Friday, 12 April 2013

Restoran Thai Village Seksyen 13 Shah Alam


Restoran Thai Village
(Restoran Asli Kampung Siam)
No.52 & 54 Jalan Renang 13/26
Seksyen 13
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: +603 5511 0232, +6012- 519 3062 (Fauziah)


Intro.... buat julung kalinya saya menjamu selera bersama teman lama di sebuah restoran yang menyajikan masakan Thailand utara, atau lebih tepat lagi sajian wilayah Chiengmai..... kebanyakkan restoran Thai yang lain berunsurkan resepi dari wilayah selatan Thai.


Baru kini saya tahu sajian asli Thai sedikit berbeza diantara wilayah.... utara dan selatan..... selepas membaca banner yang tergantung di dalam Restoran Thai Village.....

Dekorasi dalaman..... mari kita terjah!!!!!


Terserlah kesiaman.... ini bahagian dalam resto..... dilengkapi aircond, waktu tengah hari memang nyaman.... kalau nak rasa fresh air boleh makan kat luar....


Bila mendongak ke atas.... terserlah kreativiti masyarakat Siam.... kotak2 telur disusun menjadi mosaic....


Dinding restoran pula disulami dengan belahan buluh.... 


Bila kita dongak ke atas sekali lagi.... nampak burung2 kertas berterbangan.....


Rupanya geng2 Jalan2 Cari Makan pernah sampai sini.... penanda aras sedapnya sajian kat sini....

Menu dan sajian istimewa - menu utama berasaskan citarasa wilayah utara Thai tapi ada juga masakan melayu dan cina.... 


Hidangan secara ala-carte... tak perlu early booking, hanya walk-in. Resto ini juga menawarkan bilik VIP yang mampu memuatkan diantara 40-60 tetamu **bilik VIP perlu early booking****.... khusus untuk mereka yang berminat untuk mengadakan sebarang events. Boleh hubungi nombor yang tertera dipermulaan N3 untuk maklumat lanjut....

Rezeki kami.... sahabat lama amat bermurah hati membelanjakan sedikit lebihan elaun yang diterima untuk selera tekak sebelum solat Jumaat - ikan kerapu masak 3 rasa, tomyam seafood dan sotong pedas masak petai.


Kebiasaan resto di Thailand, tanpa diminta air kosong akan disajikan.... juga sedikit kekacang dan keropok sementara menu utama sampai.


Penyegar tekak..... sirap roselle dan asam boi limau kasturi.... segar dan nyaman.... balik office terus batuk berdentum-dentum.... ***kes alergi dengan ais***poke***


Tomyam dia memang pekat & power.... rempah ratus yang digunakan cukup berbeza dengan resto Siam lain yang pernah saya kunjungi. 

Kerapu masak 3 rasa wilayah utara Thai juga cukup berlainan berbanding resipi wilayah selatan... ada rasa tambahan seperti kuah rojak buah.

Sotong masak petai.... biasa2 saja tapi cukup menyelerakan...

Next time.... saya nak cuba pula tomyam kelapa.... haaaa!!! tomyam yang dimasak dengan air kelapa dan dihidangkan dalam buah kelapa.... unik kan!!!!!

Ongkos.... tidak pasti pula sebab sahabat yang bermurah hati tolong bayar. Tapi mungkin sedikit contoh di bawah boleh dijadikan panduan.... mungkin murah mungkin mahal bergantung kepada ketebalan poket masing2....

Set 2-3 persons
  • ayam paprik
  • claypot beancurd
  • kailan ikan masin
  • RM40 tak termasuk nasi & minuman
Set 2-3 persons
  • nyonya squid
  • green curry chicken
  • baby kailan garlic
  • RM50 tak termasuk nasi & minuman
Set 3-5 persons
  • kerabu mango + fish
  • tomyam seafood
  • Thai Village fried beancurd
  • Thai coconut chicken
  • kailan oyster sauce
  • RM98 tak termasuk nasi & minuman
Set 5-6 persons
  • asam steam fish
  • tomyam seafood
  • fried chicken dried chillies
  • butter prawn
  • asparagus scallop
  • kerabu mango
  • RM188 tak termasuk nasi & minuman
Kombinasi menu di atas boleh ditukar2 mengikut citarasa masing2....

IMHO.... sesekali bertukar selera apa salahnya, kena pula makan free.... lagilah bertambah2 kelazatan nafsu tekak.... **kechingsssss**** tapi memang disyorkan kalau anda mahu mencuba citarasa Thai utara.

Selamat menjamu selera..... yoshhhhhh!!!!!!

No comments:

Post a Comment