Colmar Tropicale****
KM 48 Lebuhraya Karak
Berjaya Hills Resort
Bukit Tinggi, Pahang.
Tel: +609-2213 666
Website: www.colmartropicale.com.my
Rate: RM500++ (Two Bedrooms Suite)
Intro a little bit..... Hotel berstatus 4 bintang ini dibuka pada tahun 2000 bercirikan senibina perkampungan Perancis kurun ke 16. Susun atur dan senireka bangunan Colmar Tropicale diilhamkan dari perkampungan sebenar, Colmar Town yang letaknya di Timur Laut Alsace, Perancis.
Harga - pada asalnya kami tempah Family Room dengan harga RM500++ semalaman melalui Agoda tetapi dinaiktaraf kepada 2 bedrooms suite tanpa bayaran tambahan.
Breakfast - harga bilik termasuk breakfast. Jika anda menginap di 2 bedrooms suite, sarapan adalah untuk 4 orang. Breakfast biasa2 sahaja... ada nasi lemak, mee goreng dan roti....
Tidak banyak pilihan untuk breakfast bagi saya... berbanding statusnya sebagai hotel 4 bintang.
2 bedroom suite - setiap bilik dilengkapi dengan katil king size. Bilik kami dua tingkat.... satu bilik di living room manakala satu bilik lagi kena panjat tangga naik... sebab tinggi juga menyebabkan tekanan air rendah... tak syiok mandi.....
Satu king size diletakkan di living room, ada Astro + TV. Hantu TV baik duduk bawah boleh layan Astro sampai lebam...
Tangga menuju master bedroom....
Master bedroom dengan katil king size.... tepinya ada tingkap tapi mengadap bangunan sebelah, nampak bumbung sajalah....
Nampak bumbung sebelah daaaaaaa....... skodeng*****
Pemandangan master bedroom dari sudut yang lain... luas, jika hampar TOTO muat 3-4 dewasa kat lantai.... ***jimat duit sewa bilik jika bilangan ahli keluarga ramai.
Dekorasi lampu yang terdapat dalam master bedroom... unik dan manarik pada lensa saya....
Room facilities - 2 bathrooms (satu dengan bathtub manakala satu lagi tanpa bathtub), Astro + TV, aircond, fridge, pantry, wifi but chargeable, safety deposit box (front desk) etc.
Bilik air di tingkat atas.... bersebelahan dengan master bedroom (dalam master bedroom tiada toilet.... jadi kena keluar dari bilik jika malam2 mahu terkucil.....)..... dilengkapi dengan bath tub jika mahu berendam....
Bath tub.... tapi kami tak berendam pun....
Tandas ada pili.... senang nak cebok.....
Blurrr daaaaa..... sepatutnya berkilat memancar!!!!
Sabon di belek mandiiiiiii..... sabonnnnnn di belek mandi!!!!
Pantry..... coffee or tea mam? *****in a cup please - masihkah anda ingat lawak ini?
Nota kuku kakiku - Penginapan selesa dengan harga yang sedikit tinggi... tepuk dahi tanya CIMB Mastercard.....
No comments:
Post a Comment