Sejurus masuk rumah semalam selepas balik dari keje, MHD & QM terus terkam ajak pegi makan pija.... hahahaha pizza jadi pija. Tetiba mengidam nak makan pija budak berdua ni. Mulanya cadang nak delivery order saja tapi QM berkeras nak makan kat premis Pizza Hut.
Sementara tunggu AT balik saya mandi dulu... dan off we go to Pizza Hut Cape Malim. Minta AT order sebab saya bukan peminat pizza, dan dah lama tak ke Pizza Hut... tak tahu nak order apa. Set kami semalam supreme hawaiian pizza + chicken wings 4 pcs + jus asam + hot milo.
Pizza biasa saja tapi chicken wings memang sedap. MHD dan QM pun suka, sudahnya mereka yang habiskan chicken wings. Pizza saya yang saya habiskan.
On the way balik, cuba singgah farmasi sebab MHD dan QM selsema... tapi farmasi tutup sebab hampir masuk waktu Maghrib. Next day kena bawa both of them to clinic, demam kalu kensel plan pergi Terengganu minggu depan.
No comments:
Post a Comment