As-Salam.....
Hujung minggu yang panjang kembali lagi sempena CNY, kali ini w'ols seisi keluarga bergedik santai ke Paka, Terengganu. Berkebetulan pula anak buah bertemu jodoh dengan gadiz Felda Kerteh 4... jadi seisi keluarga semua berkumpul di Paka, Terengganu.
MHD dan QM pun cukup teruja untuk ke T-gainu... yep T-gainu that how MHD pronounced Terengganu... saban hari bertanya bila kami akan bertolak ke T-gainu. Sampai hari, kami turun dari rumah agak awal dari kebiasaan, jam 8 am sudah meninggalkan rumah di Cape Malim menuju T-gainu. Kami memilih laluan Cape Malim-Batang Kali-Genting Highland-Karak-LPT-Cherating menuju Paka.
Disebabkan meninggalkan rumah hanya beralaskan secawan kopi jantan, kami menyinggah di Restoran Sepakat, Batang Kali untuk bersarapan... walau pelanggan agak ramai, w'ols tak perlu menunggu lama untuk hidangan sampai. Harga pun amat berpatutan, tapi makanan biasa2 sahaja... tiada yang istimewa pada tekak saya.
Kami hanya bertolak ke Paka pada hari Isnin 11hb, jadi laluan sememangnya lancar kerana sudah ramai yang pulang ke kampung lebih awal. Laluan yang lengang membolehkan saya memandu agak santai, sekitar 80-100 km/h.... memandu sambil bergedik santai... seperti LPT ana yang punya.... hahaahha. Tol LPT pun tak mahal mana... cuma RM16.90 untuk laluan dari Karak ke Jabor... hahaha nama tempat tu Jabor... semacam je nama dia.
Sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa tempat... antaranya R&R dan juga masjid2... sebabnya MHD dan QM suka benor mahu terkucil bila berjalan jauh. Kejap2 mahu terkencing.... bak kata QM "saya sudah tak tahan ni..." sabo je lah. Bila ayat tak tahan dah keluor dari mulut MHD dan QM terpaksalah menyinggah cari tandas.
Masjid Khariah Kampung Cherating... kami sempat singgah sebab MHD dan QM mahu terkucil lagi. Nak singgah lama sikit untuk menunggu Zuhur cadangnya, tapi waktu lambat lagi jadi teruskan perjalanan ke Paka selepas MHD dan QM selesai dengan hajat masing2.
Masjid Taman Hadhari, Paka.
Menghampiri Pekan Paka. Pekan kecil tapi bersih, tertarik dengan tulisan pada signage yang dilekatkan pada tiang lampu isyarat "TAK RASA BERSALAH KE BUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA?".... kreatif betul PBT Paka.
Disebabkan kerap bonar menyinggah, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam jadi 6 jam... lagi pun saya tak memecut mana sebab mahu menikmati pemandangan disepanjang laluan. Waktu sampai di Cherating pun laluan sedikit sibuk... banyak kereta dan juga mat2 motor bersesakan disepanjang laluan.... jadi pemanduan sedikit perlahan. MHD dan QM pun cukup seronok melihat banyak pelampung dijual disepanjang laluan Cherating.... sign tak sabar nak mandi kolam le tu.
Masa lalu Rantau Petronas bebudak berdua tu lagi teruja bila melihat serombong pusat penapisan minyak yang mengeluarkan api kemerahan.... nak lagi banyak helikopter berterbangan di sekitar airport Kerteh. Nak singgah amik pix tapi ada signage "DILARANG MENGAMBIL GAMBAR".... huhuhuhu
Welkam to Rumbia Resort Villa Paka.
Sekitar jam 2 pm kami selamat tiba ke tempat penginapan, Rumbia Resort Villa. Review pasal Rumbia Resort Villa akan saya buat dalam N3 yang lain. Bakal anak buah @ bakal isteri kepada anak buah saya @ bakal menantu kepada kakak sulung saya telah awal2 lagi tolong tempah sebuah villa untuk saya sekeluarga dengan harga RM231 semalaman tanpa sarapan.
Masa kami daftar masuk, keluarga yang lain masih belum tiba dari Kelantan. Sepatutnya kami daftar masuk pada masa yang sama... bila telefon rupanya masih sangkut di Kelantan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Jadi w'ols (myself + AT + MHD + QM + FIL + MIL) daftar masuk dahulu dan bedal hidangan makan tengah hari sbb masing2 sudah kelaparan.... makan bekal yang dibawa dari rumah sahaja... ada daging ayam sayur bagai.... burp Alhamdulillah.
Bengang je MHD dan QM sebab tak boleh tengok kartun.
Petangnya saya dan AT bawa MHD dan QM bersiar-siar sekitar pantai Paka sambil main air. Walawei.... angin sikit punya kuat dan ombak sikit punya ganas. Tapi MHD dan QM sikit punya gedik nak main sekitar gigi pantai. Sekali ombak datang nyaris nak tarik kami bertiga ke laut... nasib baik saya pegang MHD dan QM sikit punya kuat.... kalau tidak Naud'zubillah arwah kami kena telan ombak.
Sejurus sebelum sesi main air yang mentraumakan MHD dan QM... saya pun seram juga bila terbayang budak kecik dua ekor ni nyaris kena tarik dengan ombak.
Masing2 serik dan trauma... terus QM ajak balik resort. Lagipun azan Maghrib dan berkumandang.... moral of the story, dah nak masuk Maghrib tu jangan la gedik sangat nak main pantai... lagipun ombak Pantai Timur ni lain macam sikit dia punya nature, ganas semacam je....
Balik resort sekali family dari Kelantan masih belum tiba... tunai solat Maghrib dahulu kemudian dinner dengan belen2 hidangan siang tadi.... pastu rehat2 sambil layan TV. Hangin MHD dan QM sebab tak leh tengok kartun kat Astro.... hahahaha
Dah dekat jam 9 pm baru dengar deruan enjin kereta... family dari Kelantan baru tiba dengan 5 buah kereta. Ramai juga... mana nak muat satu villa saja.... dengarnya kecoh juga masa daftar masuk dengan staff resort sebab terlalu ramai nak masuk satu villa.... 5 kereta tu.... hahahaha. Sudahnya sebahagian mereka masuk villa saya sebab villa mereka dah macam tin sardin.... hehehehe
Lama tak jumpa seisi keluarga... malam tu ada yang bersantai sembang sampai pagi. Bakal pengantin dok sibuk hafal skrip... hahahaha. Ada yang layan cite kungfu... mentang2 lah Chinese New Year kat TV cite kung fu je manjang.
Jam 11 lebih mata saya dah ngantuk sangat.... masuk tido dan biarkan yang lain terutama yang muda2 dok sembang sampai subuh.
~Nite~
No comments:
Post a Comment