Thursday, 25 April 2013

@ LHDN Plaza Perangsang

Memandangkan dah bertahun tak declare cukai pendapatan (atas alasan yang amat logik pada fikiran ambo....) pagi tadi dengan gegehnya singgah sekejap @ LHDN, Plaza Perangsang Shah Alam.... baik serah diri sebelum penguatkuasa @ pegawai pendakwa LHDN serbu opis ambo....


Ambo parking sebelah Maybank Section 14 Shah Alam... dah parking baru perasan kat bawah Plaza Perangsang pun ada parking, lagi dekat dan mudah. Bila parking sebelah Maybank kena menapak la sikit, kasi berpeluh ketiak seawal pagi......

Plaza Perangsang Shah Alam.... LHDN letaknya di Tingkat 9-13. Kaunter setempat semua di Tingkat 9 (pertanyaan, urusan percukaian, duti setem etc) manakala nak pohon no. pin e-Filing kena panjat LHDN Tingkat 11 tapi ambo buat muka seposen jadi semua urusan selesai di Tingkat 9 tanpa perlu panjat Tingkat 11.

Kaunter setempat LHDN - letaknya di Tingkat 9 Plaza Perangsang Shah Alam. Masuk pintu belah kanan anda ada kaunter pertanyaan, anda boleh inform apa tujuan anda dan petugas akan beri no giliran. 

Macam ambo, sepatutnya kena pergi dua tempat iaitu Kaunter Setempat di Tingkat 9 dan satu lagi LHDN di Tingkat 11 tapi Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan di sini sahaja.

Pegawai yang melayan karenah ambo.... penuh sopan-sintun dan banyak  membantu ambo yang sudah bertahun tak hantar borang BE.... p/s: Suziy Sabtu, nama anda masuk blog ambo!!!! hehehehehe..... motip?

Amik ko... sekali rupanya dari 2005 ambo tak declare cukai. Kali terakhir ambo submit borang BE tahun 2004 kata pegawai bertugas. 

Uik macam tak betul je rekod LHDN ni... balik rumah ambo geledah kotak2 kat bilik store, rasanya ambo masih simpan salinan fotostat borang BE 2005-2007.

Nasib baik ada potongan PCB jadi tak banyaklah tunggakan ambo kena bayar.... RM13 saja tunggakan ambo lepas tolak PCB.... moga2 tak banyak kompaun sebab lambat submit BE, dari tahun 2005 tu!!!!!!

No comments:

Post a Comment