Tuesday 16 April 2013

Karnival Koop Bersama Orang Muda ~ FR + Pixs

Berakhir sudah Karnival Koop Bersama Orang Muda yang berlangsung dengan jayanya dari 12-14 April, 2013.


Karnival anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti DUN Kuang ini dirasmikan oleh Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Antara pengisian karnival ini pada hari kedua (13/4/2013)....


Kejohanan Futsal & Netball bawah 12 & 16 tahun bertujuan mencungkil bakat2 baru disekitar DUN Kuang.... p/s: sila abaikan brader pakai baju kaler purple dalam foto di atas!!!!


Road show Jom Masuk U oleh UiTM dan UIA..... program Mengubah Destini Anak Bangsa oleh UiTM menarik perhatian ramai pengunjung.....


SMK Seri Kundang muncul juara Inovasi Akar Umbi anjuran UiTM dengan rekaan mereka 'I Love Gravity'..... manakala inovasi 'Perangkap Lalat Buah' juga dari SMK Seri Kundang menyandang tempat kedua.....


Kejohanan gusti lengan pun ada.... merah padam muka peserta dalam usaha untuk menumpaskan pihak lawan....


Bakat2 terpendam dan terendam DUN Kuang mempamerkan kemerduan suara masing2 dalam pertandingan karaoke.... abang rockers ini mendendangkan lagu Hukum Karma, nyanyian asal oleh kumpulan WINGS.... tarik bang jangan tak tarik!!!!!!!


Lupa judul lagu yang didendangkan oleh akak baju merah ini... tapi penuh perasaan dan penghayatan....


VOG pun ada sama.....

Senario sewaktu majlis perasmian di sebelah petang.....


Para VIP mengambil tempat masing2... kelihatan Datuk Nik dan YB Abdul Sukor bersama isteri.....


Adik2 dari Tabika Kemas Selangor pun mengambil bahagian sewaktu majlis perasmian.... nak tahu apa bakat yang mereka tonjolkan?


Tengah bersedia untuk menunjukkan kebolehan mereka berkungfu di depan Datuk Nik dan YB Abdul Sukor.... 


Persembahan tarian naga... 


Pertunjukkan kebudayaan oleh kaum India....


Bro Isa dari Yaman.... pemain import Kelab Sukan Komuniti Kuang menunjukkan kemahiran menimang bola ala pemain profesional.....


Ucapan alu-aluan oleh YB Abdul Sukor.....

Hari ke-3 khabarnya lagi meriah dan hebat.... antara yang dijayakan pada hari ke-3 adalah Muay Thai dan auto-show.... 


Instagram dan pertandingan makan burger kelolaan Saudara Zulkifflie Rodzli.... wawasan dan cara kerja brader muda kita ni memang saya respek...... muda2 lagi dah keluar masuk pejabat VIP.... selamat maju jaya saudara!!!!!

Malangnya saya tidak dapat turut serta pada hari ke-3 disebabkan masalah tertentu..... bertemu lagi di lain tahun.... yoshhhhhh!!!!!

No comments:

Post a Comment