Thursday 1 October 2015

CuKuR-CuKuRaN BeRSaMa oPTiMuM Vio SHaVeR

Ke JPJ kita, untuk renew lesen. JPJ Padang Jawa machiam biasalah, penuh sokmo. Dapat no giliran 1238, no semasa 1143, ada dekat 100 pelanggan masih menunggu sebelum tiba giliran ambe.

Nampak machiam lemau nak menunggu tapi tak sebenarnya, kurang setengah jam kemudian urusan ambe selesai. Kira cekap jugalah perkhidmatan kaunter di JPJ.

On the way ke tempat parking motor, kena lalu deretan kiosk machiam dalam gambirun kat bawah;

Ini betul2 depan blok utama JPJ Padang Jawa, dataran dah jadi tempat jual-jualan. Tak tahulah secara kekal atau sementara saja. Ada pelbagai kiosk, minuman, makanan, tudung ala2 Paridah dan sebagainya.

Eh! agen Coway pun ada tapi dah satu kat rumah la de, pass away ye de!

Ok, kiosk berikutnya machiam best, ada jual shaver electric jenama Optimum. Tak pernah dengar pun brand ni de, ko biar benar. Sakan le salesman Optimum tu duk promo, biasanya ambe pass away je kalau tak berminat.

Tapi memang ambe tengah mencari shaver electric pun, jadi layan sajalah brade Optimum tu punya sembang kencang. Harga asal katanya RM180++ tapi la ni ada promosi RM69.90 tanpa GST.

Murah tu bang, pujuk brade Optimum.

Ada 3 mata setiap satu ada 6 blade, segala machiam bulu boleh dicukur katanya lagi. Nak licin terus boleh, nak nampak machiam karpet pun boleh. Wow! menarik tu hahahaha!!!!

Inilah ghopenyer Optimum Vios Shaver. Mata 3 kat kepala belah kiri itu untuk cukuran ke pelbagai lekuk tubuh (cukur habis) manakala yang terjungkit belah kanan pula untuk cukuran tak berapa nak licin (kut la nak geli2, biar tinggal tunggul sikit2 hehehe).

Inilah ghopenyer dari sudut yang lain, nampak 3 mata bulat tu kan. Nak cuci nanti jangan guna air, guna saja berus yang disediakan. Saiz shaver pun tak adalah besar mana, kira portable jugalah, senang untuk dibawa kalau travelling kemana-mana. Bateri pula built in, kena charge selama 8 jam, kalau ikut manual cukup untuk kegunaan seminggu (cukuran biasa, sekali sehari). Cara charging guna USB, sambung kat laptop pun buleh machiam ambe tengah buat sekarang.

Optimum Vios Shaver entah negara mana pengeluarnya tapi diimport oleh syarikat tempatan, DNMC International Sdn Bhd. HQ di UEP Industrial Park, Shah Alam dengan cawangan di beberapa tempat seperti Klang, KL, Cheras, Seremban, Kota Kinabalu, Ipoh, Kuching dan Kota Bharu.

Setiap pembelian disertakan dengan warranty selama setahun. Boleh pergi ke mana2 cawangan untuk claimed warranty. Tapi harapnya tak rosak le dalam masa setahun ni, sebab benda kecik sebegini malas nak buang masa pergi claim bagai. Kompeni jugak yang untung kalau semua kastemer machiam ambe.

Nanti lepas ambe guna dalam seminggu dua, ambe review pasal produk ini k. Tapi kalau hang pa ada apa2 komen, sudi2 le kongsi apa yang patut. Kut la hang pa nak suggest electric shaver yang lagi best dari Optimum Vio Shaver ni.


2 comments:

  1. kalau ada yg berminat nak guna vio shaver boleh call sya 011-23777288 utk dropship atau agent dpt harga murah, syaratnya order 10 unit keatas ya

    ReplyDelete
  2. Saya Baru beli 2 hari lepas, masa conference Di Sg. Petani , sangat bagus untuk orang yang selalu travel macam saya ni. Cuma charge letakkan dalam dashboard. Kalau lupa shave boleh terus guna , kos pun tak mahal. Beli dengan sale girl cawangan perai rasanya.
    Give credit to her... Sebab pandai Buat sale..

    ReplyDelete