Tuesday 3 December 2013

Trip Ke Skybridge Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas..... menara berkembar tertinggi di donia yang fana ini.... dan juga menjadi mercu tanda kemegahan negara kita yang terchenta ini.

Hahahaha.... classical dan patriotik sungguh intro ambo pada kali ini. Berapa sudah usia Menara Berkembar Petronas, ada yang mahu menchoba untuk jawab?

Bila belek-belek En. Wikipedia, rupa-rupanya Menara Berkembar Petronas sudah berusia 14 tahun (kalau dihitung dari tarikh ia dirasmikan iaitu pada 1 Ogos 1999). Udah menginjak usia remaja gitu... 

Pada usia yang sudah menginjak remaja, jutaan umat telah melawat dan mengunjungi Menara Berkembar Petronas bagi tujuan berwisata mahupun sekadar window shopping di Suria KLCC.

Kalau dahulu, lokasi ini memang tempat ambo dan HM memadu asmara (masa masih berstatus bakal lakik binik.... hehehehe). Kiranya KLCC adalah port untuk dating selain dari Midvalley Megamall. Pantang ada masa terluang, sanggup amik komuter dari Kajang semata-mata nak bersembang mesra sambil menikmati keindahan KLCC di waktu matahari terbenam.... romantika de amoure la sangat!!!!

Hehehehe..... walau bagaimana pun peluang untuk naik Skybridge tak pernah ada. Bukan sekadar tak ada peluang malahan tak pernah terfikir pun nak naik Skybridge.... machiam tak ada pekdah apa pon!!!

Sehinggalah pada minggu lepas kena bawa pelawat dari Nicaragua untuk bersiar-siar di KLCC. Pelawat cuma seorang tapi pengiring sampai 12 orang.... hehehehe..... nampak sangat nak ambil kesempatan nak masuk Skybridge secara percuma (tiket masuk ditanggung sepenuhnya oleh company).

Dewasa warganegara Malaysia akan dikenakan RM25 sebagai bayaran masuk.... kaunter tiket tidak jauh dari kaunter daftar masuk ke Skybridge. Tidak pasti pula kalau boleh beli tiket secara dalam talian.....

Nak masuk pun ada masa-masa tertentu seperti yang tertera di dalam tiket masing-masing. Kebetulan kami sampai sedikit awal jadi sempatlah selfie sana selfie sini....

Ini masa tengah tunggu giliran untuk naik ke Skybridge. Berselfie kejap dengan kereta lumba FI milik pasukan Petronas.... ramai jugalah yang gegeh tunggu turn untuk berselfie depan kereta lumba termasuklah ambo.... hehehe



Bila mana tiba masa untuk group kami masuk, kena pakat-pakat beratur di check-in counter. Nak naik Skybridge KLCC macam nak naik pesawat terbang juga.... kena beratur depan check-in counter.... kena lalui pemeriksaan keselamatan.... kalau scanner berbunyi alamat kena body checking.



Masa beratur di check-in counter, setiap pelawat kena tunjuk tiket masuk kemudian akan diberikan kad pelawat dengan lanyard berwarna. Warna lanyard memudahkan untuk petugas mengenali kumpulan-kumpulan pelawat. Kami dapat kad pelawat dengan lanyard hijau.....


Sebaik sahaja pengunjung melepasi pemeriksaan keselamatan dengan cemerlang dan jayanya.... anda akan disambut oleh sekumpulan photographer. Nanti anda semua akan bergambar secara berkumpulan berlatarbelakangkan image Menara Berkembar Petronas. Kalau berminat boleh beli masa keluar nanti dengan harga RM50 sekeping.



Kemudian kena dengar briefing keselamatan.... bukan oleh petugas tapi oleh hologram. Canggih tu der..... hologram bagi taklimat keselamatan.....



Dari pelantar bawah pelawat akan dibawa naik ke Skybridge yang berada di tingkat..... tak ingat tingkat berapa..... luntur sudah ambo punya daya ingatan. Tapi nak habaq mai setiap lif akan dikawal oleh anggota Polis Bantuan Petronas. Pengunjung tak boleh memandai-mandai nak naik lif sendiri sebab segenap ceruk dikawal rapi oleh petugas dan anggota Polis Bantuan Petronas.



Lif di Menara Berkembar Petronas memang laju. Dongeng kata boleh menyebabkan headache kerana terlalu laju tapi pengalaman ambo Alhamdulillah semua ok. Laju punya pasal, sekejap sahaja dah tersembul depan entry ke Skybridge....



Kita dengar taklimat dulu oleh petugas..... "sekarang kita berada 170 meter di atas paras bumi ye tuan-tuan dan puan-puan', tutur brader yang bertugas sebagai pegawai perhubungan pelanggan....



Tamat saja taklimat masing-masing menyerbu masuk Skybridge bak itik keluar reban. Bermulalah adegan selfie sana selfie sini..... patutlah perkataan selfie paling hot pada tahun ini. Memang selfie menjadi fenomena sejagat.... 



Sedikit peringatan pihak Menara Berkembar Petronas buat pengunjung..... segala kemalangan atau risiko perlu ditanggung oleh pengunjung sendiri. 



Sedikit panaurama KL yang boleh dinikmati dari Skybridge.... KL masih pesat membangun dengan makin banyak skycrappers berlumba-lumba untuk naik....



Taman KLCC dan makin tandus nampaknya.....



Bila dah cukup masa.... petugas Menara Berkembar Petronas akan memanggil setiap pelawat mengikut warna lanyard masing-masing. Macam kami yang gantung lanyard hijau, petugas akan announced.... 'Green taggers, please proceed to the next level'.... lebih kurang la ayat dia....

Dari Skybridge pengunjung akan dibawa naik lif sekali lagi ke Tingkat 86 yang menempatkan galeri dan menara pemerhati. Macam tadi, sebelum terjah masuk kita kena dengar taklimat dulu ye hadeq-hadeq.....



Jadi apa ada di Tingkat 86?

Jom kita pakat-pakat terjah..... 



Kebanyakkan adalah bahan pameran berkaitan Menara Berkembar Petronas itu sendiri. Ada teleskop pemerhati dan yang paling mencuri perhatian ramai adalah.....



Apa benda yang ramai-ramai dok huluq tangan depan TV?

Interactive media yang canggih lagi manggih.... kita berdiri depan screen kemudian tunjukkan tiket masuk ke Skybridge. Hang pa taw apa yang keluaq kat screen tu nanti?

Paparan 3D struktur Menara Berkembar Petronas..... maknanya bila tengok pada screen, pada tangan anda yang sedang pegang tiket tetiba terkeluaq paparan 3D struktur Menara Berkembar Petronas.

Kunun-kununnya anda sedang pegang Menara Berkembar Petronas..... hahahaha. Kanak-kanak memang seronok, mak bapak budak pon tumpang dok gelak sama..... masing-masing seronok.

Lupa nak habaq juga.... masa pengunjung on the way ke ruang galeri di Level 86, pengunjung akan melalui laluan masa yang menampilkan informasi berkaitan beberapa buah bangunan tertinggi di dunia.

Biasanya pengunjung diberi masa sekitar 30 minit pada satu-satu lokasi..... setengah jam di Skybridge dan setengah jam di Level 86. 

Kalau berminat masa keluar nanti boleh singgah di souvenier shop.... beli cendera mata boleh, nak beli foto masa kita mula-mula masuk tadi pun boleh.

Ambo satu haram pun tak beli..... souvenier tak tahu nak letak mana dah kat rumah. Foto rasa macam tak menarik saja.... hehehehe.

Kalau berminat bolehlah anda semua ke sana pada musim cuti sekolah ini.... bawa anak-anak ke Skybridge dan juga PetroSains.

Sekian... 

No comments:

Post a Comment