Thursday 17 April 2014

Yamaha FZ150i Model 2014

Sumber: Google Image.


Akhirnya Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd melancarkan secara rasmi model terbaru FZ150i untuk pasaran Malaysia. Model terbaru tersebut dijual pada harga RM8,538.

Kehadiran model facelift ini sememangnya telah dihidu oleh dunia permotoran sejak dari awal tahun lagi, cuma pihak Hong Leong seakan mahu berteka-teki akan kehadirannya untuk pasaran Malaysia.

Adakah itu merupakan strategi pemasaran untuk menghabiskan stok-stok lama sebelum facelift baru dibawa masuk? Sememangnya strategi tersebut berjaya, sekurang-kurangnya kepada ambo sendiri yang baru seminggu membawa pulang Yamaha FZ150i model terdahulu.

Huk huk huk!!!!! Mahu nanges pun ada bila tup tup Hong Leong lancarkan model facelift 2014. Kalaulah ambo bersabar dalam seminggu dua..... ye KALAU!!!!! 

Tapi bila dipikiaq-pikiaq, nak tunggu model facelift 2014 pun bukannya ada terus stok kat kedai. Okied, ambo tetap sayang Ketam Besi walaupun model sedikit lama...... hehehehe.

Buat masa ini ambo masih belum berpeluang untuk melihat secara dekat apa perubahan yang ada pada model 2014 selain dari fizikalnya yang sedikit berlainan.

Tapi menurut pihak Hong Leong Yamaha Malaysia, model facelift tersebut hadir dengan sedikit perubahan membabitkan perumah bagi lampu utama hadapan serta belakang, ciri keselamatan dipertingkatkan, tangki bahan api rekaan sporty dan padanan brek cakera belakang.

Buat masa ini FZ150i Model 2014 hadir dengan variasi warna merah, putih dan hitam. Jika tiada aral, model tersebut akan mula menghiasi 230 pusat pengedar Yamaha bermula minggu hadapan. 

Inshaa Allah jika ada maklumat terkini akan di update dari semasa ke semasa.

Roger & out. 

No comments:

Post a Comment