsung nak curi-curi ambil gambar, lagipun muzium ini sememangnya dilengkapi dengan CCTV.
Disebelah Muzium Perak ini letaknya sebuah kedai makan, luput pula ingatan ambo akan namanya. Tapi disitulah kami minum-minum sebelum masuk ke Muzium Perak setelah HM tiba-tiba mengadu dugal dan masuk angin.
Sejurus kemudian kami ke Vistana Micassa Hotel pula untuk check-in. Sedih rasanya sebab kena down grade hotel.... hehehe. Bilik superior di Vistana Micassa Hotel jauh lebih kecil berbanding Flemington Hotel. Nak buat macam mana, redho sajalah... spontaneous traveller la katakan.... hehehehe.
Boutique hotel yang letaknya di pinggir bandar Taiping. |
Lepak-lepak sekejap kemudian turun semula untuk makan lewat tengah hari. Kembali semula ke kedai makan sebelah Muzium Perak, makanan hampir habis dan kedai pun hampir tutup. Menu yang bersisa cumalah nasi ayam biasa dan nasi ayam penyet.
Mulanya ambo tak faham apa maksud nasi ayam penyet. Ambo ingatkan lauknya ayam penyet macam masakan Indonesia. Rupanya nasi ayam penyet bermaksud, lauknya masih sama cuma nasinya adalah nasi putih biasa. Kalau begitu, kompem nasi ayam biasa jadi pilihan kami berdua.... hehehe.
Kemudian kami kembali semula ke Vistana Micassa Hotel untuk bersihkan diri, solat dan berehat seketika.
Lewat petang kami keluar semula sekadar untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Taiping.
Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama. Bangunan bercirikan kolonial ini masih kukuh berkhidmat kepada penduduk setempat. |
Apa motif ambo captured gambar ini? Lupa... |
Menara jam ini letaknya di Jalan Pasar, simpang masuk ke Pasar Basah Taiping. |
Tourist Information Center. |
Bandar lama tapi aman damai dari kesesakkan trafik yang melampau. |
Kalau berminat boleh juga menginap di Panorama Hotel, betul-betul di tengah bandar dan dibawahnya deretan kedai. |
Masa jalan-jalan jumpa Kepsi di tengah pekan Taiping, jadi makan malam kami untuk hari tersebut adalah ayam goreng Kepsi... hehehe.
Orang kata kalau ke Taiping wajib singgah Doli Kuey Teow di Jalan Regat Tupai sebab kuey teow dia memang sedap. Kami ada jumpa tapi masa itu langsung tak ada selera nak makan kuey teow, mungkin lain kali sajalah.
Lihat jam masih ada masa sebelum Maghrib, jadi kami kembali ke Vistana Micassa Hotel dan ambil kereta untuk ke Taman Tasik Taiping sekali lagi. Mujur kesemua tempat ini dekat-dekat, jadi amat memudahkan.
Apa tujuan kami ke Taman Tasik Taiping sekali lagi?
Tiada apa-apa sekadar untuk menghirup udara petang tapi malangnya tak dapat lama-lama kerana hujan mula turun rintik-rintik, kemudian semakin lebat.
Antara aksi pengunjung Taman Tasik Taiping pada petang tersebut...
Sekumpulan amoi meraikan salah seorang rakan mereka yang tamat pengajian. |
Menghirup udara segar sambil berborak kosong. |
Skodeng pengantin baru sedang |
Pengantin lama pun tidak kurangnya... hehehe. |
Nak lama-lama pun dah tak boleh sebab hujan makin lebat. Bergegaslah kami masuk ke kereta dan pulang ke hotel. Malam tersebut tak keluar ke mana-man pun. Cuma lepak-lepak dalam bilik sambil tengok televisyen.
Hampir lewat malam dapat satu text message dari anak-anak buah...
'encik.... malam ni pun mee udang Mak Jah sold out la encik, kempunan kami'
Gegeh betul mereka mencuba nasib untuk merasai kehebatan mee udang Mak Jah... hehehehe.
Maka dengan itu berakhirlah aktiviti kami untuk hari kedua di Taiping.
Esok hari terakhir kami di Taiping dan destinasi untuk hari esok adalah Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Larut Matang milik Jabatan Perhutanan Negeri Perak serta Muzium Matang @ Kota Ngah Ibrahim.
Sehingga bertemu lagi dalam bahagian terakhir catatan perjalanan ke Taiping.... salam bahagia.
No comments:
Post a Comment