Sunday 19 May 2013

Karnival Apresiasi Sastera Kanak-kanak & Remaja - Priceless Moments with The Kids

Karnival ini anjuran pelajar pengajian sastera UPSI bertempat di Auditorium Utama UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah..... atau lebih fofular dengan panggilan UPSI kampus lama.



Mari kita tinjau2 dahulu sekitaran auditorium.... sat gi kita sembang pasal karnival.

Melangkah ke auditorium..... kampus lama dengan kemudahan marbeles.


Nampak classy

Bila masuk dalam.... masih baru dan terpelihara.... nak guling2 kat karpet pun boleh.... silap2 boleh lena terus..... p/s: memang ambo lena sekejap pun.


Tidak ramai tapi cukup meriah


La ni kita sembang pasal karnival pula - kami tahu pasal karnival ini pun selepas diwar-warkan oleh cikgu-cikgi PKKK UPSI. 

Antara pengisian karnival ini adalah - pertandingan melukis, pertandingan mewarna, puzzle, dan beberapa jenis games lagi.

MHD & QM pun cukup teruja untuk menyertai pertandingan melukis & mewarna. Kali pertama untuk mereka - lagi pula ambo pernah menghampakan permintaan mereka untuk ke pertandingan melukis beberapa bulan yang lepas ekoran kesibukkan tugas.

Kiranya kunjungan ini sesi tebus dosa - juga memenuhi impian MHD & QM untuk merasai kemeriahan karnival sebegini.

Karnival bermula sekitar 8 pagi kalau mengikut jadual yang dibekalkan oleh pihak penganjur.... tapi kami hampir 11 pagi baru terkedek-kedek tiba. Alhamdulillah masih sempat untuk menyertai pertandingan melukis yang baru bermula.

Lepas mendaftarkan diri di meja urusetia... dengan malu2 kucheng MHD & QM masuk ke dewan..... siap ada announcement lagik dari petugas bakal cikgu-cikgi mengalu-alukan kedatangan kami yang terliwat lewat ini.... bertambahlah malu2 kucheng si MHD & QM.

Bila mana MHD & QM sibuk melukis, ambo pula sibuk melahap kuih-muih dan teh O yang dibekalkan oleh pihak penganjur.... makanan free memang sentiasa lazat. Alhamdulillah rezeki.... sambil itu sempat jugalah ambo snap pixs barang berkeping-keping menggunakan Samsung S3.

Mari kita tinjau senario sewaktu pertandingan melukis ini berlangsung..... 

Sesi melukis dah separuh berjalan baru kami tiba dengan senyum simpul.

MHD dengan penuh kompiden melakar apa yang patut.

Kemudian pertandingan mewarna pula.... mari kita saksikan melalui lensa Samsung S3....

Masing2 kusyuk memerah idea terbaik.

Hasil nukilan QM.

Barisan cikgi2 yang bertindak sebagai JK Pelaksana Karnival... comey lotey semua!!!!

Habis kontot segala pensil warna.... akhirnya siap juga nukilan masing2. Hokey anak2... melukis sudah, mewarna pun sudah. What's next tanya anak ketua kampung ambo....

Ada pertunjukkan pentas pula.... pesertanya tak lain tak bukan anak2 kecil itu juga disamping bakal cikgu-cikgi sebagai fasilitator. Ada chicken dance, gwiyomi (sampai ke sudah ambo tak nampak mana comelnya gwiyomi ni!!!!!) dan juga senaman si Tommy (kejap ke depan, kejap ke belakang.... owhhhhh ahhhhhhh!!!!!!).

***Ambo nak muat naik video persembahan anak2 tu semua tapi internet slow.... nanti kalau sempat ambo muat naik di lain siaran***

Seronok lihat anak2 enjoy menari disamping bakal cikgi2 yang comel lotey..... buat ke sekian kalinya ambo perasan betapa gediknya MHD bila berpeluang menonjolkan bakat di pentas.... hehehehe. Tak kisahlah nak, janji enjoy!!!!!

Penat menari tergedik-gedik kat pentas, rehat kejap untuk makan tengah hari dan ada yang sempat lelapkan mata. Anak2 pula mana tahu time rehat - sibuk dok lari sana sini dengan kekawan baru.

Selepas makan tengah hari yang dibekalkan oleh pihak penganjur... (walau sekadar nasi goreng cina dan air sirap.... lazatnya tidak terperi lantaran makanan free.... hehehehe) acara bersambung pula dengan permainan seperti - puzzle, teka bentuk dan teka warna - kali ini permainan dijalankan dalam kumpulan kecil - cukup bagus untuk memupuk kerjasama berkumpulan di kalangan anak2.

Menjelang 2 petang... karnival sampai ke penghujungnya dan semua aturcara program tamat dengan jayanya.... saat bahagia bakal menjelang - iaitu acara penyampaian hadiah. Anak2 excited, mak bapak pun turut excited sama. Hadiah disampaikan oleh En. Ghazali, pensyarah kursus sastera merangkap penaung karnival.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan hadiah saguhati - semua peserta bergilir-gilir naik ke pentas menerima saguhati masing2 termasuklah QM kecuali MHD dan beberapa peserta yang lain.

Ambo dah agak ini mesti MHD bakal dapat hadiah utama - sebab tu nama dia tidak tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati. Sekali MHD buat muka konpius - dalam kepala mesti tertanya-tanya macam mana nama dia boleh tertinggal.... hehehehe

Nak lagi sadis - kakak fasilitator yang bertugas sebagai MC siap buat suspen tanya siapa yang belum terima hadiah dan MHD dengan penuh semangat angkat tangan sambil jerit "saya belum dapat!!!!!!!".... Oh!!!!! anakku..... hehehehehe. QM pulak siap buat muka kerek sebab MHD tak dapat hadiah.... aduyai!!!

Bila mana cik MC umum tempat ketiga hingga pertama pertandingan melukis.... nama MHD belum juga naik - lagi la budak tu konpius, terpinga-pinga kat tempat duduk sambil tersengih2 kelat.

Dup dap.... dup dap.... eh! nama anak ambo ni memang tertinggal ke? Hahahahahaha.....

Masuk keputusan pertandingan mewarna.... tempat ke-3 dan ke-2 pun bukan milik MHD. Amik ko.... sekali cik MC announce nama MHD sebagai johan pertandingan mewarna melompat budak tu naik pentas dengan muka penuh bangga.

Ambo sebagai penyumbang sperma kepada penghasilan MHD pun turut tumpang bangga. Muncul juara dalam penampilan sulung dalam pertandingan sedemikian. Moga makin cemerlang & terbilang di masa hadapan anakku.... shabbas betta (sambil hayun tangan gaya Amitab Bachan).

Nak lagi surprise.... sekali nama QM diumumkan sebagai peserta paling aktif dalam kumpulannya. Makin kerek budak tu.... siap naik pentas sambil hentak kaki macam gergasi!!!!!

Memang langkah kanan agaknya.... kumpulan yang disertai oleh MHD & QM turut berjaya menyandang tempat ke-2 keseluruhan....  merasalah naik pentas untuk menerima hadiah buat kesekian kalinya..... tahniah sekali lagi anak2 ku (senyum simpul style Rosham Nor). Makin lebar senyum simpul budak2 tu usung hadiah ke hulu ke hilir!!!!

At the end......
Enjoy dapat..... hadiah dapat..... ilmu yang bermanafaat pun dapat.... paling penting family bonding & social bonding pada kos yang paling minima tapi pengalaman yang dikutip pada ambo adalah priceless!!!!

TQ dan tahniah kepada JK yang terlibat.... anda memang owsem!!!!

4 comments:

  1. terima kasih kerana sudi hadir memeriahkan suasana..ibu bapa seperti inilah yang kami harapkan.cakno ko anok2 -melentur buluh biar dr rebungnya-

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi hadir memeriahkan suasana... kami juga sangat gembira dengan kehadiran tuan sekeluarga.

    ReplyDelete