Tuesday 17 December 2013

Apa Seronoknya & Kurang Menyeronokkan Sewaktu Menginap Selama 2H1M (30 Nov - 1 Dis 2013) @ Hotel Vistana Micassa, Taiping?


Hotel Vistana Micassa
No. 18 & 20, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, 
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +605-809 1188
Fax: +605-806 7333
Email: hotelvistanamicassa@yahoo.com
Website: www.vistanamicassa.com


Para pembaca blog DSKB yang budiman,

Entry ini dibuat khusus untuk berkongsi pengalaman ambo dan HM sewaktu berpeluang menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping baru-baru ini.

Segala review dan pendapat adalah bersandarkan pengalaman ambo dan HM semata-mata. Selera dan pendapat kita mungkin berbeza, jadi ada baiknya readers rujuk juga pengalaman bloggers lain yang pernah juga menginap di sini.

Ok.... mula-mula kita kongsi apa yang seronoknya menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping.

Pertamanya..... lokasi. Hotel ini letaknya di pekan Taiping, jadi amat mudah bagi anda untuk jalan-jalan cari makan, ataupun jalan-jalan mencari keperluan diri. Tak perlu berkereta, cukup hanya dengan berjalan kaki sambil menyusuri panorama pekan Taiping.

Lokasi hotel ini juga sebenarnya tidak jauh dari tourist spots seperti Muzium Perak, Bukit Larut, Taiping War Memorial, Zoo Taiping dan Taman Tasik Taiping.

Keduanya.... anda dibenarkan check-in awal kalau bilik telah tersedia tanpa charge tambahan. Sesetengah hotel cukup berkira tapi tidak dengan Hotel Vistana Micassa, Taiping. Machiam kami, sekitar jam 1 sudah bersenang lenang di bilik.

Ketiganya.... budi bahasa staf, amatlah terpuji. Layanan yang baik diberi sewaktu ambo menelefon untuk bertanyakan bilik-bilik yang masih available (malangnya untuk walk-in telah fully booked, tapi nasib baik dalam Agoda masih ada). Begitu juga sewaktu ambo dan HM sampai untuk check-in, layanan receptionist amatlah mesra pelanggan.

Apa pula yang kurang menyeronokkan sewaktu menginap di Hotel Vistana Micassa, Taiping?

Harga.... pada ambo dan HM, dengan kadar RM180 semalaman untuk bilik superior with windows amatlah tidak berpatutan dengan saiz dan kondisi bilik. Harga tersebut juga tidak termasuk breakfast, jadi pada ambo dan HM ianya agak mahal.

Namun menurut salah seorang receptionist, harga tersebut adalah termasuk surcharge hujung minggu dan musim cuti sekolah. Maknanya harga tersebut adalah harga peak seasons. Namun bila ambo semak kembali di Agoda untuk bilik yang sama pada waktu bukan musim cuti sekolah, harganya sedikit turun kepada RM150++. Tapi pada ambo masih mahal jika bersandarkan kepada saiz dan kondisi bilik.

Kemudiannya yang membuatkan penginapan kami kurang menyeronokkan adalah saiz dan dekorasi bilik. Bilik kami, superior with windows sedikit sesak dengan susun atur perabot. Ini disebabkan saiz bilik yang agak kecil dan pelik. Pelik di sini kerana bilik kami letaknya di bahagian penjuru bangunan hotel yang sedikit melengkung. Jadinya bilik kami bukan berbentuk segi empat, tapi hampir kepada segi tiga.

Justeru itu ruang menjadi terhad, ok kalau anda solo travellers tapi kalau berkeluarga.... lebih-lebih lagi bersama anak-anak kecil yang agak lasak, amatlah tidak selesa bermalam di bilik yang sedemikian. 

Bagi anak-anak yang suka berendam.... another minus factor kerana hotel ini tiada kolam renang. Bilik superior with windows juga tidak dilengkapi dengan bath tub.

Sedikit gambaran Hotel Vistana Micassa, Taiping.....


Selamat datang ke Hotel Vistana Micassa, Taiping. 


Sila parking kereta anda ditempat yang dikhaskan untuk pelanggan Hotel Vistana Micassa, biasanya di perkarangan hotel. Jika anda parking kereta anda diseberang jalan pada waktu pejabat, jangan lupa tinggalkan tiket parking di atas dashboard.


Jika anda berdiri di hadapan reception dan dongak ke atas, ini yang dapat anda lihat.


Lounge hotel untuk pelanggan beristirehat.


Saiz lif agak kecil dan sempit. Bilik kami hampir setentang dengan lif ini, kadang kala boleh dengar pelanggan lain yang sedang berbual sambil menunggu lif.


Bilik kami.


Anda nampak kan betapa sesak dan sempitnya bilik kami? 


TV letaknya dihujung katil dan dipakukan pada para-para.


Malam-malam minum kopi segera sambil layan TV seronok juga.


Foto penuh artistic ini untuk menunjukkan lantai tanpa karpet. HM cukup tak suka menginap di hotel yang mana lantainya tidak berkarpet.


Bilik air dan toilet tiada masalah, bersih dan mencapai piawaian ISO HM.

Jadi dengan segala pro and cons seperti yang dinyatakan, adakah ambo akan kembali sekali lagi ke Hotel Vistana Micassa, Taiping?

Bergantung.... kalau sebagai solo travellers dan harganya berpatutan, tiada masalah untuk ambo kembali.

Tapi jika bersama keluarga, tidak mungkin lebih-lebih lagi untuk bilik superior with windows yang mana biliknya berbentuk segi tiga.... hehehehe.

Sekian.

Monday 16 December 2013

Apa Seronoknya Menginap Selama 2H1M (29-30 Nov 2013) @ Flemington Hotel Taiping?



Flemington Hotel
No. 1 Jalan Samanea Saman,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: +605-820 7777
Fax: +605-808 0177
Email: info@flemingtonhotel.com.my
Website: www.flemingtonhotel.com.my


Entry ini khusus untuk review dan memperihal pengalaman ambo dan HM menginap selama 2 hari 1 malam di Flemington Hotel, Taiping baru-baru ini.

Seperti mana yang diwar-warkan dalam entry 'Catatan Perjalanan Ke Taiping', ambo contact Flemington Hotel pada pagi sebelum bertolak ke Taiping. Kebetulan pada masa itu juga merupakan musim cuti sekolah, jadi bilik yang available amatlah terhad.

Namun nak dijadikan rezeki, dapat jugalah ambo booking bilik superior walau hanya untuk semalaman. Asalnya ambo mahu booking untuk 2 malam tetapi untuk hari kedua, hanya suite yang available di mana harganya jauh dari jangkauan isi poket ambo.  


Walau cuma untuk satu malam, cukuplah untuk ambo dan HM merasai sendiri keseronokkan menginap di Flemington Hotel seperti mana yang diceritakan oleh para bloggers yang terlebih dahulu sampai ke sini sebelum ambo.

Jadi apa seronoknya menginap di Flemington Hotel, Taiping?

Bagi ambo, secara peribadinya ambo cukup suka akan lokasi di mana letaknya Flemington Hotel, Taiping. Kedudukkan hotel ini yang hanya setentang dengan Taman Tasik Taiping menjadikan suasananya cukup santai dan mendamaikan. Lokasi Flemington Hotel juga sebenarnya cukup dekat dengan tourist spots seperti Zoo Taiping, Bukit Larut, Taiping War Memorial dan Muzium Taiping.

Secara peribadi juga, ambo berpendapat layanan petugas Flemington Hotel cukup bagus. Bermula dengan receptionist yang cukup membantu sewaktu ambo menelefon untuk membuat tempahan bilik, juga sewaktu proses check-in serta check-out. Malahan security guard juga cukup pro-active sewaktu ambo tercari-cari ruang untuk parking kereta di kawasan basement.

Ini sewaktu kami tiba untuk check-in. Urusan check-in amat pantas dan lancar. Beritahu nama dan IC untuk semakan, tandatangan form berkaitan, bayar deposit dan tidak sampai 10 minit kemudiannya kami sudah berada di bilik.

Berapa harga bilik superior untuk penginapan selama 2 hari 1 malam di Flemington Hotel?

Ambo cuma bayar RM148 semalaman untuk bilik yang cukup selesa, dan yang paling penting amat bersih. Flemington Hotel sebenarnya masih baru, jadi segala kemudahan masih lagi tip top. Harga tersebut juga sudah termasuk breakfast untuk 2 orang.

Mari kita tinjau keadaan bilik.....

Sarang penginapan kami untuk 2 hari 1 malam... bilik 432. Uniknya setiap papan tanda pintu bilik turut terukir gambaran pokok angsana yang menjadi identiti hotel. 

Sebaik sahaja pintu dibuka dan lampu dinyalakan, inilah yang kami nampak. Two single bed, bilik yang cukup luas, selesa dan bersih. Rasa berbaloi sangat dengan harga yang kami bayar untuk menginap di sini.

Foto artistik ini.... hehehe.... untuk menzahirkan keadaan bilik dan karpet yang cukup bersih. Nak berguling-guling di atas lantai berkarpet pun tak ada rasa geli.

Lately kalau menginap dimana-mana hotel, HM amat @ terlampau prihatin dengan kebersihan tandas dan bilik air. Bilik air di Flemington Hotel ternyata lulus piawaian ISO HM.... bersih terpuji. 

Kita zoom bahagian sinki dengan lebih dekat... ada berus gigi, sabun dan.... eh mana shampoo?

Bath tub tiada.... tapi bukannya masalah besar bagi ambo dan HM. Apa yang paling ambo suka adalah kepala paip mandian, lubang keluar air cukup besar. Bila mandi, air yang mencurah cukup deras dan terasa berketul-ketul, kepala macam diketuk-ketuk mesra.... nyaman dan lega rasanya.... hehehehe.

Pemandangan dari bilik ambo dan HM. Disebabkan bilik kami berada di bahagian sisi hotel, view kami meliputi separuh Taman Tasik Taiping manakala separuh lagi adalah blok-blok perumahan. Nak view yang cantik, dapatkan bilik yang menghadap Taman Tasik Taiping sepenuhnya.

Kalau anda atau anak-anak anda minat berenang, kolam renang milik Flemington Hotel letaknya di aras paling atas bersama-sama Sky Bar. Tapi kami tidak berkesempatan untuk meninjau kemudahan kolam renang tersebut. Lagi pula bila anak-anak tak follow sama, agenda kolam renang always not in the list

Flemington Lounge pula tempat untuk pelanggan lepak-lepak sambil dihiburkan oleh resident artist. Cuma kami tidak berpeluang untuk berhibur di Flemington Lounge kerana ianya ditutup pada hari kami menginap.

Keesokkan paginya kami bersarapan di Raintree Cafe, Flemington Hotel. Kadar bilik superior, RM148 sudah termasuk breakfast untuk 2 orang..... murahkan?

Apa yang ada di Raintree Cafe?

Machiam-machiam ada.... nasi lemak, mee goreng, roti, cereals, kuih-muih, buah-buahan dan lain-lain. Pada ambo lebih dari cukup, paling penting sodap!!!

Sarapan ambo dimulakan dengan semangkuk cereals dan susu segar.

Disusuli dengan sepinggan nasi lemak dan beberapa potongan kecil sausage.

Diakhiri dengan 2 biji telur separuh masak dan sepiring hirisan buah-buahan. Burps.... Alhamdulillah.... hehehe. 

Uniknya bersarapan di Raintree Cafe, disamping menjamu selera.... mata anda disajikan dengan kehijauan Taman Tasik Taiping. Dinding kaca memungkinkan pengunjung menikmati keindahan Taman Tasik Taiping sambil menghirup kopi panas di Raintree Cafe.

Sememangnya tidak rugi kami bertandang ke Flemington Hotel, dengan seribu machiam keseronokkan (but of course selera kita mungkin berbeza).    

Konklusinya, ambo dan HM pasti tidak ragu-ragu untuk kembali sekali lagi ke Flemington Hotel, Taiping.

Friday 13 December 2013

Lagenda 'Friday The 13th'..... Nostalgia Superstition Mat Salleh dan Minah Salleh...

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Hari ini kita bermisteri sikit... pasal hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan. 

Pada kita yang beragama Islam... tak kira berapa haribulan sekali pun, hari Jumaat tetap hari yang mulia dan dianggap penghulu segala hari. Malahan tak pernah wujud hari malang, dan juga nombor yang membawa malapetaka dalam kepercayaan agama suci kita Islam.

Friday The 13th... merupakan  satu kepercayaan tahyul masyarakat barat dan sesetengah kelompok negara timur. Menurut kepercayaan masyarakat barat (tak kesemuanya), hari Jumaat yang jatuh pada tanggal 13hb merupakan hari malang dan boleh membawa musibah dalam apa jua urusan harian.

Asal-usul lagenda Friday The 13th tidak dapat dikenalpasti dengan jelas tapi dikatakan berasal dari dua kepercayaan tahyul masyarakat barat dahulukala iaitu... 

(i) Jumaat merupakan hari malang, terutamanya bagi penduduk berketurunan Itali. 

(ii) jika masyarakat Cina menganggap no. 4 membawa musibah, masyarakat barat pula menganggap no. 13 sebagai pembawa nasib malang. Ini berkisar akan kejadian 'The Last Supper' dan 'Norse Myth' di mana jika ada 13 orang duduk pada meja yang sama untuk makan malam, ia akan berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka.

Kombinasi keduanya membawa kepada Friday The 13th... nasib malang yang berganda-ganda kepada mereka yang mempercayainya. 

Bagi mereka yang berpegang teguh kepada kepercayaan tahyul ini, memang mereka tidak akan keluar rumah, malahan mengelak untuk melakukan sebarang urusan harian pada Friday The 13th.

Kepercayaan tahyul masyarakat barat ini diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian buruk yang kebetulannya jatuh sama ada pada hari Jumaat atau pada 13hb. Antaranya...

(i) Crucifixion of Jesus yang jatuhnya pada hari Jumaat.
(ii) The Last Supper yang dihadiri oleh Jesus dan 12 pengikutnya.
(iii) Penghapusan The Knight Templar di negara Peranchis pada Jumaat, 13 Oktober 1307.
(iv) Kematian beberapa tokoh dan selebriti pada hari Jumaat dan pada 13hb.

Terdapat satu istilah psikologi.... paraskevidekatriaphobia, merujuk kepada mereka yang takutkan Friday The 13th.

Kenapa tiba-tiba ambo terfikir untuk menulis pasal Friday The 13th?

Adakah ambo pun termasuk dalam mereka yang mengalami paraskevidekatriaphobia?

Naudzubillah..... minta dijauhkan oleh Allah Yang Maha Kuasa...

Ambo sebenarnya teringat nostalgia sewaktu masih bermastautin di luar negara suatu ketika dahulu. Mat dan Minah Salleh tempatan memang masih ada yang cukup percaya dengan Friday The 13th (kunun maju sangat... puihhh!!!). 

Menjadi kebiasaan pagi atau petang Jumaat memang hari untuk kami membuat pembentangan... tak kisah apa jua pembentangan atau presentation kata omputih... memang akan dibuat pada hari Jumaat.

Mat Salleh dan Minah Salleh ini semua memang akan cukup takut kalau disuruh buat presentation atau public speaking pada Friday The 13th

Kalau nama mereka naik untuk bentang pada Friday The 13th, sanggup merayu-rayu minta tukar... biasanya kami yang Asian dan Muslim yang kena gantikan mereka. 

Ambo sendiri pun pernah disuruh menggantikan Mat Salleh dan Minah Salleh yang takutkan Friday The 13th. Bukan sekali... banyak kali jugalah.

Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Kuasa... semuanya berjalan lancar. Inshaa Allah apa jua perkara hanya berlaku dengan izinNya.

Jadi tak perlulah kita risau sangat dengan Friday The 13th... nanti boleh jadi syirik pula bagi kita yang beragama Islam. 

p/s: Nostalgia tambahan berkaitan Friday The 13th... ambo pernah download salah satu movie berjudul Friday The 13th. Ambo ingatkan filem seram rupanya filem dot... dot... dot... hehehe. 

Sekian.

Thursday 12 December 2013

TOYOTA VIOS : Brader... Lu Tinted Vios Gua, Baru 3 Bulan Sudah Rosak... Kasi Tukar Baru Punya!!!

As-Salam & Selamat Sejahtera readers DSKB semua...

Semalam rakyat jelata yang mencari rezeki di bumi Selangor Darul Ehsan dapat cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Boleh lepak-lepak di rumah sambil layan Asteruk yang asyik-asyik dok ulang cerita sama. Kalau rajin boleh jalan-jalan cuci mata dan cuci poket... hehehe.

Ambo... nak jalan-jalan memang tak boleh sebab HM cari nafkah di negeri naungan Sultan Perak... memang kene kerja. Nak layan Asteruk... puihhhhh!!! Naik nyampah... asyik-asyik cerita sama dok diulang tayang.

Nak tidur... tak kan dari pagi ke petang nak membuta. 

Jadi ambo start kereta... hala ke Rawang. Tujuannya nak ke kedai aksesori kereta Brothers untuk baiki tinted bahagian cermin sebelah pemandu.

Ambo baru tinted 3 bulan lepas... tapi dah ada bahagian mula terkopek. Ini kes workmanship tak berapa nak bagus... bukan semua bahagian cuma pada cermin sebelah pemandu sahaja. 

Mulanya ambo buat-buat tak kisah... tapi banyak kali masa drive, mata ambo asyik terpandang pada bahagian yang terkopek. Tak boleh jadi ni... nak focus memandu pun tak boleh. 

Niat dah lama nak hantar baiki... sementara masih dalam warranty tapi tak ada masa senang. Sehinggalah semalam, cuti umum sempena keputeraan Sultan Selangor.

Apek2 Brother mula selongkar Vios ambo. 

Masa sampai nasib baik tak ramai customer... ada satu kereta sahaja sebelum ambo. Ngam-ngam ambo reg nama untuk baiki dan serahkan resit plus warranty card, datang berduyun-duyun kereta untuk tinted. Kalau ambo lewat seminit kompem menunggu lama untuk kereta siap.

Sudah kasi cuci tinted lama, lepas ni masuk tinted baru. Kali ini nampak workmanship ok... agaknya bergantung kepada team yang kerja. Nasib baik dapat team bagus, nasib malang macam ambo la jawabnya.

Vios ambo guna tinted biasa saja... VKool dengan kadar penembusan cahaya 30 percent... harga dalam 200 lebih. Campur tinted cermin depan dengan VKool platinum clear, total jadi 400 lebih. Ada warranty 3 tahun dari Brothers tapi siap cop pada resit 'NO JPJ Warranty'.... hehehe.

Disebabkan masih dalam warranty, kos penukaran dan workmanship adalah percuma, FOC. Jadi, dinasihatkan anda simpan baik-baik resit dan warranty card.  

Dinasihatkan juga, kalau rasa tak puas hati... jangan malu-malu untuk minta gantirugi dan claimed warranty. Kebanyakkan daripada kita, kalau sikit-sikit memang rasa macam malas nak claim. Tapi ambo cuba sematkan dalam kepala, tak puas hati walau sikit pun terus minta tukar baru... itu hak kita sebagai pengguna kan?

Masa balik dari Brothers Rawang semalam, ada road block... nervous ambo. Dah la ada 11 saman tertunggak, cermin Vios tinted tak ikut peraturan JPJ. 

Kereta depan lepas, ngam-ngam ambo lalu ada polis trafik tiba-tiba tercegat tengah jalan sambil buat muka serius... memang serius sungguh. Nak turunkan cermin... rosak pula nanti sebab baru tinted

Tawakkal sajalah... Alhamdulillah nasib baik, rupanya dia target Honda belakang ambo... ini mesti kes memotong di lokasi double line... hehehe.

Ok lah... ingat lepas ni nak pergi semak dan bayar saman... hehehe.

Sekian.

Tuesday 10 December 2013

Mata Ganjaran Agoda (Agoda Rewards Points)... Berjaya Ambo Tebus Untuk Penginapan @ Grand Borneo Hotel

Alhamdulillah... tidaklah banyak tapi terkumpul jugalah mata ganjaran Agoda sebanyak USD26 @ RM80.57 dalam account Agoda ambo.  

Ambo mula sertai Agoda pada 22/2/12... masa itu ambo dan HM masih menetap di Australia dan bercadang untuk bercuti ke Bali. Sahabat ambo yang merupakan permanent resident di sana bersungguh-sungguh memperkenalkan ambo kepada Agoda. Katanya memudahkan urusan booking hotel, malahan ada mata ganjaran yang boleh ditebus setelah mencapai tahap-tahap tertentu.

Jadi ambo pun sertai Agoda dengan tujuan memudahkan urusan tempahan hotel... langsung tiada niat nak kejar mata ganjaran. Lagi pula ambo bukanlah hardcore traveller (spontaneous traveller sudah pasti... hehehe). Bukanlah tiada minat untuk travelling atau melancong, cuma disebabkan hambatan tugas dan juga kadang kala kewangan yang tak berapa nak membantu.

Tapi hampir 2 tahun kemudiannya... terkumpul juga USD26 mata ganjaran Agoda ambo. Bila double-check sekali lagi, ada mata ganjaran yang akan expired pada 31/12/13. Mata ganjaran Agoda hanya sah untuk tempoh masa 2 tahun sahaja.

Mata ganjaran yang telah tamat tempoh tidak akan dikembalikan dan akan dilupuskan daripada account. Bila dihitung-hitung rasa rugi pula kalau tidak ditebus... USD26 @ RM80.57, banyak juga tu der... 

Nak dijadikan cerita juga, hujung minggu depan ambo akan bercuti ke Kota Kinabalu. Memang kena dengan masanya, jadi ambo mula browse hotel-hotel yang berkaitan di Agoda. 

Pilih punya pilih ambo booked Standard Room di Grand Borneo Hotel, 1Borneo Kota Kinabalu. Tengok rating dalam Agoda, Grand Borneo Hotel berstatus 4 bintang. Lokasinya pun cantik, dalam pusat membeli belah 1Borneo itu sendiri. 

Kadar semalaman tak termasuk breakfast adalah RM188.97, lepas ditolak mata ganjaran Agoda yang ambo tebus...  ambo cuma kena bayar RM138.63... murah dah tu der pada pendapat ambo.

Harap-harap kondisi bilik dan hotel masih sama macam dulu. Setahun yang lepas ambo pernah menginap di Grand Borneo Hotel, memang amat puas hati. Harapnya masih lagi maintain macam dulu.

Apa-apa pun... Alhamdulillah dan terima kasih Agoda!!!

Sekian.

Bila Gastric Datang Mengundang!!!!

Entah kat mana silapnya... tak pernah pun selama ni.... ambo kena gastric. Mulanya ok tapi sekitar 1 pagi tetiba perut rasa memulas yang amat.

Awalnya sakit biasa-biasa saja... lama-lama makin lain macam sakitnya. Terguling-guling ambo atas katil der... ulang alik toilet tak payah citer la der... kejap-kejap masuk toilet tapi tak ada isi perut yang nak keluar pun.

Tak tahan sangat kejut HM tengah tidur.... jam 3 pagi cari klinik. Bermukim di bandar kecil Daerah Batang Padang, mana ada klinik buka 24 jam. Dulu adalah tapi lama-lama setakat buka sampai jam 11 malam saja. 

Pusing-pusing tak ada klinik yang buka pintu.... kemudian cuba nasib di Klinik Kesihatan Daerah Batang Padang. Eh... eh... eh... nasib baik bahagian kecemasan beroperasi.

Nasib baik lagi tak ramai pesakit, ada seorang saja yang sedang dirawat sebelum ambo. Tak perlu tunggu lama tapi dalam keadaan sakit perut yang teramat... 5 minit pun rasa macam 5 jam der...

Reg nama kemudian bayar seringgit. Tengok tu der... seringgit je kena bayar... murah banget. Beruntung kita jadi rakyat Malaysia. Kalau pergi klinik swasta koman-koman 30 ringgit sudah tentu melayang.

Jumpa on-call staf... both ladies (Indian and Malay)... bla-bla-bla explain apa yang patut... bagus layanan mereka... thumb-up... kompem gastric sebab skip makan tengah hari... hehehe. Sendiri cari penyakit.

Kena inject ubat tahan sakit... kemudian dibekalkan dengan beberapa jenis ubatan... semuanya dengan kos hanya seringgit + layanan berdedikasi dari staf berkaitan... thumb-up sekali lagi.

Bekalan ke pejabat hari ini... hehehe.

TQ juga kepada HM kerana sudi bangun tidur seawal 3 pagi untuk temankan ambo cari klinik... hehehehe...

Sekian.

Monday 9 December 2013

Kembara Mee Udang Kuala Sepetang (29 Nov - 1 Dis 2013)

As-Salam dan Salam Sejahtera buat semua readers DSKB...


Entry ini kiranya kesinambungan dari entry berkaitan perjalanan ambo dan HM ke Taiping untuk sesi bekerja sambil bercuti tempoh hari... atau sebaliknya.... hehehe...

Orang kata... bukan ambo yang kata... tak lengkap perjalanan kita ke Taiping kalau belum sempat pekena mee udang Kuala Sepetang... lebih-lebih lagi mee udang Mak Jah yang katanya tersohor ke seluruh pelusuk tanah air.

Orang kata lagi... orang katalah bukan ambo yang kata... dia punya mee udang banjir penuh dengan udang. Pendek kata dalam mangkuk nampak udang semata. Nak tengok mee kena alihkan udang satu persatu baru nampak mee..... fuhhhhhh!!! Nampak tak dia punya banjir dengan udang? Udangnya pulak besor-besor, gebu-gebu, montok-montok dan fresh dari muara...

Demi mengesahkan dakwaan semua... juga sebagai tanda sahih kami sudah menapakkan kaki kami ke bumi Taiping... maka aktiviti pemburuan mee udang dilancarkan pada hari pertama lagi kami di Taiping dan berterusan sehingga hari terakhir.

Tapi bak kata pujangga... kita hanya mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan. Begitulah kami, walau bersungguh mana pun mengejar mee udang Mak Jah terutamanya, akhirnya bukan rezeki kami. Jangankan mee udang Mak Jah, misai udang Mak Jah pun tak ada peluang untuk kami rasa.

Sesi memburu kali pertama gagal kerana kami (perkataan kami merujuk kepada rakan-rakan, sebab ambo dan HM tengah sibuk berselimut di hotel pada waktu tersebut, kami kirim minta tapau saja) tiba di perkarangan gerai Mak Jah selepas jam 8. Kebetulan waktu tersebut adalah musim cuti sekolah, belum pukul 8 semua stok mee udang Mak Jah sold out. Begitu juga dengan mee udang Mak Teh dan beberapa buah gerai mee udang yang lain.

Kachewa yang amat sangat tapi masih kontrol sebab ada dua hari lagi kami di Taiping. Masuk hari kedua masing-masing busy dengan kerja, jadi tak sempat untuk bertandang ke Kuala Sepetang. Tapi dengan semangat waja, pagi hari terakhir kami sekali lagi ke Kuala Sepetang, maklumlah lokasi site visit pun tak jauh dari gerai Mee Udang Mak Jah. Sekali lagi kami kachewa kerana khabarnya Mak Jah masih belum membuka pintu untuk jualan, tidak pasti pukul berapa tapi kalau mengikut blog berkaitan jam 11 pagi dah mula niaga dah.

Bila tengok gerai-gerai lain di sekitar Kg Menteri pun masih tutup walau menjelang tengah hari. Nak tunggu sampai petang kami dah kena bergegas balik KL.... macam mana tu?  

Memang kachewa sungguh.....

Untuk makluman gerai Mee Udang Mak Jah letaknya di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Taiping. La ni dah siap ada cawangan di Wangsa Walk, Wangsa Maju KL. Waktu niaga Isnin sampai Ahad, jam 11 pagi sampai 11 malam.

Mujur kekachewaan kami terubat dengan Mee Udang Batu 6 Simpang/Changkat Jering. Walau tak dapat merasa mee udang Kuala Sepetang, terubat jugalah bila dapat manja-manja dengan misai udang Batu 6 Simpang/Changkat Jering.

Kami siap tapau lagi mee udang special... satu sepuluh ringgit. Nak kata sedap sangat tu tak adalah, tapi memang sedap. Baru ambo tahu mee udang ada rasa-rasa mee bandung ye?

Udangnya fresh tapi tak adalah sampai ke tahap kena belek udang baru nampak mee. Rasanya banyak mee berbanding udang.... huhuhu...

Nampak tak... banyak mee berbanding udang kan?

Bukan setakat mee udang saja, segala masakan lauk pauk melayu ada. Kami makan nasi campur dan tapau mee udang special balik rumah.

Nasi ayam pun ada, air sirap FOC. Memang sedap lauk pauk di sini.

Mee udang Batu 6 pun jadilah buat pengubat selera. Next time kalau ke Taiping sekali lagi, memang ambo akan make sure dapat melepak di gerai Mee Udang Mak Jah... Inshaa Allah.

Sunday 8 December 2013

Catatan Perjalanan Ke Taiping | 29 Nov - 1 Dis 2013 | Bhgn III

As-Salam dan Salam Sejahtera readers DSKB yang dihormati,

Bertemu lagi kita di bahagian terakhir catatan perjalanan ambo dan HM ke bumi Taiping. Catatan ini berkisar kepada aktiviti kami pada hari ketiga... lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang, Kota Ngah Ibrahim @ Muzium Matang dan makan-makan di Mee Udang Batu 6 Simpang/Changkat Jering.

Mari kita sama-sama rewind kenangan kami pada hari ketiga...

Ahad (1 Disember 2013)

Mengikut perancangan rakan-rakan sekerja dan anak buah, kami perlu berkumpul di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut pada pukul 8 pagi. Jadi selepas Subuh, masih ada banyak masa untuk mencari sarapan sekitar Pekan Taiping.

Bilik yang kami tempah di Hotel Vistana Micassa melalui Agoda tidak menyediakan voucher sarapan pagi, jadi selepas check-out cadangnya kami cuma cari  mana-mana restoran berdekatan untuk bersarapan.

Nampak papan tanda Full House? Memang semua bilik di Hotel Vistana Micassa fully booked. Masa kami buat panggilan telefon untuk booking bilik pun petugas kata bilik penuh. Nasib baik bila belek Agoda masih ada yang kosong. Brader dalam foto di atas satu-satunya petugas yang ada seawal pagi, dialah yang uruskan kaunter dan dia jugalah yang periksa bilik untuk pengesahan urusan check-out.

Urusan check-out memang pantas kerana kami satu-satunya pelanggan yang berurusan pada pagi tersebut. Petugas pun cuma seorang di kaunter. Lepas kami serahkan kunci untuk check-out, kami kena tunggu petugas yang sama yang akan naik ke bilik untuk inspection.... takut kami bawa balik tuala hotel agaknya.... hehehehe.

Masa berurusan tersebut ambo cuba minta resit hotel tapi tak dapat. Memang menjadi kelaziman agaknya pihak hotel tidak akan mengeluarkan resit bayaran penginapan jika membuat tempahan melalui Agoda.

Kali pertama dulu semasa menginap di Kuching, hotel tersebut juga enggan mengeluarkan resit bayaran penginapan kerana katanya bayaran dibuat melalui Agoda, perantara kepada pelanggan dengan pihak hotel. Masalah juga kalau staf finance kompeni tak mahu terima voucher Agoda sebagai bukti bayaran penginapan.

Tak apalah, balik nanti cuba tanya staf finance macam mana nak claim kalau guna voucher Agoda...

Update terkini (10/12/13)... tak ada masalah sebenarnya kalau guna Agoda. Boleh minta Agoda hantar resit pengesahan bayaran hotel melalui email. 

Caranya;
a) Masuk ke laman web Agoda
b) Pergi ke ruangan Agoda self-service atau manage my bookings
c) Click pada bahagian Get my receipt
d) Isi butiran yang diperlukan seperti nama, email dan alamat.
e) Tidak sampai seminit kemudiannya, anda akan menerima resit bukti pembayaran melalui email daripada Agoda.

Mudah kan? 

Back to the story, selepas check out kami ke Restoran Arahman untuk bersarapan. Restoran ini cuma diseberang jalan dengan Hotel Vistana Micassa dan bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.

Suasana klasik restoran mamak di sebuah pekan kecil seperti Taiping. Atas meja mesti ada sebekas telur rebus. Jarang sekali masa kini kita nampak telur rebus diletakkan di atas meja makan kalau kita masuk di mana-mana restoran mamak di kota besar kan?

Bersarapan ala kadar dengan segelas teh tarik, roti telur dan maggie goreng, kami kemudiannya bergerak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang.

Lokasinya kira-kira 10 km dari bandar Taiping dan terletak dalam Hutan Simpan Jebong. Hutan Paya Larut Matang mempunyai keluasan kira-kira 101,877 hektar termasuklah 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Antara tarikan utama Hutan Paya Larut Matang adalah kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, hutan simpanan dara dan Pusat Eko Pelajaran yang akan kami kunjungi pada hari ini. Hutan Paya Larut Matang dibuka kepada umum untuk aktiviti seperti memancing, berkhemah malahan penyelidikkan hutan paya bakau.

Masuk adalah percuma dan dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Tiada khidmat jurupandu tapi pengunjung boleh menikmati keindahan Hutan Paya Larut Matang dengan berjalan melalui titian kayu sejauh kira-kira 1 km.... Inshaa Allah selamat.

Kepada yang berminat, boleh juga menginap di sini kerana kemudahan chalet turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Manakala kemudahan jeti bot membolehkan pengunjung menyusuri muara dan melawat lokasi pembiakan kelip-kelip. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan chalet dan pengangkutan bot, anda boleh berhubung secara terus dengan; 

Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang
34000 Taiping, Perak.
Tel: +605-8072 672
Fax: +605-8067 743

Rombongan dari mana-mana institusi pendidikan juga amatlah dialu-alukan. Jadi anda hanya perlu berhubung dengan pejabat hutan jika memerlukan bantuan berkaitan dengan lawatan anda.

Papan tanda yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Hutan Paya Larut Matang. Lengkap dengan maklumat berkaitan Hutan Paya Larut Matang. 


Ucapan alu-aluan dan briefing oleh pegawai perhutanan Hutan Paya Larut Matang. 

Maklumat tambahan berkaitan Hutan Paya Larut Matang dan kepentingannya dari sudut ekonomi boleh anda perolehi dengan mengunjungi galeri milik Jabatan Perhutanan yang dibina khusus bagi tujuan eko pendidikan.


Titian kayu sejauh lebih 1 km ini membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat keunikkan hutan paya bakau. Ia bermula dari galeri perhutanan dan berakhir di jeti milik Jabatan Perhutanan.

Antara spesis bakau yang tumbuh subur di kawasan Hutan Paya Larut Matang. 

Salah sebuah chalet untuk kemudahan pengunjung. Berkaitan harga dan tempahan, sila berhubung secara terus dengan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang.


Anda boleh menyewa bot untuk menyusuri muara yang terdapat di Hutan Paya Larut Matang.

Hasil kayu bakau dari Hutan Paya Larut Matang biasanya dituai untuk industri pembuatan kayu arang dan kebanyakkannya dieksport ke Jepun. Kayu arang ini digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kosmetik dan juga pharmaceuticals.

Kalau ada masa dan berminat, anda boleh kunjungi kilang kayu arang berdekatan. Kami tiada kesempatan dan juga tiada minat... hehehe.

Untuk pengetahuan juga, kedai Mee Udang Mak Jah hanya 20 meter dari pintu masuk  ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang. Tiada rezeki untuk kami mencuba kelazatan mee udang Mak Jah kerana khabarnya ia hanya dibuka lewat tengah hari, tapi bila dirujuk blog berkaitan jam 11 pagi dah buka.... mana satu betul ni?

Persinggahan terakhir kami sebelum bergerak pulang adalah Kota Ngah Ibrahim ataupun  Muzium Matang. Kota Ngah Ibrahim asalnya dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim Bin Jaafar pada tahun 1854. Kota ini dibina sebagai pusat pentadbiran bagi daerah Larut, kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan juga pusat pengumpulan hasil bijih timah.

Kota Ngah Ibrahim dengan tembok batu sepanjang 131 meter dan 110 meter lebar, pernah diduduki oleh Kapten Tristam Speedy iaitu Penolong Residen Perak setelah Ngah Ibrahim dihukum buang negeri kerana menentang campur tangan Inggeris di Perak sesudah Perjanjian Pangkor 1874. 

Kota ini juga menjadi lokasi kepada perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor  atas tuduhan membunuh Residen British yang pertama di Perak, J.W.W Birch. Malahan di depan kota inilah kedua mereka dihukum gantung sampai mati pada 21 Januari 1877.

Kemudiannya Kota Ngah Ibrahim ini pernah menjadi kampus Maktab Perguruan Melayu pada tahun 1913. Manakala pada zaman pendudukkan Jepun, ia menjadi ibupejabat Pentadbiran Tentera Jepun.

Pada tahun 1985 Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti untuk dipulihara sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang.

Antara yang anda boleh lihat dan pelajari dari Kota Ngah Ibrahim @ Kompleks Sejarah Matang...


Perkarangan masuk ke Kota Ngah Ibrahim atau kini dikenali juga sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang. Masuk adalah percuma.


Kota Ngah Ibrahim turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Negara.


Monumen memperingati bagaimana Long Jaafar menemui bijih timah di Larut. Malahan nama Larut diambil sempena nama gajah kepunyaan Long Jaafar. Menurut cerita gajah tersebut, Si Larut namanya telah hilang selama 3 hari. Apabila ditemui, Long Jaafar dapati badan Si Larut diselaputi bahan aneh. Lalu Long Jaafar menghantar sampel ke Pulau Pinang untuk dianalisa. Gumbiranya hati Long Jaafar apabila didapati bahan aneh tersebut adalah bijih timah lalu dibawanya sekumpulan orang Cina dari Pulau Pinang untuk memulakan aktiviti melombong bijih timah di Larut.


Salah satu ruangan dalam Kompleks Sejarah Matang ada menceritakan persengkataan dua kumpulan kongsi gelap Cina, Ghee Hin dan Hai San yang membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II, dan III.


Sebaik sahaja Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles, Kota Ngah Ibrahim diambilalih oleh penjajah British. British telah membina sebuah penjara di tingkat bawah Kota Ngah Ibrahim, dan di sinilah Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor dipenjara sebelum dibicarakan atas tuduhan membunuh J.W.W. Birch.


Kamar milik Ngah Ibrahim, tempat beliau beradu dan melelapkan mata.


Ruang pejabat Ngah Ibrahim.


Sewaktu penjajahan Jepun, Kota Ngah Ibrahim dijadikan ibupejabat pentadbiran tentera Jepun.

Banyak sejarah yang kita boleh perolehi dan jadikan iktibar dengan mengunjungi lokasi seperti Kota Ngah Ibrahim. Bagaimana sebuah daerah yang maju dan kaya akhirnya dikuasai oleh orang luar setelah pembesar tempatan bersengketa dan berebut kuasa sesama sendiri. Sejarah mungkin berulang..... hanya Allah Maha Mengetahui...

Kota Ngah Ibrahim merupakan destinasi terakhir lawatan kami.... seterusnya saya dan HM bergerak menuju ke highway untuk beransur pulang. Sebelum tiba ke plaza tol Changkat Jering, kami singgah di satu warung, Mee Udang Batu 6, letaknya di sempadan Simpang dan Changkat Jering.

Disamping mee udang, warung ini turut menyediakan masakan Melayu yang lain. Terpesona dengan lauk-pauk yang kelihatan lazat, ambo dan HM makan tengah hari dengan nasi campur... tapi sempat tapau juga mee udang special untuk makan malam nanti. Harga amat berpatutan untuk nasi dan lauk pauk. Mee udang biasa berharga RM7 dan mee udang special RM10.

Selesai makan tengah hari, kami terus masuk ke susur tol Changkat Jering untuk pulang ke rumah yang sudah 3 hari ditinggalkan. Perjalanan pulang Alhamdulillah amat lancar dan kami selamat tiba menjelang petang.... Alhamdulillah.

Oleh itu berakhirnya sesi bekerja sambil bercuti ambo dan HM ke Taiping.

Insya Allah kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya.... ambo akan review hotel-hotel yang sempat kami inap semasa ke Taiping.

Sekian.