Tuesday 15 April 2014

Pengalaman Buat Lesen Motosikal B Full - Terhad Kepada Yang Tak Pernah Ada Lesen Motor

Pada usia yang agak lewat, baru ambo ada kesedaran sivik untuk membuat lesen motor. Itu pun bila minat untuk bermotosikal muncul kembali. Ini kerana selama ini ambo ke hulu ke hilir berkereta (opkos dengan lesen memandu kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh). Masa zaman rempit dahulu, memang tunggang motor tak pernah ada lesen pun, malah dah kerap sangat kena saman sebab menunggang tak ada lesen..... hehehehe.

Okied, kita cerita pasal lesen B Full ye. Ini pengalaman peribadi ambo sendiri, tak pernah ada lesen motor L & B2, cuma memiliki lesen kelas D. Kalau anda pernah ada lesen L motor dan B2 mungkin prosedur pemilikan B Full sedikit berlainan.

First step, kena survey akademi memandu - ini untuk mendapatkan harga terbaik dan prosedur pemilikkan lesen B Full yang paling sempoi tapi hendaklah mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Tapi ambo tak survey mana pun, terus terjah akademi memandu yang dekat dengan rumah - senang plus malas nak survey lebih-lebih. Disebabkan tak pernah ada lesen motor sebelum ini, kena bayar RM150 untuk buat lesen L untuk belajar bawa motor. Kena sediakan dokumen seperti lesen L masa belajar kereta dulu, lesen kereta kelas D dan IC. 

Kemudian kena masuk kelas teori - pasal undang-undang & teori nak handle motor lebih kurang - boring wa cakap lu!!!! 

Bagusnya ujian bertulis/komputer untuk L tak perlu ambil sebab pernah buat sebelum ni. Dalam masa seminggu lesen L siap dan anda bebas menunggang superbike anda, tapi tak rock mana sebab kena gantung pelekat L, huhuhuhu!!!!!

Jadi cepat-cepat ambil kelas praktikal menunggang superbike selama 10 jam, kemudian boleh terus test dengan JPJ. Ada orang kata kena tunggu sebulan lepas dapat L baru boleh test JPJ, tapi in my case tak perlu pula. Dah lulus JPJ, bolehlah buang pelekat L tu jauh-jauh..... hehehehe.

Total ambo habis untuk buat lesen motor B Full adalah RM600 (Lesen L + belajar bawa superbike 10 jam + test JPJ B Full). Lain akademi memandu mungkin lain dia punya bayaran dan prosedur.

Ini pengalaman ambo di TGM, Perak.

Roger & out.

7 comments:

  1. Good info. Thank you.. tapi rata rata kat kl nih tanya nak dapatkan lesen Bfull without lesen B2 800 plus.. huhuhuhu.. terbantut nak amik lesen nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itupun nasib baik prosedur baru pemilikkan lesen oleh JPJ ditangguhkan, khabarnya kos akan makin meningkat. Cuba bro belek2 TayarGolek.com dan contact bro Han TayarGolek, mana tahu dia ada lubang lagi bagus dengan harga yang lagi murah.

      Delete
  2. bro...kalau nak amik lesen b full terus boleh ke...in case xde lesen L motor & B2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada B2 boleh terus buat lesen B full. Tapi kena buat lesen L juga, kira lesen L untuk belajar tunggang moto melebihi 250 cc. Lesen L tersebut juga dah boleh tunggang moto 250 cc ke atas di atas jalan raya, cuma tak boleh bawa penumpang.

      Dah ada lesen L baru boleh ikuti kursus KPP sehingga ujian untuk dapatkan lesen B Full.

      Delete
  3. Tuan.lesen motor b full nie kira buleh bawak moto semua cc la kan..dari serendah2 cc smpai setinggi2 cc?

    ReplyDelete