Janji mesti ditepati... tak gitu Tok Najib? Hahahahaha... seperti mana yang dijanjikan kami bawa Si Sulung (MHD) dan adiknya QM bergedik santai di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah @ TRAP di Felda Sg Klah, Sungkai Perak. Seawal jam 9 pagi (tak awal mana pun...) kami meninggalkan rumah di Cape Malim menuju TRAP. Kami guna jalan lama, sebab tak mahu bayar tol. Kalau reader guna PLUS menuju utara dari KL, exit nanti di Sungkai dan selepas plaza tol, pusing kiri... follow saja signage menuju TRAP.
Perjalanan dari Cape Malim-TRAP tidak jauh, kira2 45 minit itupun sebab tersasul masuk ke Felda Trolak.... simpangnya hampir sama seperti simpang masuk ke Felda Sg Klah. Tersasul sebab kali terakhir kami ke TRAP kira2 5 tahun yang lalu... masa tu MHD baru umur setahun dan QM masih dalam perut.
Nak kenal simpang masuk yang betul senang, selain ada signage, di simpang tersebut ada sekolah... lupa pula nama sekolah tersebut.... SK @ SMK Sungkai/Sg Klah. Jalan menuju TRAP masih seperti dahulu... akan melalui ladang kelapa sawit yang permai... nampak lembu kiri kanan... suka betul QM.... bakal jadi vet dia ni....
Infrastruktur jalan raya agak baik pada mulanya tapi sebaik melepasi perkampungan Felda Sg Klah, jalan menuju TRAP makin mengecil dan sempit.... muat2 kereta berselisih. Alangkah bagusnya jika jalan ini dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.
Homestay juga tumbuh bak cendawan... bagus untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Paling hebat, Residence Hotel & Villa dah siap, masa kami ke sini 5 tahun lalu ia masih dalam pembinaan. Jeng2... kena cuba bermalam bila ada masa dan modal nanti.
Gerbang utama menyambut kehadiran pengunjung ke TRAP dan Felda Residence.
Masa kami sampai, pengunjung separa penuh.... kawasan parkir berhampiran kaunter tiket penuh.... jadi kami parkir di kawasan sebelah kiri pintu masuk ke TRAP. Keluarkan barang2 makanan kemudian baru nampak signage kata pengunjung tidak dibenarkan bawa makanan, minuman dan juga telur dari luar. Semuanya kena beli dari kedai2 yang ada dalam TRAP. Tawakkal sajalah, lagipun pengunjung lain pun selamber badak je usung makanan masuk.
Kena beratur panjang... ingatkan untuk beli tiket rupanya beratur untuk security check sebelum dibenarkan masuk. Kaunter tiket lengang je...harga tiket RM12 untuk dewasa, RM10 untuk kanak2 dan RM7 untuk senior citizen. Senior citizen kena tunjuk IC sebagai bukti. Dah ada tiket kat tangan kembali masuk barisan untuk security check... masa ni pun cuak juga sebab ada pengunjung yang siap kena buka beg... Lain2 tak kena pun.
Harga tiket... kaunter tiket pun nampak lengang walau pengunjung agak ramai. Lain2 pengunjung masa ini tengah sabar menanti kehadiran tren untuk membawa pengunjung ke kawasan rekreasi TRAP.
Dari main entrance hendak menuju kawasan rekreasi (kolam air panas, kolam air gunung etc) ada 3 laluan, sama ada menggunakan tren (kena bayar ke free?), ikut laluan titi kayu ataupun laluan biasa berturap simen. Kami memilih untuk berjalan kaki menggunakan laluan yang diturap.
Nak masuk area rekreasi pun ada satu lagi security check point... cuak betul tapi security guy buat donno saja. Sekarang kami berada di dalam kawasan rekreasi TRAP. Kemudahan pertama yang menyambut kami adalah kolam air panas tapi kami bercadang untuk mandi-manda di kolam air gunung terlebih dahulu yang terletak di bahagian paling hujung TRAP.
Teruja betul MHD dan QM melihat gelunsur air yang ada di kolam air gunung TRAP. Tanpa membuang masa terus lucut pakaian nak terjun kolam. Alahai... bila lihat MHD dan QM dengan swimming trunk, macam sarung nangka pula. A sign untuk carikan mereka pakaian renang yang baru.
Tatatertib penggunaan kolam air gunung TRAP.
Tidak sesak mana... just nice untuk berjimba-jimba dan santai gedik seisi keluarga. Rugi tak bawa DSLR *wink*wink*
Mana lifeguard pergi?
Ni ha lifeguard... tengah kusyuk jaga peralatan audio visual.
Masa kat kolam air gunung AT sempat berkenalan dengan akak asal dari Semporna... ini pun gara2 pelat MHD dan QM yang masih pekat berbahasa Sabah.... hehehehe. Beliau itu (meminjam kata2 my FIL & MIL) sudah 4 tahun merantau seorang diri ke TRAP mencari rezeki, dipinjamkan dari TRAP Sandakan. Next time akan contact beliau sebelum datang ke TRAP sebab boleh guna staff discount untuk tiket masuk ke TRAP dan juga Residence Hotel & VIlla.
Puas berendam di kolam air gunung... kaki dan tangan pun sudah kecut... kami bergerak ke kawasan untuk merebus telur dan juga Taman Terapi. Di tempat merebus telur, pengunjung boleh merebus telur... katanya telur yang direbus di sini lebih lazat dan tidak hanyir. Telur ada dijual, RM10 untuk sebakul (ada 6 biji telur rasanya)... mahal kata my FIL. Lebih baik bawa telur sendiri.
Dedikasi pakcik nan satu ni bekerja... peramah dan suka sembang dengan pengunjung. Tapi teloq mahal sangat la pakcik!!!!
Di Taman Terapi pula disediakan kolam2 kecil untuk pengunjung merendamkan kaki... airnya agak panas... kena masukkan kaki perlahan2. Awas bagi penghidap darah tinggi, kencing manis dan asma...anda tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di Taman Terapi bagi tujuan keselamatan. Pengunjung yang sihat dinasihatkan untuk berendam tidak melebihi 30 minit.
Taman Terapi juga tersedia laluan batuan kecil untuk refleksologi kaki. Batuan agak meruncing dan menyakitkan tapi selamber saja QM berlari-lari... kulit kaki *tut* dia ni. Juga ada jakuzi peribadi untuk kegunaan keluarga dengan harga RM75-120 sejam. Dulu kami pernah guna, 5 tahun yang lepas dengan harga cuma RM50. Agak selesa dan amat sesuai untuk pasangan yang berbulan madu.
Cuba teka kaki sapa... keh3
Private jacuzzi nun jauh di sana... terperosok di dalam belukar2 kecil. Amat sesuai untuk pencinta alam dan mereka yang sukakan kedamaian.
Selesai ber'refleksologi bagai... makan2 dahulu bekalan yang dibawa. Ada meehun goreng, nasi lemak dan juga kuih muih. Cepat betul perut lapar kalau berendam air panas. Tengok jam sudah hampir jam 1. Bergegas kami ke kolam air panas pula untuk berendam. Lagi sedap sebab air di kawasan berendam ini suam2 kuku. Segar rasa badan.
Uncle yang saya jumpa kat sini cakap kolam air panas ini bagus untuk penghidap lemah tenaga batin... sebab lepas mandi di sini semua urat darah kembang semangkuk... hehehe.
Air dalam tempayan bagak ini sejuk bonar. Gunanya untuk membersihkan diri selepas berendam dalam kolam air panas. AT sempat bermasam muka dengan satu family sebab berebut gayung.... kah3
Sesudah puas berendam air panas (MHD dan QM mana pernah rasa puas...) kami gerak untuk keluar sebab hari hampir menjelang petang. Menuju pintu masuk/keluar dari TRAP kami menggunakan titian kayu.... pengunjung akan lalui kawasan punca air panas.... suhunya menjangkau 90-100 darjah Celcius. Panas berwasap-wasap.... di tengah titi kayu ada satu pondok kecil... lantainya jarang2 membenarkan wap dari punca air panas meluap ke atas mengenai pengunjung yang berdiri. Tak sampai 5 minit kami dah berpeluh sakan.
Saksikan sendiri fenomena alam ini... tanda kebesaran Ilahi.
Berhampiran main entrance/exit ada tren sedang menunggu. MHD dan QM meluru untuk naik... satu hal kena pujuk... janji manisnya kali ini.... percutian ke Paka, Terengganu minggu hadapan... huhuhu.
Tren yang menjadi igauan MHD dan QM... hehehehe.
wah..bestnyeeee! dah lama xpegi kolam air panas. last kat baling kedah.hehe
ReplyDeleteSyazwani... serbu jangan tak serbu ^_^
ReplyDelete