Bakal tunggangan ulang alik TGM-SA. Sumber Online. |
Akhirnya setelah dipikiaq masak2 dan selepas asyik dok keluaq ayaq masuk kedai, petang tadi ambo telah meleburkan RM2000 sebagai deposit Yamaha FZ150i. Memang nekad sungguh dah nawaitu di hati, memang FZ150i jadi sandaran hati.
Nak bayaq cash tak cukup duit sebab tengah renovate rumah, terpaksa minta tolong emcek AEON kasi hutang, bulan-bulan ambo janji bayaq ansuran. Bayaq deposit 2k, bulan-bulan kena bayaq RM275 selama 3 tahun. Harga motor kalau hutang AEON RM9500.
Kalau loan AEON lulus, minggu depan dah boleh reg motor, dan hangkut balik rumah..... hehehehe.
Nak zero down payment pun boleh, tapi sakitlah sikit bayaran bulanan. |
Apa-apa pun sebelum dapat motor kena kompem balik dengan driving school, bila lesen ambo siap. Petang tadi follow up katanya belum siap sebab JPJ punya sistem ada sedikit gangguan. Ini sudah delay 2 minggu, JPJ punya sistem yang down ka driving school yang lupa buat ambo punya lesen? Janji Isnin atau Selasa depa call kasi kompem.
Lagi satu nak carik riding gear. Helmet fullface, gloves, armour jacket dan knee/shin guard. Lawak ka naik FZ150i dengan full riding gear? Lawak kot sebab machiam bagus je naik motor kecik tapi riding gear mengalahkan penunggang superbike.
Tapiiiiiiiiiii........ ambo tak peduli itu semua, safety first brader. Keselamatan semasa menunggang amatlah mustahak. Biar apa orang nak kata, janji kita jaga keselamatan tubuh badan sendiri. Kalau bukan diri sendiri sape lagi ye dok?
Roger & out.
da dpt ke bro?
ReplyDeleteda dpt ke bro?
ReplyDeletebagus ni
ReplyDelete