Cadangan asal mahu rehat di rumah sahaja sebab esok nak memandu ke Paka, Terengganu. Anak buah kawen dengan orang Felda Kerteh 4. Tapi MHD & QM kena beli baju renang baru, swimming trunk lama sudah sendat bagai sarung cempedak. Jadi paginya kami bergedik santai ke AEON Rawang untuk membeli keperluan renang MHD & QM. Trafik menuju utara agak sibuk tetapi tidaklah sesak, mujur kami dari Cape Malim melawan arus, jadi pemanduan agak santai.
Hatta apa tujuan sekalipun ke AEON Rawang, inilah lokasi pertama yang dituju oleh MHD & QM untuk menghabiskan boreh. Kalau tak abis boreh kat sini dalam segantang dua memang tak sah. Dah habis coin dalam dua puluh keping baru boleh pergi shopping dengan aman.
Koleksi baju renang kanak2... mahal juga. Moral of the story, untuk kanak2 yang sedang membesar tak perlulah ke AEON untuk shopping pakaian renang, cukup ke Tesco atau Pusat Pakaian Hari2. Beli mahal2 pun dua tiga bulan lagi kena beli baru sebab anak2 memang cepat membesar terutamanya QM.
MHD & QM sudah ketagih dengan mesin urutan Gintell. Asal penat berjalan sedikit mesti nak pekena Gintell barang seringgit dua.
Sebelum balik pekena The Chicken Rice Shop dulu. Kerabu mangga dia memang sedap, lain2 biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment