Monday 3 February 2014

Kelab Go Cart dan Akademi Memanah Tanjong Malim

Kini ada satu tarikan terbaru ke Tanjong Malim, terutamanya kepada peminat-peminat go cart dan memanah. Kelab Go Cart dan Akademi Memanah Tanjong Malim telah dibuka, bertempat di Kg Ketoyong, mudah kata berhadapan dengan Stesen Komuter/Keretapi Tanjong Malim.

Pendaftaran dibuka sekarang. Individu RM80 manakala untuk keluarga seramai 5 orang pula RM180.

Amachiam, kadar dia murah atau mahal?

Tujuan utama kami singgah sebab MHD dan QM beriya-iya nak main go-cart. Sekali bila nak reg rupanya go-cart hanya terbuka untuk mereka yang berusia 10 tahun ke atas. Hehehehehe..... terus ada yang terluka hatinya kerna masih belum cukup umur.

Tapi kalau kowtim ok kot..... umur muda tapi saiz badan dah machiam budak besaq ok agaknya. Next time ambo mahu choba nasib, untung sabut merasalah bebudak tu memandu go-cart.

Nak suruh memanah takut belum ada daya nak tarik..... sudahnya yang bawah 10 tahun terpaksa main benda ni.....

Ini adalah percuma, melompatlah sampai semput tak ada yang melarang.

Mak dan bapak budak boleh lepak-lepak makan goreng pisang sambil perhatikan anak-anak yang bermain trampoline.

Lepak-lepak sambil pekena pisang goreng pun layan juga!!!

Pada yang berusia atas 10 tahun, bolehlah layan corner.....


Ambo memang teringin nak choba tapi karang ada yang jaki. Next time kena tinggalkan budak kenit berdua kat rumah kalau datang sini.

Apa lagi geng..... jom kita layan corner!!!!

Roger & out.

3 comments:

  1. Hehehehe... dekat je dengan rumah teman... jalan kaki pun boleh sampai... Teman dah test drive track nie... memang masyuk la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...... asal weekend je leh la layan corner ^_^

      Delete