Wednesday 10 April 2013

Karnival Koop Bersama Orang Muda


Karnival khusus untuk mendekati golongan muda anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti DUN Kuang..... akan diadakan pada 12-14 April 2013 bertempat di Padang Awam Kg. Setia, Kuang, Selangor. 


Lokasi berlangsungnya karnival ini hanya bersebelahan dengan Pusat Perkhidmatan Wakil Rakyat DUN Kuang.... setentangnya adalah Tasik Biru Kundang yang indah permai... 


Antara aturcara dan pertandingan sempena berlangsungnya karnival ini adalah;

  • Muay Thai
  • Gusti lengan
  • Pertandingan makan hamburger
  • Instagram
  • Futsal bawah 12 & 16 tahun
  • Pertandingan karaoke
  • Sukaneka
  • Pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina dan India
  • Superbike & auto show
  • Karnival Jom Masuk U (UiTM & UIA)
  • Inovasi Akar Umbi - peringkat sekolah dan awam
  • Memasak & gubahan

Pada malam 13 April 2013 juga akan diadakan jamuan rakyat. Dikatakan kira2 10k penduduk sekitar akan hadir.... hadirin juga akan dihiburkan oleh para artis tanahair dan juga Indonesia seperti Jamal Abdillah, Jeffrydin dan Seha... bila nampak nama Seha terkejut juga pada mulanya.... rupanya Seha artis Indonesia.


Antara orang kuat karnival.... masih gegeh bermesyuarat menjelang berlangsungnya Karnival Koop Bersama Orang Muda... demi kelancaran majlis.

Marilah kita bersama-sama memeriahkan karnival - Yoshhhh!!!!!

No comments:

Post a Comment